Gaya HidupMotivasi

Apa Nak Buat Bila Cinta Bertepuk Sebelah Tangan? Lupakan @ Teruskan Menagih Kasih

Cinta bertepuk sebelah tangan - women online magazine

Jatuh cinta memang indah. Apatah lagi, jika saling mencintai. Bahagianya…

Tetapi jatuh cinta juga boleh mendatangkan kekecewaan di saat cinta anda tidak mendapat balasan daripada seseorang yang anda cintai itu. Anda mungkin merasakan sudah bertemu kekasih yang tepat untuk dijadikan teman hidup, namun persoalannya, kenapa si dia bersikap acuh tak acuh padamu?

Cinta bertepuk sebelah tangan sememangnya sangat menyakitkan. Inilah yang dikatakan realiti dan kebenarannya. Tidak semestinya semua lelaki akan tertarik pada seseorang wanita itu. Daripada anda terus meneka dalam kesamaran dan berharap sambil berangan-angan kosong, ada baiknya anda mengenali  signal seseorang lelaki yang berminat atau sebaliknya terhadap anda.

Berikut Adalah Signal-Signal Cinta Anda Bertepuk Sebelah Tangan: 

  • Si Dia Sering Terlambat atau Membatalkan Janji

Kebiasaannya samada lelaki atau perempuan,jika ada temu janji atau “date” dengan si dia yang disukai, pastinya akan berusaha untuk tepati waktu dan tidak sewenang-wenangnya membatalkan temu janji. Namun, jika si dia kerap kali datang terlambat atau mendadak batalkan janji, ini mungkin bererti si dia sebenarnya malas atau tiada keinginan untuk  bertemu dengan anda.

Jika si dia menggunakan alasan sibuk agar tidak bertemu dengan anda, mungkin dia sedang mencuba menjauhkan anda daripada kehidupannya. Malahan jika si dia sering memberi alasan sibuk jika ingin bertemu, mungkin ini adalah isyarat bahawa si dia sememangnya tidak tertarik pada anda. Ada baiknya anda mula menjauhinya dan berputus asa saja padanya.

  • Selalu Anda Yang Terlebih Dulu Menelefonnya

Jika anda yang sering menelefon atau mengirimnya pesan ringkas (SMS), sedangkan dia tidak pernah, ada kemungkinan si dia tidak terlalu menyukai berhubungan dengan anda. Berhenti daripada selalu menghubunginya atau padamkan nombornya daripada telefon anda. Masih ramai lagi orang lain yang memang menyukai anda dengan tulus dan tidak terpaksa.

Kebiasaannya jika seseorang lelaki tersebut mempunyai perasaan pada seorang wanita, dia akan memanggil anda dengan panggilan khusus seperti panggilan “sayang”. Namun, sekiranya sepanjang perkenalan anda ,si dia tiada langsung memanggil anda dengan panggilan kasih sayang,maka ketahuilah anda bahawa si dia hanya menganggap anda sebagai teman biasa sahaja.

  • Tidak Ada Sapaan Pada Pagi Dan Malam Hari

Apabila kita mahu tidur ataupun bangun tidur,orang yang pertama kita akan ingat adalah orang yang kita sayang. Oleh itu, ucapan “Selamat Pagi” dan “Selamat Malam” daripada si dia biasanya akan menjadi petanda samada si dia mempunyai perasaan pada anda ataupun tidak.

Jika si dia  langsung tidak mengirimkan mesej beserta ucapan “Selamat Pagi” atau “Selamat Malam”,maka pasrahlah bahwa anda sememangnya tiada tempat di dalam hatinya.

  • Tidak Memberikan Perhatian

Jika si dia memang membalas cinta anda, dia akan selalu memberi perhatian dan mengambil berat tentang diri anda. Anda sakit,anda sedih pastinya si dia akan berada di sisi anda. Sebaliknya, bila si dia tidak mencintai anda, dia akan bersikap tidak acuh tentang diri anda.

Jom kita ketahui juga 3 sebab kenapa lelaki tidak tertarik pada diri anda:

  • Kurang Keyakinan Diri

Lelaki adalah kaum yang lebih pemalu daripada perempuan. Mereka mungkin hebat dalam beberapa perkara, namun sifat pemalu adalah tinggi dalam beberapa perkara. Jika anda kurang keyakinan diri dan kurang bergaul dengan dia, dia tidak tahu bahawa anda berminat pada dia. Disebabkan malu juga, dia tidak akan menegur anda jika anda bersikap tidak mesra kerana dia takut anda tidak akan layan dia semasa dia menegur anda.

  • Anda Tidak Cool

Cepat marah, melenting dan selalu merungut akan menyebabkan lelaki takut untuk menghampiri anda. Lelaki paling takut jika berhadapan dengan wanita yang penuh sikap pemarah. Anda perlu tenangkan diri dan sentiasa bersikap matang apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Melalui kematangan yang anda tunjuk, lelaki akan lebih mudah untuk jatuh cinta pada anda

  • Penampilan Diri Yang Tidak Menarik

Lelaki selalunya akan jatuh cinta pada wanita yang menjaga penampilan dirinya.Menjadi satu kebanggaan bagi lelaki apabila dia berjaya berdamping dengan seorang wanita yang tampil dengan penampilan menarik. Anda juga perlu menjadi seorang wanita yang ceria dan sentiasa jaga pemakaian anda supaya sentiasa menarik.

Kesimpulan 

Setiap orang pasti akan kecewa jika cintanya bertepuk sebelah tangan, tapi bukanlah itu bererti pengakhiran dalam hidup anda. Jangan biarkan kesedihan dan perasaan kecewa menyelubungi diri. Anda haruslah bangkit daripada kesedihan yang dialami dan fokus untuk berjaya dalam kehidupan anda.  Percayalah, akan tiba saatnya anda akan menemukan cinta sejati anda.

Kredit foto: therapybeyondthecouch

<< Ketahui 16 cara untuk memikat lelaki yang anda minati di sini.

Previous post

Suami Perlu Tahu Ragam Isteri Mengandung

Next post

Yayasan Pink Ribbon Wellness (L) Lancarkan Simposium Life Beyond Breast Cancer 2015

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *