Gaya HidupKarier & Wang

Nak Hidup Senang? Kena Tahu 5 Cara Pengurusan Wang Yang Bijak

Pengurusan Wang -Women Online Magazine

Pegurusan Wang. Pengurusan wang yang betul dan bijak membawa anda kepada kesenangan hidup.

Setiap individu inginkan keselesaan dalam kedudukan kewangan mereka. Oleh itu, untuk mencapainya kejayaan dan kesenangan hidup, anda perlulah mempunyai suatu sistem perancangan kewangan atau sistem pengurusan kewangan yang berkesan agar perbelanjaan dapat diuruskan dengan baik.

Kebanyakan golongan yang menjadi muflis adalah merupakan golongan belia di antara umur 20 hingga 30 tahun, manakala golongan lelaki peratusannya adalah lebih tinggi berbanding wanita.

Peratusan kaum Melayu yang muflis pula berada pada tahap yang membimbangkan iaitu sebanyak 55% sumber dari surat khabar Al-Risalah. Hal ini disebabkan tiada teknik yang betul dalam mengurus atau merancang kewangan.

 

ANTARA TIPS TIPS PENGURUSAN WANG YANG BIJAK ADALAH:

1. Mempunyai Matlamat Kewangan

Kita semua mesti tahu apa yang kita mahu. Apakah yang kita mahukan apabila menjelang usia persaraan yang barangkali lagi 10, 20, 30 tahun akan datang?

Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka masa panjang. Ibaratnya seperti yang kita mahu menanam pokok durian. Apabila kita mempunyai satu pandangan jauh, kita telah menetapkan langkah yang betul untuk berjaya..

Sebagai contoh anda boleh merancang untuk melakukan pelaburan sama-ada membeli aset seperti membeli rumah untuk di sewa.

 

Baca Juga: Cara Terbaik Urus Kewangan Dan Kehidupan Selepas Kahwin

 

2. Berbelanja Dengan Bijak

Kita perlu mengenal pasti keutamaan perbelanjaan kita. Setelah kita menyelesaikan keperluan-keperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, kesihatan maka kita perlu pastikan kita mengumpul aset-aset terlebih dahulu.

Dalam hal ini, penyata kewangan (financial statement) memainkan peranan penting untuk kita menguruskan kewangan. Angka-angka dalam penyata kewangan dapat memberi petunjuk kepada kita sama ada pembelian ‘harta’ kita adalah bersifat aset atau pun liabiliti.

 

Baca Juga: Tips Berjimat Cermat

 

3. Membuat Pelaburan Yang Bijak

Simpanan yang kita telah buat itu adalah untuk dijadikan modal pelaburan. Tujuan pelaburan kita adalah untuk kegunaan menunaikan haji, tabung persaraan, tabung pendidikan anak-anak, tabung percutian dan apa-apa sahaja matlamat kewangan kita.

Sebenarnya kenapa perlu melabur? Secara umum, anda perlu melabur untuk tujuan memastikan kelangsungan hidup di masa hadapan yang tidak menentu. Tiada sesiapa yang pasti apakah yang bakal berlaku 20 ke 30 tahun akan datang. Melainkan anda seorang yang dikurniakan kebolehan istimewa.

Bagi memastikan semuanya berjalan dengan baik, usaha melabur diperlukan. Ini akan menjadi suatu perkara yang akan memastikan kita masih mendapat pulangan yang boleh digunakan kelak walaupun ketika itu kita sudah tidak mampu lagi bekerja untuk mencari nafkah.

Anda boleh membuat simpanan Amanah Saham berhad (ASB) sebagai contoh kerana ianya menjanjikan kenaikan dividen setiap lain selain itu anda juga membuat simpanan di Lembaga Tabung Haji dan KWSP.

 

Baca Juga: Cara Simpan Duit Yang Betul

 

4. Membuat Catatan Dan Merancang Pembelian

Mencatat apa jenis barangan yang telah dibelanjakan setiap hari, kalau boleh sertakan dengan tarikh dan harga barang. Dengan cara ini kita dapat mengira bajet yang diperlukan untuk berbelanja

Dengan tidak semena-mena, kaedah ini telah mengawal perbelanjaan harian anda. Sebenarnya konsep ini lebih kepada muhasabah diri.

Hari ini kita belanja, malamnya kita buat rumusan dan perhitungan, kita akan berazam dan cuba perbaiki sikap berbelanja kita secara tidak lansung ia menjadi tabiat kita yang baik dalam berbelanja.

 

Baca Juga: Cara Terbaik Mengatasi Masalah Kewangan

 

5. Elak Menggunakan Kad Kredit Semasa Berbelanja

Kita selalu membeli barang menggunakan kad kredit untuk barang yang bukan keperluan rumah. Akibatnya perbelanjaan kita selalu terlebih. Banyak barang yang tidak penting dibeli menyebabkan keadaan kewangan agak tidak stabil.

Walaupun kita tidak pernah mengamalkan penggunaan kad kredit secara berlebihan dan selalunya kita akan bayar penuh setiap bulan.

Tetapi dengan menggunakan kad kredit, boleh menyebabkan kita tidak menghadkan tahap perbelanjaan kerana mentalitikita telah ditanam kad kredit ada had limit maksima dan kita masih tidak mencapai tahap itu.

 

KESIMPULAN

Kebolehan mengurus kewangan dengan bijak merupakan satu kemahiran yang penting supaya individu boleh berbelanja mengikut kemampuan dan mencapai matlamat kewangan yang diingini. Kuasa membeli antara individu dengan individu yang lain adalah berbeza sama sekali mengekitu keperluan dan kehendak.

Setiap individu perlu mengawal kewangan meskipun tidak mempunyai masalah kewangan. Cara seseorang menggunakan wang pada hari ini akan memberi kesan terhadap cara hidupnya pada masa akan datang.

Tambahan lagi, terdapat kemungkinan kita akan menghadapi masalah kewangan akibat peristiwa di luar kawalan seperti penyakit, kehilangan sumber pendapatan dan kecemasan keluarga yang hanya dapat diselesaikan dengan wang.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel yang cukup bermanfaat ini dengan kawan-kawan anda. Moga-moga kedudukan kewangannya menjadi lebih baik setelah membaca artikel ini.

 << Jom Baca tips elak gaji tak cukup di sini

Previous post

Jom, Melawat 9 Tempat Menarik Di Selangor. Rugi Kalau Tak Pergi!

Next post

7 Kesan Steroid Untuk Jangkamasa Panjang

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *