Gaya HidupSantai

Jom, Mendaki Bukit Broga Semenyih!

ekspedisi mendaki bukit broga semenyih - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Anda dah rancang esok nak pergi mana ? Apakata pergi Bukit Broga Semenyih yang cantik itu.

Jika anda menggemari aktiviti lasak seperti mendaki bukit atau gunung, Bukit Broga atau Broga Hill merupakan destiasi yang paling sesuai di lakukan pada hujung minggu. Selain melakukan aktiviti yang sihat, anda boleh juga mencabar diri dengan mendaki Bukit Broga.

Bukit Broga cukup terkenal , terutamanya bagi mereka yag tinggal di Lembah Klang. Bukit ini terletak di Broga, Semenyih iaitu kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur.  Tetapi anda perlu memandu kenderaan dengan berhati-hati kerana jalan rayanya  bengkang bengkok serta menempuh jalan kampung yang sunyi.

Biasanya ketika hujung minggu atau musim cuti sekolah, anda akan mendapati ramai pengunjung yang datang ke situ, tanpa mengira bangsa, agama dan juga peringkat umur. Ternyata masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati keindahan di Bukit Broga.

Kebanyakan pengunjung lebih suka memulakan pendakian pada waktu Subuh bagi mengelak kepanasan dan teriknya sang mentari serta mahu menikmati pemandangan terbaik di Bukit Borga.

PENGALAMAN YANG AKAN ANDA DAPAT DI BUKIT BROGA:

1. BERPELUANG MELIHAT PEMANDANGAN MATAHARI TERBIT DI WAKTU PAGI

Apabila anda mendaki di waktu pagi sebelum pukul 6.00 pagi ,anda akan dapat melihat keindahan cahaya matahari terbit di atas puncak Bukit Broga. Mendaki pada waktu pagi sangat mencabar kerana keadaan trek yang gelap. Di samping itu anda juga  memerlukan lampu suluh serta kerjasama daripada rakan-rakan lain bagi melancarkan lagi perjalanan pendakian tersebut.

2. DAPAT MENIKMATI UDARA SEGAR SAMBIL BERGAMBAR DALAM SUASANA BERKABUS

Jika anda memulakan pendakian pada waktu awal pagi atau subuh, sudah pasti keadaannya masih gelap gelita. Jika hari cuti atau hujung minggu, tiada apa yang perlu anda bimbangkan kerana sudah pasti ramai orang berbaris berjalan di sepanjang trek pendakian.

Menikmati udara segar di pagi hari sambil bergambar dalam suasana berkabus memang seronok, tetapi faham-faham sahajalah bila dipenuhi kabus. Gambar pasti ada yang tak nampak apa-apa pun!

3. MENGENAL ERTI KERJASAMA BERSAMA RAKAN

Selain kekuatan fizikal, keberanian, kesabaran, keikhlasan dan kerjasama di antara anda dengan rakan-rakan lain juga diperlukan untuk mengharungi cabaran dalam setiap pendakian

Saling bekerjasama akan melahirkan energi yang bermanfaat di antara satu sama  lain. Bahkan jika salah seorang daripada sahabat  yang mungkin anda anggap lemah, tiba-tiba menjadi lebih bersemangat apabila anda bekerjasama dan saling menolongnya.

4. MENGUJI KESABARAN SESEORANG JIKA HENDAK MENCAPAI SESUATU PERKARA

Untuk mencapai puncak, anda perlu mendaki Bukit Broga yang berketinggian sepanjang 400meter. Kesabaran amat diperlukan. Bagi mencapai ke puncak yang pertama masa yang diperlukan tidak lebih dari 45minit.

Manakala puncak yang ke-2 atau yang terakhir pula, masa yang selalu diambil oleh pendaki adalah sejam 20 minit.  Namun, semua ini bergantung kepada bergantung kepada stamina seseorang itu dan keadaan Bukit Broga pada masa tersebut. Lebih-lebih lagi jika dalam keadaan cuaca hujan.  Tentunya trek pendakian ke puncak yang agak curam akan menjadi becak serta licin.  Situasi ini sedikit sebanyak mungkin akan mengganggu kelancaran pendakian. Jadi, pastikan anda memakai kasut yang sesuai untuk mendaki.

KESIMPULAN

Bukit Broga kini menjadi tumpuan orang ramai terutama pada  hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi lokasi latihan bagi mereka yang menggemari aktiviti pendakian.

Di samping itu, Bukit Broga juga turut menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam panorama indah, terutama gambar matahari terbit dan terbenam.

Selain itu, ia merupakan awal pendakian bagi mereka yang ingin mendaki gunung Tok Wan. Tapi, bagi anda yang baru pertama kali mendaki, pastikan anda membuat persediaan sewajarnya, termasuk persiapan dari segi pakaian yang sesusai serta minuman yang mencukupi.

Di samping itu, jangan lupa bawa kamera dan datang awal supaya anda tidak kepanasan disimbah keterikan sang mentari!

Jangan lupa lakukan persiapan rapi sebelum pergi bercuti .

<< Anda berminat nak bercuti di Port Dickson, klik sini untuk dapatkan maklumat menarik..

Previous post

5 Cara Bersihkan Rumah Dengan Pantas

Next post

5 Makanan Sihat Penambah Tenaga

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *