Gaya HidupMotivasi

5 Tips Kekalkan Cinta Jarak Jauh

cinta jarak jauh - women online magazine

Kredit Foto: wikihow

Cinta Jarak Jauh. Cinta jarak jauh atau “long distance relationship” sememangnya bukan perkara yang mudah untuk dipertahankan.

Ini adalah kerana  orang yang disayangi berada jauh, bukan di depan mata! Betapa sukarnya menahan rasa rindu untuk bertemu insan yang sayangi kerana anda tidak dapat melihat wajahnya secara langsung. Anda juga tidak berpeluang untuk menggenggam tangannya serta tidak boleh merasakan kehadirannya di sisi anda.

Sememangnya banyak dugaan bagi pasangan yang mengharungi cinta jarak jauh sehinggakan muncul satu ketika di mana pasangan terbabit akan merasa sangat sukar untuk mempertahankan keadaan hubungan mereka.

Namun, ia bukan sesuatu yang mustahil untuk mempertahankan hubungan tersebut kerana ramai pasangan yang di luar sana telah melaluinya. Bahkan mereka juga berjaya mengakhirinya dengan sebuah ikatan perkahwinan yang bahagia.

 

Semoga tips cinta jarak jauh ini dapat membantu anda untuk mengharungi cinta jarak jauh ini. Jangan biarkan jarak menjadi penghalang cinta murni anda berdua.

 

1. Selalulah Berkomunikasi

Komunikasi adalah yang perkara yang paling penting dalam sebuah perhubungan tidak kiranya cinta jarak jauh mahupun dekat. Tanpa komunikasi, hubungan anda berdua tidak akan mempunyai kekuatan diteruskan.

Jika anda ingin hubungan tersebut berjaya, anda harus berusaha. Gunakan kesempatan yang ada untuk berkomunikasi dengan kekasih anda. Sediakan waktu hanya untuk anda berdua, misalnya sebelum tidur.  Anda boleh menggunakan teknologi canggih sekarang ini untuk  menghubungi pasangan anda menerusi panggilan telefon, sms, e-mail dan berchatting. Malah kini Facebook, Twitter, Skype menjadi telah menjadi trend pengantara buat percintaan jarak jauh.

 

2. Cari masa untuk bertemu

Walaupun anda sibuk dengan kerja seharian,namun jangan jadikan hal tersebut sebagai alasan untuk tidak bertemu dengan pasangan anda. Carilah masa untuk bertemu kerana pertemuan dapat menyemarakkan rasa cinta yang ada setelah lama tidak bertemu. Buatlah janji temu anda sekarang!

 

3. Saling mempercayai

Jangan biarkan cemburu menguasai diri anda sekiranya anda mengharungi cinta jarak jauh kerana perasaan tersebut umpama racun yang dapat memusnahkan hubungan anda berdua. Tanamkan dalam diri masing-masing sikap mempercayai pasangan anda. Jangan biarkan fikiran negatif berleluasa,jangan fikirkan pasangan anda curang,sebaliknya sematkan dalam fikiran anda bahawa si dia juga turut merindui anda.

 

4. Berdoa supaya kekal bahagia

Doa merupakan satu usaha dalam perhubungan. Mohonlah pada Allah supaya perhubungan cinta jarak jauh anda berkekalan dan jauh dari anasir-anasir buruk yang boleh menghancurkan hubungan anda berdua.

 

Baca Juga: Petua Suami Isteri

 

5. Setia dalam perhubungan

Kebanyakan pasangan yang tidak setia dalam perhubungan lalu menyebabkan cinta tersebut putus dipertengahan jalan terutamanya pasangan yang bercinta kerana tiada ikatan. Dalam kes ini, kebiasaannya lelaki lebih kerap berlaku curang.

Sememangnya cinta jarak jauh sangat memerlukan anda berdua untuk setia. Perhubungan yang ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk bahagia tanpa ada pihak ketiga mampu berkekalan.

Namun dari sudut negatifnya pula bercinta jarak jauh ni agak bahaya kerana dikhuatiri kasih sayang akan makin pudar akibat lama terpisah jauh.

 

Baca Juga: Rahsia Tapak Tangan Lelaki

 

Semak 5 petanda cinta jarak jauh yang nampak semakin pudar.

5 Petanda Cinta Jarak Jauh Yang Semakin Pudar

 

1. Cinta Beralih Arah

Apabila rasa cinta itu sudah semakin pudar, sememangnya anda akan mencari kasih sayang daripada orang lain. Bertambah parah, sekiranya anda berdua mempunyai hubungan sulit dan menganggap tidak salah atau takut untuk melakukannya kerana rasa sayang dalam hati yang telah lama hilang.

 

2. Masa Bersama Adalah Membosankan

Jika dahulu, sehari tidak berjumpa membuatkan anda tidak senang duduk. Tetapi kini, setiap kali dia ajak keluar, ada saja alasan yang diberi untuk tidak bersamanya. Tiada lagi perbualan mesra dan anda ketandusan idea untuk memula bicara.

 

Baca Juga: Wanita Idaman Lelaki

 

3. Kurang Menghubungi Pasangan

Satu ketika dahulu,perasaan terhadap kekasih atau pasangan sentiasa membara-bara  malah setiap saat, anda ingin berdekatan dengan dirinya dan mendengar suaranya. Namun, apabila hubungan semakin renggang, anda  semakin kurang menghubunginya.

 

Baca Juga: Ketahui Rahsia Lelaki

 

4. Tiada Persefahaman

Semakin lama mengenali pasangan anda,anda akan tahu baik buruk beliau. Apabila semakin banyak keburukan pasangan anda yang anda nampak,anda akan semakin menjauhi dirinya dengan pelbagai alasan. Anda akan menggunakan keburukannya dan mengungkit-ungkit perkara tersebut sehingga menimbulkan rasa dendam dan benci yang amat sangat dalam hati.

 

5. Kerap Bergaduh

Apabila rasa cinta telah pudar, anda akan kerap bergaduh dengan pasangan walaupun untuk hal yang remeh temeh. Rasa panas dalam hati membuak-buak sehingga kadangkala anda merasakan menyampah mahu melihat mukanya.

Dari sudut positif cinta jarak jauh ini ternyata lebih manis kerana menjauhkan pasangan dari melakukan maksiat dan juga mampu menguji kekuatan cinta antara pasangan. Walaubagaimanapun jarak tidak menjadi punca terputusnya hubungan, tetapi faktor lain seperti kurang memahami pasangan dan kurang komitmen dalam perhubungan menyebabkan cinta murni anda dan pasangan kecundang di pertengahan jalan.

Sekiranya masing-masing komited dengan dan berusaha untuk memastikan perhubungan yang sihat dan berkekalan maka percintaan jarak jauh ini akan bertahan lama dan kekal sama seperti cinta jarak dekat.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya!

<< Ketahui apa yang perlu dilakukan bila cinta anda bertepuk sebelah tangan di sini.

 

Previous post

Atasi Masalah Kulit Muka Dengan 4 Cara Semulajadi

Next post

Ketagih Minum Kopi? Semak 18 Produk Kopi Berbahaya Untuk Lelaki

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *