Jom, Ketahui Cara Mengatasi Rambut Berminyak
Kredit : bp
Cuba pegang rambut anda. Adakah ia berminyak? Jadi, Ketahui Cara Mengatasi Rambut Berminyak Di Sini…
Selain rambut kering, masalah rambut berminyak juga sangat menganggu.Selain disebabkan pengeluaran peluh yang berlebihan, ia juga boleh disebabkan oleh pengaruh hormon dan juga beberapa faktor lainnya. Jadi, sebab itulah rambut berminyak juga sangat penting untuk segera di atasi sebelum menyebabkan masalah lain seperti kelemumur dan kulit kepala yang kotor.
Berikut beberapa cara mengatasi rambut berminyak yang boleh anda cuba.
1. Lindungi Rambut Anda
Jika anda ingin keluar dari rumah gunakan penutup rambut untuk melindungi rambut anda. Anda boleh memakai hijab, topi, slayer ataupun scarf untuk melindunginya. Tujuannya agar rambut anda tidak terkena pencemaran udara, debu dan sinar matahari yang boleh membuatkan kedaan rambut yang berminyak menjadi semakin parah.
2. Jangan Terlalu Kerap Bersyampu Rambut
Mencuci rambut terlalu kerap dengan syampu memang tidak digalakkan. Ini adalah kerana keadaan rambut yang berminyak.Tetapi disebabakan keadaan rambut berminyak. Jadi cucilah rambut dua kali sehari menggunakan syampu. Sebaikya jangan sampai terkena kulit kepala.Selain itu, jangan biarkan syampu yang ada di rambut anda lebih daripada lima minit kerana bahan kimia dari syampu boleh merosakkan rambut.
3. Usah Gunakan Conditioner
Conditioner atau perapi memang bermanfaat untuk menjaga kelembaban rambut. Namun, jika digunakan pada rambut berminyak, maka ia akan menambah kandungan minyak di rambut dan kulit kepala anda.
4. Hindari Membasuh Rambut Dengan Air Suam
Membasuh rambut dengan air suam boleh menyebabkan rambut dan kulit kepala kering dan rambut menjadi rosak.
5. Elakkan Menyikat Rambut Terlalu Kerap
Terlalu kerap menyikat rambut dalam sehari boleh membuatkan minyak tersebar ke rambut sehingga membuatkannya nampak leper.
6. Hindari Menggosok Dan Mengurut Kepala
Menggosok atau mengurut kepala boleh meningkatkan produksi sebum.
<< Ketahui cara mengatasi masalah rambut bercabang di sini.
No Comment