4 Cara Menghilangkan Mata Panda
Kredit : tipssehatonline
Ingin Tahu Cara Menghilangkan Mata Panda Yang Berkesan? Baca artikel ini sampai habis.Mata panda merupakan suatu perkara yang sememangnya boleh merosakan penampilan.
Mata panda biasanya disebabkan anda kurang tidur. Kerap berjaga malam atau tidur lewat malam membuatkan mata anda menjadi penat sehingga lama-kelamaan akan menimbulkan lingkaran hitam pada mata. Itulah yang dikatakan atau dipanggil mata panda!
Berikut beberapa cara untuk menghilangkan mata panda yang boleh anda cuba.
Biarpun dikatakan kurang, namun cara ini boleh juga anda cuba. Ambil ais batu, kemudian celupkan tuala lembut tersebut ke dalam air batu dan biarkan sehingga ais batu tersebut meresap di tuala. Gunakan tuala tadi untuk menekap di wajah. Bagi mendapatkan hasil yang berkesan, lakukuan dua kali sehari, terutama sebelum anda tidur pada malam hari.
- Pakai Senduk Yang Telah Disejukkan
Cara menghilangkan mata panda ini cukup mudah. Letakkan senduk dalam peti sejuk dan biarkan sehingga 20 minit. Kemudian letakkan pada kawasan bawah mata yang menghitam. Biarkan sehingga suhu senduk kembali pada suhu normal. Kesejukkan pada senduk akan memberikan efek untuk menyegarkan mata anda yang penat.
- Aplikasikan Masker Kentang
Kentang banyak digunakan sebagai masker. Ia juga boleh anda aplikasikan pada mata panda anda. Ambil sebiji kentang, cuci hingga bersih dan kisar. Ambil sedikit dan letakkan pada bahagian bawah kantung mata anda, biarkan hingga 30 minit Kemudian bilas dengan menggunakan lap air suam. Lakukan cara initiga kali dalam seminggu.
- Pakai Concealer
Cara paling mudah untuk menghilangkan mata panda atau menyamarkan lingkaran hitam ialah dengan memakai concealer sebelum anda memakai mekap.
<< Ketahui langkah mudah merawat kulit wajah sebelum tidur di sini.
No Comment