Gaya HidupSantai

Tempat Menarik di Genting Highland Theme Park

tempat menarik di genting highland theme park - women online magazine

(Gambar ini hanya hiasan sahaja)

Adakah anda mencari tempat untuk bercuti pada musim cuti sekolah ini? Jom kunjungi Genting Highland Theme Park..

Genting Highland Theme Park merupakan tempat sesuai untuk berhibur dan bersuka ria terutama untuk cuti sekolah. Tahukah anda? Genting Highland ditubuhkan oleh mendiang Tan Sri Lim Goh Tong. Idea untuk membuat resort di atas bukit datang daripada udara segar di Cameron Highland oleh mendiang Tan Sri Lim Goh Tong pada tahun 1964.

Genting Highland merupakan tempat yang amat sesuai untuk seisi keluarga. Genting Highland juga terkenal dengan Taman Tema. Di sini juga terdapat permainan ‘indoor’ dan ‘outdoor’ yang disediakan untuk golongan kanak-kanak dan dewasa. Selain itu juga terdapat banyak tempat hiburan seperti konsert, persembahan, pawagam, karaoke dan sebagainya.

Antara Tempat Menarik di Genting Highlad Theme Park ialah:

1. Menaiki Cable Car di Genting Skyway

Dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri Dato ‘Seri Dr Mahathir Mohamad pada 21 Feb, 1997, Genting Skyway boleh membawa lebih daripada 2,000 orang setiap jam setiap perjalanan dengan 8 penumpang setiap gondola.

Menghubungkan dari Stesen Utama dari Gohtong Jaya ke Highlands Hotel. Genting Skyway menawarkan teknologi tinggi dengan perjalanan yang selamat sampai di bandar resort.

Tiket :
Dewasa     : RM30.00
Kanak kanak     : RM20.00 (2 to 12 tahun ) / RM10

#Pada kelajuan maksimum 6 meter sesaat, perjalanan sejauh 3.38 kilometer ke puncak gunung hanya mengambil masa 11 minit. 

2. Berjalan-jalan di Snow World

Menampilkan sebuah rumah kabin kayu, sebuah iglu, permainan luncur ais dan kawasan permainan yang bersalji. Keadaan di sini sangat sejuk, jadi jangan lupa untuk memakai pakaian yang lebih tebal. Kanak-kanak pasti sukakan Rainforest Splash Pool, di mana kolam diisi dengan air suam walaupun udara dan keadaan cuaca di sini agak sejuk.

Snow World adalah satu tarikan terpesona baru yang menempatkan fantasi dan keajaiban pada sebuah kayangan tinggi di puncak. Alami tarikan baru seperti yang anda berjalan ke dalam Snow World baru di First World Plaza.

Mempunyai pusat bandar musim sejuk dan konsep Warisan Dunia, pandangan yang menakjubkan dari keseluruhan sekitar akan menjadi tempat yang hebat untuk mengambil gambar sebagai kenangan anda.

TIKET:

Dewasa – RM 30

Kanak-Kanak / Warga Emas – RM 25

#Jaket, Kasut But dan Sarung Tangan adalah percuma.

3. Membeli belah di First World Plaza

Terdapat taman tema indoor dan kompleks membeli-belah yang menyediakan pelbagai permainan menarik yang menghiburkan dan enam taman tema yang dinamakan sempena nama ibukota dan tempat terkenal di seluruh dunia.

Di sana terdapat bermacam-macam bangunan unik antaranya Big Ben yang terletak di London, dan juga Eiffel Tower di Paris. Apabila masuk di dalam First World Plaza ini anda akan dikejutkan dengan patung gergasi Oscar dan patung Liberty yang ada di US.

 First World Plaza ini juga merupakan pusat membeli belah utama di Genting. Di kawasan sini juga terdapat tempat :

  • Bowling
  • Wayang,
  • Kedai-kedai makan
  • Kedai pakaian yang biasa terdapat di shopping mall. 

4. Terbang di Genting Sky Venture

Genting Sky Venture adalah sebuah permainan (of the art) terowong ‘skydiving’ angin yang direka khas untuk anda mengalami keseronokan seperti terjun dari udara, tanpa perlu berkemas payung terjun dan melompat keluar dari kapal terbang.

Ianya satu satunya aktiviti terjunan udara bebas yang terdapat di Asia, jika anda tertanya tanya apa yang akan menjadikan anda terbang seperti burung, Genting Sky Venture akan membuatkan anda mengalami terbang seperti burung.

#Harga Biasa Tiket:

All Park 1-Day Unlimited Ride Pass:
Dewasa: RM70
Kanak-kanak/ Warga Emas: RM49
Sky Venture: RM50 seorang

5. Berkunjung di Ladang Strawberry Park

Jikalau sebelum ini kita terbiasa dengar di Cameron Highlands hanya ada buah strawberry, tapi kali ini anda tidak perlu pergi jauh kerana di Genting Highlands juga ada. Tapi hanya satu sahaja tempatnya dan tidak besar seperti di Cameron.

Di Genting, Strawberry Park boleh dikunjungi di Taman Gotong Jaya. Ianya berhadapan dengan Gotong Jaya Sports Center. Dari Seri Malaysia, anda boleh berjalan kaki untuk sampai di sana. Boleh dikatakan jaraknya tidak jauh dari situ.

Buah strawberi di sini amat segar, pengunjung boleh dapat merasa secara percuma sebagai tanda penhargaan datang di sini. Harga buah strawberi di sini tidaklah terlalu mahal berbanding di luar sana.

6. Melawat Kuil Chin Swee Caves

Terletak di tempat paling indah di Genting Highlands. Di dalam kuil tersebut terdapat sebuah patung hitam Pendeta Master Chin Swee yang sedang duduk. Patung tersebut dikenali sebagai dewa di Wilayah Fujian yang berkemampuan untuk memanggil hujan dan mengusir roh jahat.

Kuil tersebut telah menarik perhatian ramai pelancong tempatan dan luar negara seperti dari Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand dan China. Kuil Chin Swee Caves terletak di plot 28 ekar tanah hutan berbatu yang disumbangkan oleh pengasas Genting Group iaitu mendiang Tan Sri Dato’ Seri Lim Goh Tong.

# Kuil ini terletak pada 4.600 meter di atas permukaan laut dan perjalanan ke kuil memerlukan sekitar 5-10 minit dari puncak gunung.

# Tempat ini tidak sesuai untuk dikunjungi oleh mereka yang beragama Islam.

Jom kita cuba pula menjelajah tempat-tempat menarik seperti di bawah :

Maka sebelum anda memulakan perjalanan ke sana apa kata anda memebuat beberapa perancangan untuk bercuti supaya apabila anda sampai di destinasi nanti mudah untuk anda bajet dari segi perbelanjaan  seharian.

<< Dapatkan tips sebelum pergi bercuti disini sekarang , sebelum anda rancang percutian anda..

Previous post

Efek Menggerikan Akibat Pil Ecstacy

Next post

Permohonan UPU 2014

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *