10 Tempat Menarik Di Jakarta Yang Harus Dilawati
Foto: google
Jakarta merupakan ibu negara Indonesia dan merupakan salah satu wilayah yang terdapat di Indonesia.Jakarta terletak di bahagian barat laut, Pulau Jawa. Jakarta diduduki sekitar 23 juta orang, merupakan kawasan metropolitan yang terbesar di Indonesia dan kedua terbesar di dunia.
Perkembangan ekonomi dan kemajuan teknologinya kian pesat membangun. Sebagai ibu negara Indonesia, bandaraya Jakarta pasti menjadi tumpuan para pelancong. Tidak kira sama ada dari Asia mahupun Eropah. Banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati di Jakarta ini.
Tempat Menarik Di Jakarta
Foto: bp.blogspot,menerjemahkan,wikimedia,1.bp.blogspot
- Menara Monas
Monas atau nama asalnya, Monumen Nasional Indonesia berada di tengah-tengah kota Jakarta. Pada siang hari anda boleh naik ke menara untuk melihat permandangan. Di sebelah malam pula anda boleh bersantai sambil melihat menara ini bertukar-tukar warna.
- Taman Mini Indonesia
Taman Mini Indonesia mempunyai pelbagai koleksi rumah suku-suku kaum di Jakarta. Taman mini ini seperti Taman Mini Malaysia di Melaka. Kawasannya sangat luas dan anda disarankan untuk menaiki kenderaan. Jika tidak, pasti jenuh anda nak berjalan kerana terlalu banyak rumah untuk disinggah. Di dalam rumah pula terdapat pameran. Di taman mini ini juga terdapat cabel car dan taman burung.
- Masjid Istiqlal
Masjid Istiqlal yang terletak di Jakarta, Indonesia merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini boleh menampung lebih daripada 100,000 jemaah pada satu masa. Siap pada 1961, Masjid Istiqlal menjadi monumen penting dan simbol kemerdekaan bagi masyarakat Indonesia. Kerana itulah ia dinamakan ”Istiqlal” yang bermaksud merdeka.
- Tanah Abang
Tanah Abang ini merupakan gedung membeli belah. Gedung ini menjual barang secara borong. Jika anda bercadang ingin membeli cenderahati dalam kuantiti yang banyak, kami sarankan anda mengunjungi Tanah Abang. Pasti berbaloi.
Foto: vacationbaliindonesia,3.bp.blogspot,staticflickr,wikimedia
- Taman Tema Ancol
Taman Tema Ancol merupakan yang terbesar di Indonesia. Yuran yang dikenakan sekitar rupiah 150. Bagi mereka yang sangat menggemari permainan ekstrem, mungkin taman tema ini akan memberi kepuasan buat anda!
- Kota Lama Jakarta
Di kota lama ini terdapat pelbagai muzium di sekitarnya. Cuma, muzium di sini akan tutup pada setiap hari isnin. Jika anda tidak mahu masuk ke muzium itu tidak mengapa, anda juga boleh bersantai di dataran itu. Terdapat juga perkhidmatan menyewa basikal. Jangan terkejut jika anda melihat orang yang berpakaian ala tentera, mereka mencari makan sebenarnya. Jika ingin bergambar bersama, jangan lupa hulurkan wang saku ya.
- Pantai Ancol
Jika anda tidak masuk ke Taman Tema Ancol, anda boleh berjalan di Pantai Ancol. Untuk masuk ke pantai ini anda akan dikenakan bayaran. Tetapi bagi kami ia berbaloi. Kami cadagkan anda datang pada waktu petang, anda boleh melihat keindahan pantai dan mengambil angin di pantai ini.
- Mangga Dua
Mangga Dua adalah tempat untuk membeli belah. Jika anda tidak mahu pergi ke Tanah Abang, anda boleh datang ke sini. Keluasannya juga besar dan bertingkat-tingkat. Jangan rambang mata ya, berbelanja mengikut bajet anda.
Foto: infowisata,google
- Taman Safari
Terletak di hujung Kota Jakarta, perjalanan ke sana mengambil sedikit masa. Taman Safari ini meliputi kawasan seluas 170 hektar dan menempatkan 2,500 haiwan. Sebahagian besar spesies disini adalah berasal dari Indonesia.
10. Rumah Garuda Jakarta
Bagi mereka yang menggemari masakan Minang dan Melayu, anda boleh cuba singgah di Rumah Garuda. Pelbagai hidangan Minang dan Melayu di sediakan pada harga yang berpatutan.
<< Ketahui percutian menarik ke 10 buah pulau tercantik di Malaysia di sini.
4 Comments
menarik website ini, nampak cantik, kemas, segar dan mempunyai pengisian yang terkini
Your article is very interesting and also very good in writing. Thank you.
sama-sama moga memberi manfaat. Thanks kerana membaca di media wanita evergreen semestinya women online magazine
Thank you and please keep supporting us!