Gaya HidupSantai

Jalan-Jalan Ke Kuala Gandah, Tengok Gajah!

 Kuala Gandah - women online magazine

Kredit Foto: xinminc

Kuala Gandah.Mencari-cari tempat yang baik untuk bersantai dengan rakan-rakan anda atau ahli keluarga? Jom ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ini terletak 15 km dari Pekan Lanchang, daerah Temerloh, Pahang ditubuhkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara pada tahun 1989 bertujuan untuk menjalankan program pemindahan gajah sejak dari tahun 1974.

Gajah Asia kini dikategorikan sebagai spesies yang kian terancam dengan anggaran yang kurang daripada 1,200 ekor gajah liar di Semenanjung Malaysia. Melindungi gajah Asia secara langsungnya membantu melindungi ribuan jenis spesies lain yang terdapat dalam lingkungan habitat gajah tersebut.

Sejak 30 tahun yang lalu, pusat ini telah berjaya memindahkan lebih daripada 700 ekor gajah liar. Gajah-gajah liar yang ditangkap akan dihantar ke pusat konservasi ini untuk dilindungi dan dilatih.

Gajah-gajah ini kemudiannya akan ditempatkan semula di kawasan-kawasan perlindungan seperti di Taman Negara, Pahang. Selain itu ia turut berfungsi sebagai memberi maklumat dan kesedaran kepada orang ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah negara kita.

 

Bagaimana anda mahu ke sana?

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah mengambil masa 2 jam memandu sekiranya anda datang Kuala Lumpur. Pusat ini yang terletak di negeri Pahang iaitu di pantai timur Semenanjung Malaysia membolehkan anda menggunakan mana-mana lebuh raya atau jalan utama untuk ke Lebuhraya Karak. Kemudian gunakan Lebuhraya Pantai Timur dan keluar melalui tol Lanchang. Seterusnya belok kanan di simpang-T dan teruskan memandu sehingga anda menjumpai papan tanda ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.

 

Aktiviti menarik yang boleh anda lakukan:

Terdapat beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan semasa anda berada pusat ini. Berita baik untuk anda adalah tiada yuran dikenakan untuk semua aktiviti-aktiviti ini. Namun,anda disarankan untuk dapat awal supaya keseluruhan aktiviti yang disediakan oleh pihak jabatan dapat disertai.

1. Tayangan Video

Anda dapat menonton tayangan video dokumentari di bilik berhawa dingin mengenai aktiviti pemindahan semula gajah liar selama 1 jam lebih. Maklumat yang ditayangkan adalah cukup menarik dan berinformasi terutamanya kepada anak-anak yang bersekolah.

 

2. Memberi Makan Gajah

Semua pelawat ke pusat ini akan mempunyai peluang untuk merasai sendiri pengalaman memberi makan gajah. Terdapat lebih kurang enam ekor gajah yang boleh anda berikan makanan, seperti buah-buahan iaitu tembikai dan betik. Anda cuma perlu menghulurkan makanan tersebut dengan tangan anda, sama ada menyuapnya  atau membiarkan gajah tersebut menggunakan belalainya untuk mengambil makanan tersebut.

Makanan atau buah-buahan tersebut telah tersedia di situ. Aktiviti ini sangat disukai oleh kanak-kanak. Anda juga dinasihatkan agar tidak lupa untuk membawa topi dan sebotol air kerana tempat ini boleh menjadi panas dan lembap pada sebelah petang.

 

Baca Juga: Tempat Menarik Di Melaka

 

3. Memandikan Gajah

Anda juga berpeluang merasai sendiri pengalaman memandikan gajah di sungai berhampiran. Anda diingatkan supaya berhati-hati dan jangan lupa untuk mengikuti arahan daripada penjaga sekiranya diberi peluang untuk mandikan gajah-gajah tersebut. Sila bawa bersama pakaian lebih untuk aktiviti ini.

Jika anda tidak mahu kecewa, pastikan anda menempah awal dengan Pusat Konservasi ini sekurang-kurangnya tiga hari lebih awal kerana  kebiasaannya ia sesak pada hujung minggu dan cuti umum.

 

4. Melawat Mini Zoo

Selepas puas aktiviti anda bersama gajah-gajah di Pusat Konservasi,jangan lepaskan peluang untuk memasuki ke Deerland, sebuah mini zoo yang diusahakan oleh orang perseorangan. Menariknya mengenai zoo ini adalah ianya lebih kepada konsep terbuka.Di situ anda dapat merasai peluang untuk memberi makan kepada haiwan dan beberapa rusa jinak. Pengalaman tersebut sememangnya sangat menakjubkan. Selain itu,sekiranya anda seorang yang berani,bolehlah bergambar bersama ular yang akan melilit di badan anda sambil diawasi oleh petugas.

 

Kemudahan Yang Disediakan:

Terdapat sebuah gerai kecil yang menjual minuman ringan di pusat ini. Tetapi adalah lebih baik untuk membawa makanan ringan anda sendiri dan minuman semasa anda berada di sini kerana tidak banyak makanan yang disediakan. Terdapat juga beberapa bangku yang boleh anda gunakan untuk berkelah anda di sini sebelum dan selepas aktiviti yang dijadualkan.Cenderamata seperti baju-T juga boleh didapati di sini.

 

Baca Juga: Tempat Menarik Di Langkawi

 

  • Penginapan Berdekatan

Bandar ini merupakan bandar yang kecil, maka hotel yang berdekatan akan berada di bandar yang lebih besar daripada Temerloh ke arah timur atau ke arah Bentong barat seperti Hotel Seri Malaysia. Pusat ini dibuka setiap hari 9:00-16:45 dan hanya ditutup pada cuti umum.

Tunggu apa lagi? Bawalah rakan-rakan atau keluarga anda ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ini. Pusat ini amat mengalu-alukan kedatangan anda. Semoga anda semua ceria dan gembira apabila berkunjung ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.

 

Nota Kaki: Selamat bercuti! Dan SHARE artikel ini ya!

<< Ketahui 10 tempat menarik di Negeri Perlis. Baca di sini.

 

 

 

Previous post

4 Cara Putihkan Muka Dari Dalam Tubuh!

Next post

Dapatkan 3 Resepi Bubur Nasi Bayi, Lazat Dan Penuh Khasiat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *