FesyenGaya HidupModeStail

Semak! Jenis-Jenis Skirt Labuh Yang Sesuai Buat Anda

skirt labuh - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Skirt Labuh.Anda suka bergaya dengan skirt labuh?

Ternyata fesyen adalah sesuatu yang berkembang dengan pantas mengikut peredaran zaman.Wanita khususnya pasti akan mengikuti setiap fesyen terbaru. Kebelakangan ini, pemakaian skirt labuh lebih terbuka dan tidak terhad kepada mana-mana peringkat umur.

Namun, si pemakai haruslah bijak memilih dan bergaya dengan pemilihan yang tepat dan menawan. Tetapi seringkali kita melakukan kesilapan ketika membeli skirt labuh. Asal nampak cantik sahaja sudah memadai! Jangan bergitu, tidak semua yang cantik di pandang akan cantik dipakai. Jom ketahui dahulu jenis-jenis skirt labuh yang ada dan adakah ia sesuai buat anda atau tidak.

 

Jenis-Jenis Skirt Labuh

1. Skirt Maxi

skirt labuh - women online magazine (5)

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Skirt labuh jenis ini sesuai untuk semua jenis bentuk tubuh. Potongannya yang longgar menjadikan ia sangat selesa dipakai.

 

2. Skirt Duyung

skirt labuh - women online magazine (4)

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Potongan jenis skirt ini tidak sesuai untuk semua jenis bentuk tubuh. Ianya akan kelihatan lebih menarik bagi yang mempunyai bentuk tubuh seperti jam pasir.

 

3. Skirt A-Shape atau A-line

skirt labuh - women online magazine (1)

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Untuk skirt jenis ini, ianya sesuai bagi sesiapa yang mempunyai bahagian pinggul yang sedikit lebar.

 

4. Skirt Pleated

skirt labuh - women online magazine (2)

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Skirt pleated kembang ala puteri ini sesuai digayakan untuk gadis yang berpeha besar kerana potongan kainnya akan menyembunyikan kelemahan anda itu. Apabila dipakai ia terletak cantik pada tubuh si pemakai, beralun lembut serta memudahkan pergerakan. Skirt ini pernah popular pada zaman 70an-80an dulu dan sekarang telah dipopularkan kembali dengan kombinasi warna-warna terang.

 

5. Tiered Skirt (Skirt Bertingkat)

skirt labuh - women online magazine (3)

Skirt bertingkat ini akan nampak kembang kerana berlayer-layer. Ia juga mempunyai pelbagai corak dan warna yang menarik. Namun, kain seperti ini sudah jarang di pakai melainkan anda memang seorang yang sukakan kelainan. Sekirannya anda seorang yang berbadan besar elakan daripada memakai skirt ini kerana lapisan skirt itu akan memberi kesan yang tidak cantik dan mungkin menampakkan anda lebih gempal.

 

Baca Juga: Skirt Kembang

 

Tips Pemakaian Skirt Labuh Mengikut Kesesuaian Tubuh Badan Anda

Untuk tubuh badan yang tinggi lampai dan ramping.

  • Bagi mereka yang tinggi dan kurus adalah sangat sesuai untuk  menggayakan skirt labuh dengan apa jua jenis corak dan potongan. Tetapi pastikan pemilihan warna baju dan skirt labuh adalah sesuai.

 

Untuk badan yang rendah dan berisi.

Apabila memakai skirt labuh, anda dinasihatkan untuk tidak menggayakannya  dengan baju yang lebih gelap dari skirt.
Jangan sesekali memakai flat shoes. Cuba gayakan dengankasut yang mempunyai tumit yang sedikit tinggi dan pilihlah skirt labuh dengan corak kecil dan tidak berjalur melintang.

 

Baca Juga: Kasut Flat Terbaik Untuk Wanita

 

Untuk badan yang terlalu kurus

  • Ada yang mencadangkan wanita yang terlalu kurus patut memakai skirt yang mengikut bentuk pinggul dan kaki. Sebenarnya skirt jenis itu akan membuatkan anda nampak lebih kurus. Pakailah skirt yang berwarna cerah dengan corak apa pun.
  • Gayakan dengan baju yang disertakan jaket pendek yang tidak melebihi pinggul atau untuk siang hari padankan baju yang dipakai dengan kardigan pendek.

 

Cadangan Padanan Skirt Labuh

  • Padankan dengan T-shirt, blaus mahupun chiffon  (top) bersama skirt labuh. Tidak kisah samada anda ingin tight in atau tight out baju. Kedua-dua style ini memang kemas dan comel.
  • Anda juga boleh melengkapkan pemakaian skirt labuh dengan memakai kardigan.
  • Gabungkan warna-warna yang ceria mengikut tempat dan acara agar penampilan kelihatan trendy dan sweet.
  • Skirt labuh  bercorak flora berwarna pastel, berpotongan kembang, sangat sesuai dipadankan dengan blaus kosong dan ia mampu membuatkan si pemakai kelihatan anggun.
  • Sekiranya anda ingin menggayakan skirt labuh ke pejabat, pilihlah skirt labuh bercorak kosong dengan warna-warna pastel dan juga warna gelap seperti hitam, coklat mahupun biru. Ia sangat sesuai dipadankan dengan blaus, kemeja mahupun blazer.  Barulah tampak profesional. Tetapi ingat, elakkan skirt labuh yang beropol untuk ke pejabat.
  • Untuk penampilan yang sopan dan muslimah, pakailah blaus menutupi pinggul dan skirt labuh yang longgar.

Seterusnya, anda boleh lengkapkan penampilan dengan shawl mahupun tudung bawal disertakan dengan pemakaian kasut wedges bersama skirt labuh memang sangat cantik dan stylo.

 

Baca Juga: Cantik Dengan Motif Flora

 

Padanan Aksesori Yang Sesuai Agar Tidak Kelihatan Sarat Dan Berat.

  • Rantai labuh
  • Tali pinggang vintage
  • Clincher

 

Nota Kaki:Jika suka, SHARE ya artikel ini dengan kawan-kawan.

<< Jom lihat Inspirasi fesyen hijab pula di sini..

Previous post

Produk Bayi Dan Kanak-Kanak Terkini Daripada Bloom & Grow

Next post

Jom, Sertai Bengkel “MAKE ME A: BLOGGER” Bersama Women Online Magazine & MYRYL

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *