Guna Fikiran Pun Boleh Kurus!
Diet untuk kurus menggunakan fikiran merupakan salah satu cara untuk anda kekal langsing.
Diet untuk kurus menggunakan fikiran ini, anda cuma perlu meluangkan masa tidak sampai setengah jam pada setiap hari. Ia akan membantu mengatasi dorongan anda untuk mengambil makanan secara berlebihan atau menikmati kudapan ringan.
- Guna Kekuatan Fikiran
Diet untuk kurus menggunakan fikiran ini akan membuatkan anda belajar mengenali, menerima dan merasakan sendiri pengalaman dorongan perasaan yang kuat untuk makan berbanding mengabaikannya.
Diet untuk kurus menggunakan fikiran ini sebenarnya lebih baik dalam menahan nafsu makan. Cara ini akan membantu anda meminimumkan perasaan kecewa dan sikap obsesif terhadap makan.
Cubalah anda pilih diet untuk kurus menggunakan fikiran yang sesuai dengan kemampuan diri anda. Ini adalah kerana cara sebegini akan mengakifkan kesedaran yang mungkin tidak sesuai untuk setiap orang. Jadi, pilih-pilihlah, antaranya;
1. Anda mungkin boleh cuba diet untuk kurus menggunakan fikiran dengan cara membaca novel sehingga larut malam. Ia boleh membantu anda menghindarkan daripada didorong untuk terus makan.
2. Berjalan santai, namun pantas. Atau mungkin juga anda boleh memasak dan mencuci pinggan mangkuk. Berusahalah mencara cara untuk kurus menggunakan fikiran dengan tepat dan sesuai dengan minat anda.
3. Hindarkan diri daripada melihat iklan-iklan makan, untuk memberikan efek. Cari ini boleh mengurangkan keinginan anda untuk menjamah atau mencari makana.
4. Stress boleh membuatkan anda makan dengan lebih banyak. Ketika stress, cubalah menghirup udara segar, melihat pemandangan di luar dan sebagainya.
5. Usahakan untuk makan sendirian ketika anda sedang lapar. Selain boleh menikmati setiap kunyahan dan gigitan, anda mungkin akan jadi lebih cepat sedar apabila perut anda sudah memberikan signal ‘cukup'!
Info Ekstra!
Dalam usaha diet untuk kurus menggunakan fikiran ini adalah tiga perkara penting yang perlu anda perhatikan.
1. Berikan tahap impian yang hendak anda capai. Setelah itu, cuba yakinkan diri anda sendiri bahawa semua impian tersebut sudah sepatutnya anda capai.
2. Tentukan target waktu anda bagi mencapai diet untuk kurus ini. Impian tanpa target waktu hanya akan menjadi mimpi sesaat! Impian bersama target waktu akan menggerakkan kesedaran serta membuatkan anda jadi lebih bersemangat untuk meraihnya.
3. Lakukan secara berulang-ulangkali. Anda perlu selalu mengingatkan diri anda tentang impian diet kurus anda itu. Jika selalu ingat, maka perlahan-lahan impian itu akan tertanam dalam fikiran anda. Bak kata pepatah Napeloen Hill, “Fikiran yang dibayangkan dengan keyakinan akan membuahkan hasil yang nyata”.
Dengan melakukannya secara berulang-ulangkali dan kerap, ia akan menaikkan semangat dan mendorong anda untuk terus berdiet, kerana fikiran di bawah sedar tersebut memainkan peranan sebagai penghubungan di antara jiwa dengan tubuh. Sehingga tubuh bereaksi dengan mengerakkan seluruh potensi yang sebelum ini tidak pernah anda gunakan dalam membentuk kreativiti ataupun tindakan. Diet untuk kurus menggunakan fikiran ini akan terus membangkitkan segala potensi anda sebagai manusia yang benar-benar ingin langsing!
Kredit foto: sheknows
<< Anda sering mengalami stress? Ketahui cara menangani stress dalam masa 10 minit di sini..
No Comment