Tips Untuk Kurus Dengan Warna
Kredit: pinimg
Tips Untuk Kurus Ini Sangat Menarik Untuk Dibaca.
Ramai yang sukakan warna dan banyak mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian untuk tampil cantik, bergaya dan berkeyakinan dan tidak kurang juga ada segilintir golongan yang sudah sedia maklum dan menerima penggunaan warna bagi tujuan perubatan alternatif.Tetapi tahukah anda bahawa warna juga mampu memberi kesan dalam usaha seseorang untuk melangsingkan badan?
Memandangkan Syawal sudah pun berlalu dan sebulan yang dipenuhi dengan undangan rumah terbuka pasti membuatkan anda ingin kembali “fit” dan langsing.Selain kaedah konvensional yang sudah diketahui ramai seperti bersenam dan berdiet, mari kita lihat pula cara untuk menjadi langsing menggunakan warna.
- Warna Biru Kurangkan Selera Makan
Hasil daripada kajian ada menunjukkan bahawa golongan yang terdedah dengan warna biru, sama ada warna dinding di ruang makan, lampu biru yang menerangi peti sejuk ataupun warna pinggan biru; kesemuanya menunjukkan kurangnya selera makan; berbanding dengan mereka yang tidak terdedah kepada warna biru.Ini kerana secara semula jadinya manusia telah mempunyai “primal instinct” untuk menilai sama ada sesuatu makanan itu bahaya ataupun beracun untuk dimakan berdasarkan warna dan secara amnya tidak banyak makanan berwarna biru yang selamat untuk dimakan. Oleh itu minda secara otomatik telah diajar untuk menolak makanan yang berwarna biru. Jadi sekiranya anda ingin menyekat selera makan anda, cuba lah tip ini.
- Diet Pada Hari Khamis
Hari Khamis merupakan hari berwarna kuning dan juga oren disebabkan frekuensi warna-warna tersebut mendominasi hari Khamis.Warna yang ingin saya kongsikan bagi tujuan melangsingkan badan di sini adalah warna kuning kerana warna tersebut mempunyai elemen-elemen yang dapat merangsang proses penghadaman seseorang. Ini kerana pada tubuh badan manusia, warna kuning mewakili organ-organ yang terletak di bahagian perut yang seperti kita tahu banyak memainkan peranan dalam penghadaman.
Sekiranya anda ingin mengoptimumkan hasil diet anda, lakukan sebarang rejim diet terutamanya pada hari Khamis kerana sudah pasti sistem penghadaman akan berjalan lancar dan sistem penghadamam yang lancar dan sihat akan menyumbang kepada kebolehan badan anda untuk menyingkir kalori dan lemak secara teratur. Selain itu, warna kuning turut merangsang badan untuk “detox” dengan lebih baik kerana organ-organ penting yang berfungsi untuk menyah toksin terletak pada bahagian perut yang di dominasi oleh warna kuning.
- Kenakan Warna Merah Untuk Senaman
Warna merah memang terkenal dengan elemen-elemen yang dapat membuatkan seseorang itu menjadi aktif. Oleh itu ianya sangat sesuai dikenakan sewaktu anda bersenam kerana ianya akan menjadikan anda lebih giat.Seperti yang anda sudah sedia maklum, tahap kegiatan seseorang sewaktu bersenam akan menentukan bilangan kalori dan lemak yang terbakar yang secara langsung akan memberi impak kepada berat badan dan kelangsingan seseorang.
Walau bagaimanapun, ingin saya ingatkan di sini supaya tidak mengenakan pakaian senaman berwana merah dari atas hingga ke bawah kerana warna merah bergetar pada frekuensi yag sangat rawak dan boleh menjadikan anda cepat letih dan lesu. Cukuplah sekadar mengenakan hanya satu “item” sewaktu senaman contohnya seperti kasut berwarna merah.
Itulah dia tiga tips untuk kurus dengan menggunakan warna yang boleh anda serapkan dalam kehidupan seharian bagi mendapatkan hasil yang lebih cepat dan efektif. Suka saya cadangkan di sini supaya anda membuat eksperimen sendiri bagi melihat sejauh mana keberkesanan warna dalam usaha anda untuk melangsingkan badan. Selamat mencuba!
Artikel ini ditulis oleh Puan Shuhada Alauddin, Pengasas MYRYL
<< Baca juga artikel menarik tentang apakah warna pernafasan anda di sini.
No Comment