Cinta Tak Kesampaian, Bukan Bermakna Hidup Anda Berakhir!
Sekiranya anda termasuk dalam kategori wanita yang cintanya tak kesampaian,jangan bersedih hati.Jom ketahui rahsia mengubatinya di sini
Percayalah… semua ini tidak bermakna dunia anda telah berakhir. Memang menyakitkan hati apabila ditinggalkan orang yang anda sayang. Apatah lagi, bila mengenangkan hubungan yang telah lama terbina berlandaskan cinta tak kesampaian jua akhirnya.
Namun, anda harus kuat dan cuba fahami bahawa putus cinta itu adalah sesuatu yang lumrah dan dialami oleh beratus juta wanita di dunia ini.
Jadi, janganlah anda risau kerana bukan sedikit jumlah wanita mengalami nasib cinta tak kesampaian seperti anda ini, namun mereka masih tetap boleh ‘hidup’ di dunia ini. Bahkan, jauh lebih cemerlang dan berjaya. Seharusnya kegagalan cinta tak kesampaian itu anda jadikan sebagai babak baru dalam kehidupananda.
Hadapinya dengan tenang, dan jangan sesekali melakukan perkara yang bodoh. Sebaliknya, belajar mengelolakan masalah tersebut secara positif.
Berikut adalah tips yang wajar anda praktik bagi merawat rasa kecewa akibat cinta tak kesampaian. Semak dan lakukannya sekarang juga!
ð Langkah Pertama.
Cuba berikan respons secara kreatif tentang krisis emosional yang dialami untuk mengubati luka di hati anda itu. Jangan terus menyorok dalam menghadapi masalah. Sebaliknya, mulakan membuat perancangan untuk mengubah situasi.
Biarpun luka akibat cinta tak kesampaian ini amat parah, namun, pastikan anda mempunyai ‘deadline’ untuk mengakhiri cerita duka anda itu. Anda juga boleh menghubungi teman karib anda dan curahkan segala rasamarahdan sakit hati itu hingga ke ungkapan yang paling kotor. Teruskan meluahkannya, walaupun sehingga teman karib anda itu naik muak. Jangan pedulikannya, kerana semakin banyak anda melahirkan rasa benci dan sakit hati tersebut maka sedikit demi sedikit luka di hati anda itu akan beransur hilang.
ð Langkah Kedua
Langkah kedua, agak berat. Namun, pada hari ini anda tidak perlu lagi menghubungi teman karib itu. Sebaliknya, kembali mengungkapkan kemarahan, kebencian serta kesedihan anda itu kepada sahabat yang lain pula. Lupakan segala rasa yang berbaur itu dengan lebih ekspresif supaya luka di hati anda akan menjadi lebih ringan tanpa anda sedari.
ð Langkah Ketiga.
Segala sedu sedan anda mungkin mulai hilang, dan anda hanya perlu berfikir tentang keburukan si dia sahaja. Pada hari ini juga, buangkanlah segala kenangan yang masih bersisa di lubuk hati anda. Anggap sahaja bekas kekasih anda itu tidak guna, dan hanya layak dipanggil ‘sampah’!
ð Langkah Keempat
Susun jadual untuk menuju masa depan yang lebih baik biarpun tanpa kehadiran si dia dalam hidup anda. Buktikan tanpa insan dipanggil lelaki atau kekasih, anda masih lagi boleh menikmati hidup dan mampu berjaya dalam karier, malah jauh lebih baik! Rencanakan masa depan anda dengan matang mulai hari ini!
ð Langkah Kelima
Ingat dan pastikan hari ini adalah hari terakhir anda menderita akibat cinta tak kesampaian. Jadi, jadikanlah hari ini sebagai ‘deadline’ untuk memikirkan bahawa pada saat ini si dia begitu asyik memadu cinta dengan kekasih barunya, sehingga membuat kebencian itu menyelubungi seluruh hati anda. Biarkan ia tetap seperti itu, kerana suatu hari nanti rasa benci itu akan luntur dengan sendirinya, namun pada saat yang tepat, saat anda sudah tidak memikirkannya kembali.
* Langkah Keenam
Menjadi wanita baru, yang lebih cantik, bersemangat, berkeyakinan dan tidak prejudis, dengan meminta pertolongan daripada teman-teman untuk memperkenalkan anda kepada kenalan-kenalan lelakinya. Siapa tahu anda akan bertemu dengan lelaki yang jauh lebih hebat dan bertanggungjawab jika dibandingkan dengan kekasih lama anda dulu.
Kredit foto: beirutnightlife
>> Kehangatan Piala Dunia 2014 di Brazil begitu terasa. Ketahui lebih lanjut ceritanya di sini…
No Comment