Inspirasi Gaya Tudung
Model: Ayfa Khan
Gaya Tudung.Salah satu faktor penting dalam memilih pakaian atau gaya tudung adalah warna.
Pemilihan warna menentukan apakah pakaian yang anda pakai itu kelihatan cantik, atau hanya membuatkan anda nampak pelik ataupun buruk! Begitu juga ketika anda memilih gaya tudung atau hijab.
Penggunaan warna yang salah boleh membuatkan anda kelihatan berlebihan sehingga nampak tidak memikat di pandangan mata.
Baca Juga: Psikologi Warna Melalui Pakaian
Beberapa tips hijab atau gaya tudung yang cantik serta ringkas ini boleh anda cuba.
1.Gunakan warna asas hitam. Warna hitam boleh menjadi peneutral dan amat sesuai dipadu padankan dengan warna-warna terang. Selain itu, warna hitam juga boleh meneutralkan pakaian yang bermotif meriah.
Baca Juga: Keistimewaan Jubah Hitam
2. Jangan memadukan dua motif sekaligus. Anda nampak pelik dan tidak menarik jika mencampurkan dua motif tudung sekaligus. Untuk memberikan variasi yang cantik, cuba bermain dengan aksesori yang digayakan.
3. Jangan menggunakan warna yang terlalu banyak. Penampilan anda akan kelihatan penuh dan terlalu meriah. Usahakan menggunakan pakaian utama yang ditunjangi dengan warna neutral dan jangan mencampurkannya lebih daripada dua warna.
4. Untuk aksesori pula, sebaiknya pilihlah aksesori yang multifungsi. Usahakan untuk selalu tampil sederhana namun tetap kelihatan cantik dan ada gaya!
Baca Juga: Pin Tudung
5. Jika ada memakai baju yang memiliki motif, pastikan gaya tudung atau hijab yang dipilih tidak bermotif atau polos sahaja. Begitu juga sebaliknya, kerana ia cukup membantu anda dalam memadu padankan serta menghindari kesan yang kelihatan terlalu berlebihan.
Nota Kaki: SHARE artikel menarik ini dengan kawan-kawan anda.
<< Jom Lihat apa Kontrovesi hijab di sini..
No Comment