Gaya HidupKarier & Wang

5 Cara Terbaik Simpan Duit

simpan duit - women online magazine

Kredit Foto: capital

Simpan Duit.Nak kaya? Siapa yang tak nak, kan… Semua orang mahu kaya dan hidup senang. Nak hidup senang kenalah pandai simpan duit!

Macam mana nak simpan duit, kalau duit asyik tak pernah cukup aje? Tapi, anda fikir tak, kalau tak menyimpan pun,  anda tetap merasakan duit yang ada tak pernah cukup pun?

Menyimpan duit adalah kewajipan kita dalam dunia moden nie. Hampir semua orang bersetuju bahawa mereka perlu menyimpan sebahagian daripada pendapatan mereka. Tetapi ramai yang gagal untuk melakukannya.

Namun,  kadar sara hidup yang tinggi atau banyak bil yang perlu dijelaskan bukanlah alasan untuk tidak menyimpan duit.Walau siapa pun anda atau sebanyak mana sekali pun pendapatan, anda masih boleh simpan duit.

 

Baca Juga: Tips Berkesan Kawal Sikap Boros

 

Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh cuba untuk simpan duit.

1. Potong dulu, belanjakan selebihnya. Bukan belanja dulu, simpan selebihnya.

Cara utama untuk simpan duit ialah dengan menetapkan simpanan bulanan secara tetap dari pendapatan (atau wang saku/elaun bulanan bagi yang belum bekerja).

Kebanyakan nasihat memilih 10% dari jumlah pendapatan bulanan sebagai nilai minimum. Lebih tinggi nilai simpanan adalah lebih bagus, tetapi pastikan anda telah menunaikan semua tanggungjawab anda terlebih dahulu.

 

Baca Juga: Cara Simpan Duit Untuk Pergi Bercuti

 

2. Simpan duit di tempat yang agak ‘susah’ dikeluarkan.

Tabung Haji (tiada kad ATM) dan simpanan emas adalah contoh tempat terbaik untuk simpan duit. Kalau simpan duit dalam Tabung Haji, jangan sekali-kali ambil kemudahan pengeluaran melalui ATM Bank Islam atau Bank Rakyat.

Kalau mudah dikeluarkan, duit simpanan tak akan bertahan lama. Dan lebih baik kalau serahkan buku bank tersebut kepada mana-mana ahli waris yang amanah. Bila benar-benar terdesak baru minta kembali buku tersebut.

 

3. Belajar cara menjana pendapatan sampingan

Fikirkan cara menambahkan aliran pendapatan anda. Daripada hanya  bergantung kepada satu punca pendapatan, fikirkan cara mendapat pendapatan tambahan.

Mungkin anda boleh melakukannya dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan, perniagaan Internet atau menawarkan sebarang perkhidmatan mengikut kebolehan dan skil anda. Hasil pendapatan tersebut mungkin anda boleh jadikan sebagai duit simpanan.

 

Baca Juga: 4 Cara Buat Duit Online

 

4. Berhenti menggunakan kad kredit

Bayar untuk segala-galanya dengan wang tunai. Jangan gunakan cek. Dengan kata lain, jangan berlagak kaya. Kita secara automatik akan lebih mudah berbelanja apabila kita tak nampak duit tu di depan mata.

Jika anda guna wang tunai, anda boleh melihat duit tu berkurang dan berkurang dan sekurang-kurangnya adalah rasa menyesal bila belanja banyak sangat.

Jika anda perlu mempunyai kad kredit tetapi tak nak tergoda, letakkan dalam kertas matlamat anda dalam dompet anda. Atau anda boleh letakkan kata-kata semangat untuk memastikan kad itu anda gunakan betul-betul untuk benda yang penting.

 

5. Bersedekah dan Bayar Zakat

Selain simpan duit, anda perlu ingat, tiada gunanya mempunyai wang yang banyak sekiranya ia akan menjadi beban di akhirat kelak. Bayarlah zakat kerana ia wajib. Bersedekahlah kerana di dalam harta anda, Allah telah tetapkan rezeki untuk orang lain.

Tetapi, adalah lebih afdhal untuk bersedakah kepada keluarga sendiri sebelum orang lain. Selain mendapat pahala sedekah, anda juga telah merapatkan tali silaturrahim sesama keluarga anda, insya-Allah. Jangan bimbang, sedekah dan zakat tidak akan mengurangkan wang anda kerana insya-Allah, Allah akan melipatgandakan lagi rezeki anda dan memberkatinya.

Apapun, perlu diingat senarai ini bukanlah senarai mutakhir cara simpan duit. Ini hanyalah sebahagian sahaja daripada cara-cara untuk simpan duit. Anda perlu menggunakan kreativiti sendiri dan sesuaikan dengan keperluan anda.

 

 <<  Baca juga tips kawal sikap boros bila ada wang. Klik di sini.

 

Previous post

Cuba Kurangkan Berat Badan Anda Dengan Senaman Pilates

Next post

Resepi Kek Red Velvet Kukus Sedap Sangat!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. March 6, 2017 at 8:58 am — Reply

    Tips yang berguna untuk semua. Menyimpan duit ni nampak macam mudah, tapi sebenarnya memerlukan konsistensi yang tinggi dan jiwa yang kental 🙂

    • May 4, 2019 at 12:55 pm — Reply

      Terima kasih puan atas komen yang membina.Ya puan,kumpul duit ibarat dapat dua hasil.Satu,duit dan dua,ketabahan hati.Semoga berjaya puan!

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *