Cara Diet Yang Betul Tanpa Risiko
Anda yang sedang berdiet seharusnya tahu, apa yang perlu anda hindari ketika berdiet.
Dengan mengetahui apa yang perlu dilakukan dan dihindari atau dimakan, tentu sahaja diet anda akan jadi jauh lebih efektif.Cara diet yang betul adalah diet sihat tanpa risiko yang dilakukan secara teratur dan langkah demi langkah untuk mengurangi berat badan sehingga tubuh mencapai seperti apa yang diidamkan.
Cara diet yang betul juga tidak boleh dilakukan secara ekstrem atau ketat sehingga tubuh anda sendiri tidak mampu untuk menerima perubahan drastik yang berlaku. Efek yang mungkin akan terjadi apabila cara diet yang anda lakukan itu salah atau tidak sihat. Antaranya penurunan daya stamina, kerap pening kepala, hilang kosentrasi,mudah lupa dan penglihatan menjadi kabur.
Semak beberapa cara diet yang betul tanpa risiko yang harus dipratik dalam diet anda.
1. Jaga & Kawal Pemakanan Anda
Cara diet yang betul adalah dengan memilih jenis makanan. Pastikan jenis tersebut memiliki fungsi yang dapat melancarkan proses metabolisme tubuh. Contohnya, buah-buahan yang banyak mengandungi serat. Selain itu, anda juga perlu mengetahui nilai nutrisinya dan pastikan ia sesuai dengan keperluan tubuh anda.
Kebanyakan orang berdiet suka menghindari jenis makanan tertentu yang dianggap tidak baik untuk tubuhnya. Padahal ketika berdiet, tubuh amat memerlukan keseimbangan nutrisi. Tubuh memerlukan air, vitamin, karbohidrat, sedikit lemak, mineral, serta dan juga oksigen. Pola pemakanan yang sihat akan membantu daya ketahanan tubuh sehingga anda tidak mudah jatuh sakit.
2. Hindari Jenis-Jenis Makanan Tertentu
Cara diet yang betul,anda juga perlu menghindari jenis-jenis makan tertentu yang terlalu banyak mengandungi garam. Selain itu, makanan gorengan, makanan segera, makanan ringan serta mengurangkan pengambilan karbohidrat tinggi seperti nasi harus juga anda ambil kira.
Namun, jangan singkirkan semua lemak di tubuh! Tahukah anda, tubuh memerlukan 50g lemak setiap hari. Jadi, anda tidak perlu bermusuhan dengan lemak, kerana ia akan membantu menjaga otot-otot di dalam tubuh. Anda boleh mendapat lemak yang baik daripada kacang-kacangan, minyak zaitun dan aprikot.
Anda juga perlu perhatikan jumlah protien yang diperlukan oleh tubuh mencukupi. Daging dan susu serta produk olahan susu mengandungi protein yang sangat tinggi, kandungan sodium dan lemak.
3. Wajib Selalu Minum Air Putih
Minumlah air putih sekerap dan sebanyak yang mungkin. Air putih cukup membantu untuk melancarkan proses metabolisme lemak dan karbohidrat.
4. Bersenam Secara Teratur & Berjadual
Bersenam dapat membantu membakar lemak dan karbohidrat yang mungkin bertimbun-timbun di dalam tubuh. Senaman paling ringkas,mudah dan murah yang boleh anda lakukan ialah berjogging, berjalan laju, ‘sit up' ataupun ‘scot jump'.
5. Makan Hanya Bila Anda Terasa Lapar
Anda boleh sahaja mengawal pengambilan makanan yang masuk ke dalam tubuh. Tetapi, adakalanya rasa lapar itu menggoda nafsu anda untuk makan. Padahal, pada saat itu anda sebenarnya masih lagi kenyang. Jika anda berasa lapar di luar waktu makan yang sepatutnya, pastikan anda mengambil makanan yang sihat seperti sebiji buah epal atau sepotong keju.
Info Ekstra!
Cara Mudah Mengetahui Tubuh Anda Sihat
- Lihat Warna Kuku
Dalam keadaan yang sihat, kuku akan berwarna kemerahan atau ‘pink' muda dan lembut.
- Warna Air Kencing
Jika sihat, urine atau air kencing anda akan berwarna kuning pucat. Warna kekuningan air kencing bervariasi, bergantung pada jumlah cecair yang anda makan. Ketika anda banyak minum air, air kencing cenderung berwarna kuning jernih. Sebaliknya jika mengalami dehidrasi, perubahan warna akan terjadi. Air kencing anda akan menjadi coklat gelap seperti air teh.
- Jumlah Cecair Sperma
Ketika subur, cecair sperma lelaki akan keluar di antara dua hingga lima mililiter(ml). Jika kurang daripada itu, menunjukkan anda berada dalam keadaan yang kurang subur.
- Denyutan Jantung
Nilai denyutan jantung bervariasi, sesuai dengan usia sseseorang. Biasanya ia dalam lingkungan antara 70 hingga 75bpm. Untuk lelaki dewasa denyutan jantung antara 60-100bpm dianggap normal. Jadi, peningkatan denyutan jantung di luar jumlah tersebut membuktikan anda memiliki masalah kesihatan yang serius.
- Keanjalan Kulit
Keanjalan kulit biasanya digunakan untuk menilai peningkatan tubuh anda daripada hidrasi. Kulit yang kusam dan kendur menandakan kekurangan cecair. Untuk menguji keanjalannya, cuba cubit kulit punggung. Jika ia kembali ke posisi asal, itu menunjukkan kulit anda sihat.
Kredit foto: healthyfoodvitality
<< Diet Sederhana Bantu Anda Cepat Kurus. Info selanjutnya di sini.
No Comment