Dia Lelaki Pilihan Saya!
Kredit Foto: elsoar
Lelaki Pilihan Saya.Ketika anda didekati oleh seorang lelaki, tentunya pelbagai pertanyaan yang bakal muncul di fikiran.
Adakah si dia benar-benar menepati citarasa anda? Apakah si dia juga memiliki sikap yang baik, penuh perhatian dan benar-benar sayang pada anda? Perasaan suka dan cinta memang tidak boleh dijangka dan tidak diketahui bila akan muncul. Jadi, sebelum anda terjerat dengan cinta lelaki, ada baiknya anda mengenal si dia dengan lebih dekat lagi. Cuba fahami karakter yang dimiliki sedalam-dalamnya.
Berikut dinyatakan beberapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka dan yang mana akhirnya nanti anda akan berkata, “Inilah lelaki pilihan saya!”
1. Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ia dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
Baca Juga: Perangai Lelaki
2. Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.
Take Note!
5 Perkara Yang Buat Wanita Gagal Menarik Perhatian Lelaki
Ada sesetengah perkara sebenarnya langsung tidak menarik perhatian lelaki. Mungkin ada wanita yang sedar atau tidak mengenai perkara ini. Antara perkara utama yang tidak menarik perhatian lelaki adalah..
- Wanita yang terdesak
Lelaki sebenarnya tidak tertarik terhadap wanita yang kelihatan terdesak dalam mencari pasangan. Ini hanya akan meningkatkan lagi ego mereka sahaja. Tidak salah untuk seseorang wanita berusaha memulakan dahulu perhubungan tetapi pastikan bahawa anda tidak kelihatan didalam keadaan yang terdesak.
Baca Juga: Lelaki Pemalas
- Wanita yang tidak berhenti bercakap
Sekiranya anda sememangnya seorang yang suka bercerita, tiada masalah untuk meluahkan apa yang telah anda lalui terhadap pasangan. Tetapi pastikan anda bercerita pada masa dan situasi yang bersesuaian. Sekiranya tidak, ia hanya akan merungsingkan lelaki sahaja.
Seorang wanita mungkin boleh menerima lelaki yang tidak pandai menjaga kebersihan, tetapi malangnya ia tidak untuk lelaki. Ini kerana soal kebersihan atau kecantikan lebih sinonim terhadap wanita.
- Postur tubuh yang bongkok
Tahukah anda bahawa kebanyakan lelaki menggemari wanita yang memakai kasut bertumit tinggi. Apakah yang menyebabkan mereka menggemarinya? Ini kerana apabila wanita memakai kasut tumit tinggi akan menyebabkan postur tubuh mereka lebih menarik dan mengelakkan daripada membongkok.
Lelaki tidak suka wanita yang mereka rasakan mudah untuk dipikat. Ini kerana mereka lebih menggemari cabaran. Walaubagaimana suka perasaan anda terhadap seseorang lelaki itu, jangan sesekali menunjukkan bahawa anda mudah untuk dipikat.
Kesimpulan
Memilih “lelaki pilihan saya”, tidak mudah, perlukan ketelitian dan penilaian khas. Jangan sampai anda salah memilih “lelaki pilihan saya”, yang mana akan membuatkan hidup anda jadi sengsara. Memiliki “lelaki pilihan saya” tidak bermakna anda harus kehilangan jati diri anda sendiri.
Untuk menghindari masalah-masalah tersebut daripada berlaku, anda perlu bijak mememilih “lelaki pilihan saya” untuk dijadikan teman sehidup semati. Jika keserasaian itu tidak dimiliki biarpun anda benar-benar sudah memahami sifat lelakinya, lebih baik anda putuskan sahaja perhubungan tersebut.
Nota Kaki: SHARE ya artikel ini.
<< Ketahui lebih lanjut tentang rahsia lelaki di sini.
No Comment