Kena Baca! Tips Berpakaian Yang Betul Buat Anda Yang Bertubuh Gemuk
Foto: Sekadar Hiasan
Gemuk Itu Cantik. Jika anda kurus, anda menawan.Tetapi gemuk itu cantik bagi anda yang bertubuh besar asalkan anda tahu formulanya!
Bagi anda yang bertubuh besar, tidak ada alasan ‘mati gaya’ sebenarnya. Namun, anda kenalah tahu formulanya. Anda tentu biasa dengar istilah ‘big is beautiful’. Semua ini wujud kerana ramai wanita di luar sana yang bertubuh besar kelihatan cantik dan menarik.
Mahu kelihatan lebih trendi dan ‘attractive’ adalah naluri semulajadi setiap wanita. Tak kira kurus, mahupun gemuk. Anda yang bertubuh besar, perlu lebih bijak dalam memilih pakaian dan aksesori supaya gemuk itu cantik, benar-benar menjadi kenyataan!
- JIKA ANDA TINGGI BESAR
EFEK:
Memberikan kesan tubuh yang lebih berlekuk, mengurangi efek lebar secara horizontal, dan membuatkan tubuh kelihatan lebih ramping.
Baca Juga: Cara Memilih Jubah Untuk Anda Berbadan Besar
PILIHAN TERBAIK:
* Pakaian yang berpotongan ‘tailored’ dan muat badan, bukan terlalu besar atau pun sempit.
* Sehelai jaket panjang akan sanggup menutupi kelebihan lemak di sana-sini. Pilihlah model jaket ‘single breasted’ (satu butang) dan hindari model ‘double breasted’ (butang berganda) kerana ia akan memberikan kesan yang lebih lebar.
* Berikan sentuhan cantik dan feminin dengan eleman warna cerah pada penampilan anda Misalnya, menambah aksesori yang akan memindahkan fokus perhatian dari bentuk tubuh anda. Contohnya, kalung besar, gelang ‘bangles’, atau anting-anting yang disesuaikan dengan warna lipstick.
* Untuk dress, pilihlah dress separas lutut atau di bawahnya dengan model lurus. Hindari seluar panjang berpotongan lebar.
* Untuk menutupi kawasan perut dan pinggul yang bermasalah, model ‘baby doll’ dengan potongan ‘empire’ merupakan pilihan yang tepat.
* Tiada masalah jika anda memilih pakaian yang bermotif, asalkan tidak mendominasi, tidak terlalu besar-besar, atau sebaliknya terlalu kecil.
* Dress juga boleh dipadankan bersama seluar panjang sehingga tercipta kesan yang lebih vertikal. Pilihlah bahan yang agak berat sehingga akan ‘terjatuh’ ketika dikenakan. Hindari bahan yang sangat ringan seperti sutera.
* Dalam memilih pakaian dalam, material ‘lycra’ adalah sangat tepat. Selain kuat untuk membentuk tubuh, bahannya selesa dan lembut di kulit.
* Kenakan seluar panjang dan jeans dengan potongan pinggang yang rendah. Seluar ini akan kelihatan betul-betul jatuh di pinggul, tidak akan membelah di kawasan pinggang dan perut, juga membuatkan bahagian punggung kelihatan lebih kecil.
Baca Juga: Badan Gemuk
HINDARI:
* Motif bergaris-garis, yang arahnya horizontal. Motif garis vertikal masih lebih baik kerana dapat menciptakan keseluruhan penampilan yang lebih ramping. Lebih baik lagi jika memakai pakaian polos.
* Material yang berkilat, terlalu tebal, atau terlalu ‘stretch’ seperti ‘rayon’ dan ‘jersey’. Sebaiknya kenakan pakaian yang lebih ‘matte’ yang menyerap cahaya dan mampu membuatkan kamu nampak kurus.
* Jika lengan anda cukup besar, hindari memakai baju yang berlengan pendek atau yang tanpa lengan. Lebih elok jika kamu memakai baju berlengan panjang.
* Mempamerkan kawasan pusat, apatah lagi jika kamu termasuk dalam kategori mereka yang berperut besar!
- JIKA ANDA GEMUK PENDEK
EFEK: Membuat kesan kali kelihatan lebih panjang dan menciptakan efek bergaris vertikal yang signifikan daripada atas hingga ke bawah.
Baca Juga: Motivasi Kuruskan Badan
PILIHAN TERBAIK:
* Selain warna hitam, warna-warna gelap lainnya, seperti kelabu, coklat tua, ‘maroon’ atau ‘navy blue’, merupakan warna-warna kunci yang patut kamu miliki. Ini adalah kerana warna gelap lebih menyerap cahaya dan merampingkan. Jika pinggul lebih besar dari bahagian dada, kenakan bahagian bawah dengan warna yang lebih gelap daripada bahagian atas.
* Lebih elok jika mengenakan pasangan baju yang warna yang sama atau senada. Dengan demikian, kawasan bermasalah, seperti di pinggul, perut, dan paha dapat disamarkan.
* Pilih ‘blazer’ dengan kolar yang tinggi kerana ia akan membuatkan penampilan keseluruhan terlihat lebih tinggi.
* Pilih baju dengan kolar berbentuk V yang dalam. Secara tidak langsung, tubuh dan leher pun akan kelihatan semakin jinjang.
* Kasut ‘high heels’ sanggup menambah beberapa sentimeter tinggi tubuh untuk menyeimbangkan leher tubuh anda.
* Jika anda tidak pernah meninggalkan kasut bertumit tinggi, selalu kenakan seluar panjang dengan kelebihan panjang dua cm agar bahagian tumit kaki sedikit tertutup.
* Cara lain untuk membuat kaki kelihatan lebih jinjang iaitu dengan mengenakan dress yang pajangnya separas lutut.
* Untuk ‘sweater’, pilihlah bahan yang ringan atau bahan yang agak ‘strech’ sehingga memberi efek muat-muat di badan. Hindari ‘sweater’ dengan gaya dan bahan yang terlihat berat dan bermotifkan sarat.
Baca Juga: Tips Untuk Kurus Dengan Warna
HINDARI:
* Semua pakaian yang bervolume, seperti dress beropol, seluar ‘baggy’, dan aksen ‘frills’, akan menciptakan penampilan yang semakin ‘penuh’.
* Bahagian atas yang jatuhnya tepat di garisan pinggang, kerana akan membuatkan tubuh anda kelihatan pendek.
Nota Kaki: Jangan lupa ya SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang bertubuh besar supaya mereka juga boleh tampil lebih bergaya seperti anda.
1 Comment
penggayaan yang betul pasti menambah keyakinan diri,
dapatkan ilmu yang betul barulah imej dan tahap keyakinan meningkat.