Gaya HidupOh! LelakiRomantika

Cara Kempiskan Perut Buncit

Masalah perut buncit

Adakah anda mempunyai masalah perut buncit? Ikuti post ini ..

Post kali ini amat berguna kepada para LELAKI di luar sana yang mengalami masalah perut buncit…

Masalah perut buncit sering melanda kaum lelaki berbanding wanita. Ia juga sering dikaitkan dengan lemak. Mereka yang mempunyai lemak yang banyak terkumpul di perut berisiko dan berhadapan dengan sindrom metabolik berbanding dengan mereka yang mempunyai lemak yang banyak disekitar pinggul dan paha.

Ini boleh menyebabkan anda berisiko mendapat penyakit koronari arteri. Sindrom metabolik yang pembentukkannya banyak dipengaruhi cara hidup dikaitkan dengan tahap kolestrol yang tinggi, diabetis awal dan hypertension.

Sindrom ini pada hakikatnya bukanlah satu penyakit tetapi ia adalah rangkai ketidaktentuan metabolisme badan termasuk darah tinggi, kadar insulin yang tinggi, terlebih berat badan dan tahap kolestrol yang luar biasa yang seterusnya menyebabkan anda berisiko untuk terdedah kepada diabetis, sakit jantung dan strok.

Setiap satu darinya memiliki faktor risiko untuk penyakit lain dan menyebabkan pesakit berhadapan dengan masalah penyakit yang mengancam sepanjang usia anda..

Obesiti bukan lagi fenomena baru di negara ini, usah segan bila perut mula membuncit. Ada yang mengatakan buncit itu biasa buat lelaki, nampak seksi dan cool tapi hakikatnya ianya akan ada pelbagai kesah yang mungkin akan terjadi. Oleh itu, mari kita mengetahui cara kempiskan perut buncit.

Tips untuk lelaki yang pentingkan penampilan untuk kempiskan perut buncit ialah:

1. Menggunakan teknik senaman atau latihan sit up setiap hari.

2. Harus fokus kepada sesuatu bahagian setiap hari jangan lakukan pelbagai gerakan dalam satu sesi kerana akan menyebabkan anda cepat letih.

3. Menggunakan teknik pernafasan yang betul iaitu tarik nafas dan hembus berulang kali supaya otot perut bergerak aktif. Ini membolehkan anda menguruskan otot dengan sebaik mungkin.

4. Anda perlu menjaga pemakanan anda sebaikknya supaya anda kekal sihat sentiasa. Untuk mendapatkan tips-tips pemakanan boleh lihat pada post kami sebelum ini  iaitu tips diet seimbang.

5. Elakkan minum air sambil makan makanan berat seperti nasi, mee dan steak. Minum air setelah selesai makan. Seelok-eloknya minum air setengah jam atau tiga jam kemudiannya.

6. Minum air kosong  dan bukannya air berperisa, sekurang-kurangnya dua liter sehari. Lebih banyak lebih bagus dan sebenarnya banyak lagi untuk di kongsikan… tapi tidak apa kita akan kongsikan pada post yang akan datang…

Semoga post ini bermanfaat kepada anda. Teruskan untuk bersama-sama melihat maklumat di post kami yang lain.

<< Awas penyakit lelaki, nak tahu klik sini..

Previous post

5 Makanan Sihat Yang Wajib Dimakan Lelaki!

Next post

Kenapa Jerawat 'Naik' Ke Muka?

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. September 6, 2014 at 5:47 am — Reply

    I read a lot of interesting posts here. Probably you spend
    a lot of time writing, i know how to save you a lot of work, there is an online tool that creates high quality,
    google friendly posts in minutes, just search
    in google – k2seotips unlimited content

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *