CantikSolekan

Cara Pakai Concealer Yang Tepat Mampu Buat Wajah Anda Nampak Lebih Bermaya Dan Cantik

Concealer - Woman Online Magazine

Kredit: oliviajenkins

Cara Pakai Concealer. Anda betul-betul tahu cara memakainya dengan tepat? Jika kurang yakin, bacalah artikel ini sampai habis.

Concealer adalah cara paling praktikal dan cukup menyenangkan apabila anda rasa terganggu dengan lingkaran hitam di bawah mata serta kesan-kesan jerawat yang masih tak hilang itu.Bagi anda yang memang ‘kaki mekap’, sudah pasti tahu cara pakai concealer dan kepentingan memakainya.Concealer sangat efektif untuk menutupi atau menyamarkan kekurangan kulit wajah. Bahkan dalam waktu yang singkat, concealer mampu menutupi wajah anda yang kelihatan pucat dan kusam itu nampak berseri.

 

Berikut beberapa cara pakai concealer yang boleh anda praktik.

 

  1. Pilih Warna Concealer Yang Tepat

Anda perlu ketahui dan pilih warna concealer yang sesuai dengan permasalah kulit wajah anda. Warna peach dikatakan dapat menyamarkan lingkaran hitam bawah mata. Manakala warna hijau mampu menutupi warna merah seperti jerawat sedang masak ranum. Manakala warna kuning pula dapat meratakan warna kulit wajah yang tak sekata.

 

  1. Bentuk Segitiga Di Bawah Mata Mengarah Ke Pipi

Cara pakai concealer yang betul ialah dengan membuat segitiga di bawah mata. Cara ini bukan sahaja boleh menyamarkan lingkaran hitam di mata, malahan turut mencipta kesan wajah anda yang kelihatan lebih tegang.

 

  1. Jika Nampak Retak

Setelah anda membaurkan concealer di wajah, adakala teksturnya memberikan kesan retak pada garis-garis halus pada mata. Cubalah ambil sehelai tisu dan tempelkan ke kawasan terbut.

 

  1. . Tutup Jerawat Di Dada Atau Bahagian Belakang Badan Dengan Concealer

Jika pakaian yang anda gayakan agak seksi seperti gaun backless, namun keyakinan anda terganggu lantaran masalah jerawat. Anda tak perlu risau, samarkan jerawat anda itu dengan concealer yang warnanya sama dengan warna kulit anda. Kemudian pakailah ‘setting powder’ agar tahan lebih lama.

 

  1. Gunakan Sahaja Foundation Jika Tak Ada Concealer

Foundation atau alas bedak juga boleh berfungsi sebagai concealer.Jika foundation yang digunakan bertekstur cair, sapukan dan tunggu beberapa saat sehingga sedikit menebal. Kemudian, baurkan. Jangan terus membaur foundation kerana ia tidak akan dapat memberikan kesempurnaan yang sepenuhnya.

<< Ketahui trik mekap menggoda suami di sini.

 

 

Previous post

Makanan Sumber Kalsium Buat Ibu Mengandung

Next post

Wajib Cuba! Cara Diet Mudah Tanpa Perlu Bersenam

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *