Rahsia Kurus Dengan 6 Makanan Pembakar Lemak Di Perut
Cara Bakar Lemak Di Perut. Anda yang mempunyai masalah kelebihan berat badan pasti ingin menurunkan berat badan.
Jom ketahui Cara Bakar Lemak Di Perut di WOM.my kerana terdapat beberapa jenis makanan yang wajar anda ambil bagi meningkatkan metabolisme serta membantu membakar timbunan lemak di perut anda dengan lebih cepat.
Selain mengambil makan yang tersenarai ini, jangan lupa untuk bersenam secara teratur dan menjaga pola makanan yang sihat.
Antara Makanan Pembakar Lemak Dengan Cepat Adalah:
1. Yogurt Rendah Lemak
Produk susu rendah lemak seperti yogurt boleh membantu menurunkan berat badan, membuatkan anda kenyang lebih lama dan tidak cepat lapar. Bakteria baik yang terdapat di dalamnya juga dapat membuang racun di dalam perut anda sehingga penyerapan nutrient makanan pun dapat berjalan dengan lebih baik.
Baca Juga: Kebaikan Yogurt Untuk Kesihatan Wanita
2. Beras Perang
Jika anda benar-benar ingin menurunkan berat badan, tolong jangan makan nasi putih. Sebagai penggantinya, sila makan ‘brown rice’ ataupun beras perang yang banyak mengandungi vitamin dan mineral seperti vitamin E, B, magnesium, zat besi, sekaligus lemak. Beras perang juga memiliki kadar karbohidrat yang cukup rendah.
Baca Juga: Turunkan Berat Badan Dengan Beras Perang
Sayuran hijau yang dibuat salad dikatakan dapat membakar timbuan lemak di perut dengan cepat. Makanan tersebut akan membuat anda lebih cepat kekenyangan sehingga anda cenderung tidak makan secara berlebihan.
4. Kekacang
Kekacang seperti ‘walnut’ dan ‘almond’ mengandungi lemak sihat yang membantu membakar lemak tepu serta mempercepatkan metabolisme tubuh. Selain itu, pengambilan kacang juga akan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama. Tetapi, anda tetap perlu menghadkan jumlahnya kerana terlalu banyak mengambil kacang juga boleh meningkatkan kolesterol.
5. Oatmeal
Oat merupakan salah satu sarapan yang paling baik bagi anda yang ingin menurunkan berat badan. Oat memerlukan waktu lebih lama untuk dihadamkan sehingga akan menjaga peningkatan gula darah dan isulin dalam tubuh. Selain itu, oat juga akan membantu kelenjar tiroid untuk memproduksi hormon yang dapat meluruhkan lemak di dalam perut.
Baca Juga: Manfaat Oatmeal
6. Teh Hijau
Teh hijau menang terkenal sebagai minuman yang menyihatkan.Antioksidan bernama ‘epigallocatechin gallate’ (EGCG) yang terdapat dalam teh hijau dikatakan dapat meningkatkan metabolisme dan membantu membakar kalori.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel menarik ini dengan kawan-kawan.
<< Jom ketahui punca perut buncit di sini..
2 Comments
kena amalkan ni,
pinggang yang melebar ni rasa tak selesa, pembawakan diri juga macam menurun saja.
semoga dapat saiz pinggang zaman remaja dulu 🙂
[…] Perbanyakkan makanbuah dan sayuransegar agar tubuh mendapat jumlah vitamin dan mineral, juga membantu membakar lemak dalam tubuh.Hindari pengambilan lemak, karbohidrat serta gula. […]