Nak Muka Cantik, Tak Ada Jerawat? Ketahui Cara Membersihkan Kulit Wajah Yang Betul Terutama Sebelum Tidur
Foto: foodchant
Pastikan wajah bersih, bebas daripada sebarang mekap atau alat solekan sebelum tidur adalah perkara yang sangat penting dan tidak boleh diabaikan oleh mana-mana wanita.
Jika wajah tidak dibersihkan, ia akan meninggalkan kesan yang tidak baik untuk kulit wajah anda. Jadi, sekiranya anda keluar malam dan memakai mekap, pastikan anda tidak lupa untuk membersihkan wajah anda daripada sebarang mekap yang melekat erat di pori-pori wajah anda.
Tahukah anda, pada malam hari ketika anda sedang tidur, saat itulah kulit anda melakukan regenerasi sel-sel kulit. Sel sel kulit yang sudah tua dan mati akan diganti dengan yang baru. Racun -racun juga akan dibersihkan dari dalam tubuh anda, selagi anda tidur nyenyak. Jadi, sebelum tidur wajah mesti bersih dan bebas daripada segala macam mekap, minyak ataupun debu-debu yang mungkin melekat pada kulit wajah.
Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah menghilangkan semua mekap yang melekat di wajah begitu juga dengan kotoran. Cara yang paling bagus adalah menggunakan ‘make-up remover’. Jika anda ingin mengunakan cara semulajadi, gunakan air bunga mawar kerana ia bersifat pembersih semulajadi. Gunakan kapas lembut sehingga semua kotoran dan sisa mekap tertanggal.
- Gunakan Facial Foam Atau Cleanser
Setelah menggunakan ‘make-up remover’, langkah seterusnya gunakan ‘cleanser’. Basuh wajah dengan air suam untuk membuka pori-pori kulit, kemudian gunakan ‘cleanser ‘merata di seluruh wajah sambil diurut lembut. Biarkan beberapa minit agar kotoran tertanggal, setelah itu bersihkan dengan air sejuk.
Toner atau penyegar memiliki dua fungsi, yang pertama sebagai penyegar dan yang kedua membantu membersihkan sisa kotoran yang tidak terjangkau oleh ‘makeup remover’, ‘facial foam’ ataupun ‘facial cleanser’.
Krim malam sangat berguna untuk merawat dan melembabkan wajah. Terutama jika anda memiliki kulit wajah berjerawat, menghilangkan noda hitam, serta menghilangkan kedutan di wajah.
Masker wajah membantu merawat wajah dengan memberikan nutrisi pada kulit wajah. Anda boleh menggunakan masker dari produk-produk kecantikan atau membuat masker wajah sendiri daripada bahan-bahan semulajadi seperti masker strawberi, avocado, pisang dan sebagainya.
Bibir merupakan bagian dari wajah yang perawatannya sering dilupakan. Padahal bibir yang cantik dan kenyal dapat menambah daya tarikan dan pesona anda. Gunakan minyak zaitun untuk melembabkan dan menutrisi bibir sehingga proses regenerasi kulit di kawasan ini berjalan lancar.
Kesimpulan
Dengan membersihkan kulit wajah secara teratur, wajah anda akan nampak jauh lebih berseri kerana anda mampu menjaga wajah anda dari penuaan. Sungguhpun begitu, ini tidak bererti anda bebas daripada penuaan kerana tua adalah takdir dari setiap yang pernah hidup di dunia ini. Setidaknya kulit anda akan jadi lebih bersih dan berseri-seri kerana sel- sel yang mati akan diganti dengan yang baru dan toksin-toksin yang merosakkan kulit wajah akan keluar ketika anda sedang tidur.
<< Ketahui petua untuk mendapatkan wajah lebih cantik dan berseri di sini.
No Comment