Cabaran Langsing Selepas Raya
Pasti ramai yang mengalami masalah kelebihan berat badan selepas Hari Raya.
Jika boleh, masing-masing mahu cepat kurus dan kembali langsing. Tetapi, mampukah hasrat anda itu tercapai? Paling kurang, sebulan selepas hari raya ini. Hidup sihat datangnya daripada fikiran yang baik. Jika anda ingin menerima cabaran langsing selepas raya dengan diet sihat, maka ia memerlukan proses dan ia tidak cepat.
Ini adalah kerana cabaran langsing selepas raya ini merupakan diet cepat semulajadi dan memerlukan anda mengubah gaya hidup anda. Dalam erti kata lain, anda perlu lebih berdisiplin dalam pemilihan nutrisi. Jika ada kuat semangat serta mematahui disiplin yang telah ditetapkan, tidak mustahil cabaran langsing selepas raya ini akan berhasil. Berat badan anda juga akan cepat turun.
Apa yang perlu anda perhatikan;
1. Bebas Gula
Gula adalah zat yang menyebabkan tubuh menghasilkan hormon ‘insulin spike’ yang sangat tinggi. Tubuh menghasilkan insulin supaya gula dapat segera dimasukkan ke dalam sel tubuh. Jika tubuh dipaksa terus-menerus menerima gula dalam kadar yang tinggi, ia akan membuatkan fungsi insulin menjadi berkurangan. Perkara ini terjadi kerana sel tubuh menjadi tidak sensitif terhadap insulin. Akibatnya, anda berisiko mengalami kegemukan, diabetes, penyakit jantung koroner, hipertensi, atau stroke.
Jika anda tidak mahu melepaskan rasa manis tersebut, anda disarankan untuk memilih gula merah. Selagi pengambilannya masih dalam proses yang betul, gula merah adalah piliha yang relative sihat bagi tubuh manusia.
Karbohidrat kompleks adalah karbohidrat yang kaya dengan serat. Ia akan membuatkan pelepasan gula darah kembali stabil. Beras merah mengandungi vitamin B kompleks dan serat yang sangat penting untuk proses pengolahan energi dan penghadaman. Ia akan membuatkan tubuh menjadi lebih bertenaga, energi anda juga lebih stabil seharian, lebih energetik dan produktif.
Karbohidrat kompleks mengeluarkan tenaga secara perlahan-lahan. Bentuk karbohidrat yang lebih sihat ini ialah seperti roti, pasta, nasi, ubi kentang (dengan kulitnya),bijirin dan kekacang.
3. Makan Buah Sebelum Makan
Kudapan yang terbaik buat tubuh adalah buah.Dalam sehari, anda disarankan mengambil dua jenis buah, untuk dimakan tiga kali sehari. Sebaiknya buah dimakan 20-30 minit sebelum makan.
Makan buah sebelum makan nasi dapat membantu mengurangi berat badan kerana membuatkan anda berasa lebih kenyang. Makan buah sebelum makan nasi juga mampu meningkatkan kadar gula darah dalam tubuh, di samping menyerap nutrisi penting. Buah yang sihat dimakan adalah buah-buahan segar. Buah jenis ini lebih baik dibandingkan dengan buah yang diproses atau diawet.
4. Bebas Minyak Gorengan
Kadar lemak tepu yang dihasilkan proses penggorengan akan menimbulkan peningkatan kadar kolesterol jahat dalam darah. Kolesterol jahat inilah yang akan mengundang penyakit jantung, hipertensi, dan penyakit degenerative lainnya.
Tidak semestinya harus ke gym atau melakukan aktiviti ekstrem pada setiap hari, sebaliknya pilihlah apa sahaja senaman yang boleh membuatkan anda gembira. Setidaknya, berjalan kaki di sekeliling rumah ataupun membuat larian setempat sebanyak 50 kali.
Bagi anda yang sememangnya tidak suka bersenam, tentu sahaja aktiviti ini sukar dilakukan. Anda mungkin akan didorong oleh perasaan malas, tetapi anda perlu ingat, demi kesihatan dan cabaran langsing sebelum raya ini anda harus lakukan juga dengan penuh semangat.
Mesti Baca!
Info Penting Sebelum Diet
Pastikan Anda Memegang Prinsip ‘Clean Eating’ iaitu menghindari segala junk food, ‘processed food’ atau makanan olahan yang mengandung pengawet, makanan yang digoreng ,pemanis buatan (gula putih dan aspartame) dan MSG (monosodium glutamate).
Kredit foto: radiokerry
<< Ketahui rahsia untuk kekal muda sepanjang masa di sini.
No Comment