Kena Tahu! 6 Jenis Buah-buahan Penurun Kolesterol Tinggi
Kredit foto: ~Prescott
Buah-buahan Penurun Kolesterol.Betul ke buah-buahan dapat menurunkan kolesterol tinggi? Jawapannya, ya!
Namun, khasiat daripada buah-buahan ini tidaklah bertindak balas dengan cepat sepertimana ubat penurun kolesterol tinggi umumnya. Buah-buahan akan bekerja untuk menyihatkan tubuh dan secara perlahan-lahan mampu menurunkan kolesterol tinggi secara semulajadi.
Berikut adalah antara senarai makanan pembakar kalori yang bagus untuk anda masukkan dalam menu pemakanan harian anda:
1. Tembikai Susu Jingga (Rock Melon)
Anda pernah makan buah ni? Buah ini juga dipanggil cantaloupe di Amerika. Kaya dengan nutrient dan rendah kalori. Baik untuk kesihatan dan membantu meningkatkan imunisasi badan melawan penyakit. Ianya juga merupakan salah satu buah-buahan penurun kolesterol.
2. Lobak Merah
Kaya dengan fiber, rendah kalori dan amat sesuai dimasukkan dalam menu pemakanan harian anda. Lobak merah mengandungi lemak karotenoid iaitu bahan larut yang merendahkan risiko pelbagai jenis kanser dan radang.
3. Halia
Termasuk dalam kategori herba yang bagus dimasukkan dalam masakan anda. Membantu proses pencernaan dan pembakaran lemak. Ianya juga boleh membantu dalam menuruskan paras kolestrol anda.
Baca Juga: Khasiat Halia & Khasiat Buah Strawberry
4. Strawberry
Buah strawberry kaya dengan kandungan air dan fiber serta rendah kalori. Amat sesuai untuk anda yang sedang berdiet. Dengan rasanya yang masam manis membuatkan anda rasa hendak makan lagi.
5. Oren
Buah oren adalah antara buah yang mengandungi banyak vitamin C. Kajian mendapati bahawa jika tubuh kekurangan vitamin C, pembakaran kalori dan lemak menjadi lebih sukar. Vitamin C bertindak sebagai ejen antioksida yang membantu mempercepatkan pembakaran kalori dalam badan. Jadi, amalkan makan oren setiap hari untuk mempercepatkan pembakaran kalori ya.
Baca Juga: Kebaikan Makan Buah Epal & 10 Buah-buahan Yang Megandungi Vitamin C
6. Epal
Epal merupakan sumber pectin dan fiber yang amat diperlukan dalam diet anda. Anda juga lebih mudah kenyang hanya dengan makan epal. Kandungan 5g pektin boleh mengenyangkan anda untuk tempoh sehingga 4 jam dan boleh didapati daripada 2 biji epal.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda dalam mengenal buah-buahan penurun kolestrol dan jangan lupa SHARE artikel ini ya.
<< Ketahui lebih lanjut tentang 8 Rahsia Makanan Kesihatan Wanita di sini.
No Comment