5 Cara Mengatasi Rambut Kering
Kredit : timesfull
Rambut anda kering, bercabang dan berubah warna keperangan? Jika ‘Ya’, Anda Wajib Tahu Cara Mengatasi Rambut Kering Supaya Masalah Tersebut Dapat Diselesaikan.
Rambut adalah mahkota bagi setiap orang terutamanya kaum wanita. Masalah rambut kering boleh menganggu penampilan.Selain itu rambut kering juga akan membuatkan rambut menjadi ‘putus-putus’ dan rosak.Berikut beberapa cara mengatasi rambut kering yang wajib anda cuba.
- Tepung Dan Minyak Kelapa
Ambil tepung dan minyak kelapa satu sudu makan. Campurkan kedua bahan ini sehingga merata. Setelah itu sapukan ke kulit kepala dan gosok-gosok hingga menyebar keseluruh permukaan kulit kepala. Biarkan selama 15 minit, kemudia barulah dicuci dengan air bersih.
- Kuning Telur
Ambil sebiji telur, ambil kuning telur dan asingkan putihnya kemudian tambahkan satu sudu makan air bersih ke dalam kuning telur. Kemudian campurkan putih telur dengan kuning telur yang sudah di campur air tadi. Cara penggunaanya, basahkan rambut anda sambil dengan mengurut lembut kulit kepala anda. Kemudian sapukan bahan yang sudah disediakan tadi dengan menggunakan jari, sedikit demi sedikit ke rambut lalu diurut lembut sehingga keluar buih. Lakukan secara merata. Setelah itu, bilaslah rambut anda dengan air yang bersih.
Minyak zaitun mengandungi vitamin E dan antioksidan yang dapat membantu melembabkan rambut yang kering dan rosak. Caranya, sapukan minyak zaitun pada kulit rambut , kemudian urutlah sehingga merata selama 30 minit. Setelah itu bilaslah dengan menggunakan air yang bersih.
Dengan menggunakan lemon, anda dapat menghasilkan rambut yang sihat, bersinar dan bebas daripada masalah rambut kering. Caranya, ambil dua sudu teh jus lemon segar, satu sudu teh minyak almond. Baurkan kedua-dua bahan itu sehingga sebati, kemudian sapukan merata pada akar sehingga hujung rambut. Kemudian bungkus dengan dengan tuala panas selama satu setengah jam. Setelah itu, barulah anda bersihkan rambut dengan menggunakan syampu. Cara ini boleh anda lakukan dua kali seminggu.
Avokado memang mampu mengatasii rambut kering. Cara penggunaannya, haluskan isi avokado sehingga merata, kemudian sapukan pada keseluruhan bahagian rambut iaitu dari kulit sehingga ke hujung rambut. Biarkan selama 30 minit, kemudian barulah dicuci dengan air bersih.
<< Ketahui cara mengatasi rambut berminyak di sini.
No Comment