Ketahui Punca Terjadinya Bintik Hitam Di Wajah
Kredit: fansshare
Bintik Hitam Di Wajah. Bintik hitam merupakan noda hitam yang muncul yang berpunca daripada beberapa faktor pada sekitar kawasan wajah.
Sungguhpun begitu, ada di antara bintik hitam di wajah yang tidak boleh dihilangkan. Salah satunya kerana faktor usia.Bagi bintik hitam yang masih boleh dihilangkan, anda perlu ketahui terlebih dahulu apa yang menyebabkan terjadinya bintik hitam di wajah. Setelah itu barulah anda boleh mencari cara yang tepat untuk menghilangkan bintik hitam di wajah.
Berikut beberapa faktor yang menjadi punca timbulnya bintik hitam di wajah.
1.Perubahan Hormon
Hormon estrogen, progesterone dan melanin stimulating hormone merupakan hormon yang boleh mengundang bintik hitam di wajah. Hormon estrogen dan progesterone tersebut biasanya akan meningkat pada wanita yang sedang mengandung atau mengambil pil perancang.
2. Keturunan
Sebahagian besar wanita memang memiliki keturunan kulit yang cantik dan gebu sehingga ke tua.Namun, ada juga wanita yang mempunyai bintik hitam di wajah di usia remaja lagi. Ia terjadi disebabkan kerana faktor keturunan. Anda disarankan lebih berhati-hati dalam memiliki produk kecantikan wajah supaya dapat meminimumkan bintik hitam di wajah pada usia tua nanti.
3. Kesan Sampingan Produk Kecantikan Wajah
Kesalahan menggunakan produk kecantikan wajah boleh merosakkan kulit wajah, sehinggal menimbulkan bintik-bintik hitam pada wajah. Jadi, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk kecantikan wajah.
Ada sebahagian jerawat yang boleh menimbulkan bintik hitam di wajah. Ini adalah kerana jerawat dipecahkan sebelum masak dan mula ‘mengamuk’.Walaupun ada beberapa cara dan beberapa bahan yang dapat menghilangkan bekas jerawat, tetapi ada kemungkinan besar bintik hitam bekas jerawat akan timbul kembali.
Sinaran matahari merupakan faktor utama penyebab hiperpigmentasi kerana ia boleh mempengaruhi pengeluaran melanin secara langsung. Pembentukan pigmen melanin yang berlebihan di kulit boleh mengakibatkan munculnya bintik hitam di wajah.
6. Pengambilan Ubat-Ubatan
Pengambilan ubat-ubatan juga boleh menjadi salah satu penyebab munculnya bintik hitam di wajah.Kurangkan pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi ‘difenilhidantoin’, ‘mesantoin’, ‘klorpromazine’, ‘sitostatik’, dan ‘minosiklin’ kerana ia boleh menimbulkan bintik hitam di wajah.
<< Ketahui tips memutihkan kulit tubuh di sini.
No Comment