‘Caras’ Usia Anda Dengan Cara Mekap Simple
Pertambahan usia menyebabkan munculnya pelbagai masalah kulit wajah, terutama garis-garis halus yang kian jelas kelihatan.
Sungguhpun begitu, anda jangan risau kerana WOM.my sedia memberikan anda tips mekap simple yang akan membuatkan penampilan anda jauh lebih muda dan segar.
- Guna ‘Quick Fix” Untuk Menghapus Garis-Garis Halus
Untuk mendapatkan penampilan lebih muda pada wajah anda secara pantas, kenakan sejenis primer yang akan menyamarkan garis-garis halus atau kedutan dan membuatnya kelihatan lebih halus.
- Rona Yang Lebih Hangat
Untuk menambahkan rona pada wajah, disarankan untuk menambah seri wajah anda dengan membaurkan foundation berwarna yang lebih gelap daripada warna kulit anda bersama foundation yang berwarna seakan sama dengan kulit belakang tapak tangan anda, kemudian sapukan merata di wajah dengan menggunakan berus.
Lapisi bulu mata dengan dua jenis maskara yang berbeza. Mula-mula gunakan maskara yang berformula menambah volume, kemudian lapisi dengan maskara yang berfungsi memberikan efek lebih panjang.
Apabila bibir anda selalu dilapisi dengan warna merah, cubalah tukar lipstik warna pink atau shimmery nude. Bertukar warna lipstik merupakan cara paling mudah untuk memberikan penampilan berbeza yang lebih segar.
Membentuk kening merupakan salah satu bahagian terpenting di wajah yang berfungsi untuk membingkai wajah. Dengan kening yang tebal dapat membuatkan mata menjadi lebih tajam dan kelihatan lebih natural. Selain itu, kening tebal memberikan efek lebih muda.
Kredit foto: gravitas-beauty,fashionncare,stinabam,tipslead,beautybythegeeks,2.bp.blogspot
<< Ketahui trik solekan buat si mata sepat di sini.
No Comment