Cara Kurangkan Berat Badan Lepas Kahwin
Sindrom takut gemuk lepas kahwin sering dialami oleh kebanyakan wanita. Jom dapatkan cara kurangkan berat badan di sini..
Mereka beranggapan setiap pasangan yang berkahwin bakal mengalami masalah pada penampilan fizikal iatu penambahan berat badan. Perkara tersebut ternyata benar-benar terjadi dan terbukti ramai yang mengalaminya terutama kaum wanita. Beberapa bulan sahaja lepas berkahwin, berat badan mereka naik bagai ‘dipam-pam’!
Sebagai wanita, anda seharusnya peduli dengan permasalahan ini. Apatah lagi, jika kenaikan berat badan tersebut turut mempengaruhi ghairah seks suami anda. Bahkan, situasi tersebut bakal mengundang kepada masalah yang lebih berat apabila suami anda mula berlaku curang. Hati-hati!
Usah biarkan semua itu terjadi, dan sebelum berat badan anda terus bertambah, berikut beberapa cara kurangkan berat badan selepas berkahwin yang boleh anda praktik.
Cara Kurangkan Berat Badan Lepas Kahwin
Perkara pertama yang perlu anda berikan perhatian ialah cuba mengenali punca atau penyebab anda mengalami kegemukan ini.
Biasanya penyebab kegemukan disebabkan oleh kurangnya waktu untuk anda menguruskan diri sendiri. Sebahagian besar wanita lebih banyak menguruskan suami dan juga anak-anak. Namun, ramai juga wanita yang tidak mempedulikan soal penampilan diri setelah berkahwin. Sungguhpun begitu, anda juga wanita yang menjadi gemuk setelah berkahwin kerana didorong oleh perasaan bahagia dalam kehidupan rumahtangganya.
Cara kurangkan berat badan selepas berkahwin yang terbaik adalah setiap wanita disarankan agar tetap menjaga penampilannya, terutama soal berat badan. Di samping itu, disarankan juga agar rajin bersenam dan menjaga pola pemakanan atau melakkan posisi ‘bercinta’ yang sesuai untuk membakar lemak yang bertimbun di tubuh. Cara tersebut sangat baik dan mampu menghindari anda dan pasangan daripada pelbagai jenis penyakit dan suami anda pun akan sentiasa berada di rumah!
Selain itu, cara menurunkan berat badan paling mudah dan selamat buat anda adalah dengan bersenam. Ia akan membantu tubuh menjadi fit dan segar. Antara aktiviti senaman yang boleh membantu anda kurangkan berat badan;
Senaman ini juga boleh membantu anda membakar lebih banyak lemak sehinga berat badan anda boleh turun.
Berjalan Laju
Ketika anda berjalan laju atau cepat, denyutan jantung anda pasti akan jadi semakin cepat sehingga pengaliran darah ke seluruh tubuh juga menjadi lebih cepat. Inilah yang akan membuatkan tubuh membakar lebih banyak lemak untuk memenuhi energy yang dikeluarkan oleh tubuh. Selain itu, berjalan cepat juga akan membuatkan paru-paru lebih cepat mengepam udara sehingga adan akan mendapat oksigen lebih banyak. Berjalan laju selama lima minit juga akan memberikan anda manfaat yang sama dengan berlari sejauh 10 kilometer. Sudah pasti ia akan membantu anda menurukan berat badan.
Berbasikal & Berenang
Aktiviti berbasikal dan berenang juga boleh menjadi salah satu cara sihat untuk menurunkan berat badan. Berenang mampu membakar lebih banyak lemak dalam tubuh. Ini adalah kerana berenang akan membuatkan anda menggerakkan seluruh bahagian tubuh. Ketika berenang, anda boleh membakar 550 kalori.
kredit foto kepada healthcareathomeindia
<< Jom dapatkan teknik untuk kurus berkesan di sini..
No Comment