6 Eyeliner Tips Yang Cukup Berguna
Kredit foto: femside, glassesonline, imabeautygeek, chromachameleon, planetzuri, illamasqua
Eyeliner Tips.Eyeliner merupakan bahagian penting dalam solekan. Dengan menggunakan eyeliner, ia akan mempengaruhi penampilan mata anda. Sama ada nampak segar, seksi ataupun garang.
Memakai eyeliner bukanlah perkara yang mudah, anda harus tahu eyeliner tips yang tepat untuk memakainya.
Pencil Eyeliner
Pencil eyeliner adalah jenis yang paling popular dan mudah untuk digunakan. Jika anda gemar memakai eyeliner jenis ini, sebaiknya sebelum memakai anda tengok terlebih apakah eyeliner tersebut boleh menimbulkan alergi di kulit anda. Selain itu, selalulah tajamkan matanya sebelum anda memakainya untuk menghilangkan bakteria. Tetapi, janganlah tajam sangat sampai boleh melukakan kulit anda pula.Selain itu,eyeliner jenis ini tidak tahan lama serta mudah luntur, jadi anda perlu melapisinya beberapa kali agar mata kelihatan lebih menawan.Pakai eyeliner selepas anda memakai eyeshadow.
Eyeliner Cair
Eyeliner cair atau ‘liquid’biasanya lahir dari botol bersama berus runcing. Eyeliner jenis ini lebih pekat dan juga tahan lebih lama. Ketika menggunakan eyeliner cair ini pastikan berusnya bersih. Pastikan juga tangan anda tidak bergetar ketika mengapilkasikannya. Jangan lebarkan kelopak mata anda ketika memakainya. Selain itu, eyeliner jenis ini tidak mudah luntur walaupun terkena air dan peluh.
Baca Juga: Solekan Kening
Cream/Gel Eyeliner
Untuk memakai eyeliner jenis ini memerlukan tangan yang relaks dan tidak menggigil ketika mengaplikasinya.Biasanya eyeliner jenis ini digukan oleh para makeup artist.Tapi,sekarang ramai yang sudah terror untuk memakainya. Untuk mengaplikasikannya, anda perlu menggunakan berus. Setelah mengaplikasikannya, anda perlu duduk diam beberapa minit sehingga ia kering.
Terdapat beberapa gaya pemakaian eyeliner yang wajib anda cuba untuk melihat sendiri perubahan wajah anda, lebih cantik dan trendy!
1. The Natural Look Eyeliner Tips
Gaya eyeliner yang tampak semulajadi ini sebenarnya amat menyeronokkan. Walaupun ada yang berpendapat bahawa gaya pemakaian eyeliner ini tidak begitu menyeronokkan tetapi satu perkara yang anda perlu tahu ialah anda boleh gunakan pelbagai warna eyeliner dengan gaya ini.
Untuk menggayakan ‘the natural look eyeliner', apa yang anda perlu lakukan ialah gariskan bahagian atas kelopak mata anda sahaja dengan menggunakan eyeliner.
Jika anda mempunyai bentuk mata yang besar gariskan eyeliner di sepanjang kelopak mata supaya mata anda kelihatan lebih kecil.
Bagi yang mempunyai mata yang kecil dan ingin menampakkan saiz mata yang besar, anda dinasihatkan untuk menggariskan eyeliner dari bahagian hujung ke bahagian tengah kelopak mata sahaja.
2. ‘V For Va Va Voom Eyeliner Tips’
Bunyinya mungkin tidak masuk akal, tetapi gaya pemakaian eyeliner berbentuk ‘V’ ini sangat menawan dan juga ‘versatile’. Ini adalah kerana anda boleh menggayakannya secara kasual mahupun untuk menonjolkan unsur dramatik pada bahagian mata.
Apa yang perlu anda lakukan ialah menggariskan eyeliner dari bahagian tengah ke bahagian luar bagi kelopak mata atas dan bawah. Ini akan menmpakkan bentuk ‘V’ pada hujung mata anda.
Jika anda mengenakan makeup pada waktu malam, anda boleh tebalkan eyeliner pada bahagian atas kelopak mata anda. Anda juga boleh meratakan garisan tadi supaya ia tidak kelihatan begitu tajam atau bersudut.
Baca Juga: Teknik Solekan Yang Betul
3. All The Way Around Eyeliner Tips
Gaya eyeliner ini adalah sangat menarik, tetapi awas bukan semua orang sesuai untuk menggayakan gaya eyeliner ini.
Seperti mana namanya, ia memerlukan anda untuk menggariskan keseluruhan kelopak mata anda atas dan bawah dengan eyeliner. Tebal di bahagian atas dan sedikit nipis pada bahagian bawah.
Ratakan garisan ini dan hati-hati kerana jika anda mempunyai mata yang kecil ia akan membuatkan mata anda bertambah kecil.
4. Thick and Intense Eyeliner Tips
Cara yang terbaik untuk membuat gaya ini adalah dengan menggunakan teknik dot di mana anda akan membuat dot di sepanjang kelopak mata anda kemudia anda ratakan ia secara perlahan-lahan.
Kunci untuk melengkapkan gaya ini adalah dengan meratakan garisan eyeliner pada kelopak mata bahagian atas dan bawah.
Jika anda ingin menampakkan kesan dramatik, gariskan sekali lagi eyeliner pada kelopak mata supaya ia kelihatan lebih terang.
5. The Sultry Look Eyeliner Tips
Gaya ini adalah sangat mudah untuk dilakukan. Anda cuma perlu gariskan eyeliner dari bahagian luar mata ke bahagian dalam mata. Kemudian letakkan eyeshadow di atas garisan tadi dan ratakannya secara sama rata.
6. The Cleopatra Tilt Eyeliner Tips
Bukan untuk meletakkan gaya ini sebagai gaya klasik, tetapi sebagai gaya yang unik. Anda boleh membuatnya secara nipis atau tebal, terpulang kepada anda tetapi jika anda menginginkan kesan dramatik,jadi garisan tebal adalah lebih sesuai.
Seperti mana yang anda tahu, gaya ini memerlukan anda untuk menggariskan eyeliner hingga ke bahagian luar mata dan menaik ke atas. Tidak kisah jika ia panjang atau pendek, terpulang kepada kehendak anda.
Selamat bereksperimen! Dan jangan lupa SHARE artikel ini.
<< Ketahui cara mudah untuk lebatkan bulu kening di sini.
No Comment