CantikDietSihat

Wajib Baca! 5 Cara Nak Tinggikan Badan

jenis nutrisi tambah tinggi badan - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Cara Nak Tinggikan Badan.Anda tergolong dalam kategori wanita bertubuh rendah?

Ingin ketinggian anda bertambah walaupun hanya dalam beberapa sentimeter sahaja? Ingin tahu rahsia untuk menambah ketinggian? Baca artikel ini sampai habis!

 

Mendapat nutrisi yang tepat ke dalam tubuh adalah perkara yang perlu anda titikberatkan jika ingin menambah ketinggian badan.

1. Protein

Protein adalah makanan yang harus kita ambil. Daging, telur dan kekacang adalah antara beberapa makanan yang paling umum akan memberikan anda kesempatan terbaik untuk membesar lebih tinggi.

Makanan yang kaya dengan protein, iaitu susu, keju, oatmeal, daging dan sebagainya.

 

Baca Juga: Diet Oatmeal

 

2. Kalsium

Kalsium merupakan salah satu bahan penting yang membantu seseorang untuk membesar dengan lebih tinggi.

Oleh sebab itulah pentingnya kita makan makanan yang kaya dengan kalsium. Ia membantu tulang menjadi kuat dan anda harus memiliki tulang yang kuat untuk menjadi tinggi.

Kalsium boleh diperoleh daripada keju, telur, yogurt dan sebaginya.

 

3. Vitamin D

Vitamin D membantu tulang dan otot dalam tubuh untuk membesar dengan baik. Hanya dengan menghabiskan masa setikdaknya 10 minit di bawah sinaran matahari anda juga boleh mendapatkan vitamin D ke dalam tubuh. Matahari juga memiliki kekuatan untuk mengubah kolesterol tinggi dalam tubuh anda menjadi vitamin D

Apabila anda kekurangan vitamin D tubuh anda tidak akan boleh tumbuh secara maksimum, dan pertumbuhan anda akan jadi terbantut. Anda boleh mengambil suplemen vitamin Di jika anda memerlukan sumber tambahan untuk mendapatkan efek positif vitamin ini.

Makanan yang kaya dengan vitamin D, iaitu ikan, telur, bijirin, tofu, susu soya, cendawan dan kacang almond.

 

Baca Juga: Cara Berkesan Turunkan Kolesterol Dalam Badan

 

4. Vitamin A

Untuk menjaga seluruh tubuh agar tetap segar dan berfungsi dengan baik, anda memerlukan vitamin A.  Vitamin ini turut membantu tubuh memaksimumkan penyerapan kalsium yang diperlukan oleh tulang.

Makanan yang kaya dengan vitamin A, iaitu bayam, lobak, ayam, betik, susu, tomato dan sebagainya.

 

5. Mineral Lainnya

Mineral-mineral lain yang diperlukan tubuh membantu perkembangan tulang serta melancarkan peredaran darah. Mineral-mineral penting ini biasanya terdapat pada kacang hijau,brokoli,bayam, pisang, anggur dan lain sebagainya.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel bermanfaat ini dengan kawan-kawan anda.

<< Jom ketahui kenapa diet anda gagal..

Previous post

Resepi Nasi Hujan Panas Istimewa

Next post

Berapa Zakat Yang Perlu Saya Bayar?

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *