Tips Diet Sihat Bagi Wanita Yang Bakal Memasuki Saat Menopause
Foto: i.huffpost
Kebanyakan wanita yang mengalami menopause ketika memasuki usia sekitar 45 tahun dan 50 tahun. Namun, ada juga wanita yang mengalami masa menopause yang lebih cepat daripada usia tersebut.
Untuk mengurangkan efek-efek yang tidak selesa akibat daripada sindrom menopause yang dialami, cuba tips untuk diet sihat ini.
Serat menjadi makanan yang penting bagi wanita yang sudah menopause. Anda boleh mengambil pelbagai makanan yang mengandung serat seperti, gandum, bijirin, pasta, buah-buahan segar dan sayur-sayuran.
Cuba kurangkan pengambilan nasi, mee dan roti. Sebagai gantinya, makanlah karbohidrat kompleks seperti oatmeal, nasi merah dan roti gandum yang dapat mengurangkan ‘demensia’. Makanan-makanan ini banyak mengandungi asid folat dan vitamin D, serta tidak bertukar menjadi lemak dan gula dalam tubuh.
Wanita yang mengalami menopause perlu memastikan bahawa kalsium dalam tubuhnya mencukupi. Anda hanya perlu mengambil dua hingga empat bahagian produk susu, ikan sardin, ikan salmon,brokoli dan kacang-kacangan. Pengambilan kalsium yang mencukupi bagi wanita menopause berusia 51 tahun atau lebih tua adalah1.200 miligram per hari. Wanita menopause berisiko lebih tinggi mengalami asteoporosis terutama di tulang punggung, lutut dan tangan.
Zat besi penting buat wanita yang sudah memasuki masa menopause. Anda boleh mendapatkan zat besi pada daging merah,ikan, telur, sayuran berdaun hijau, kacang-kacangan, dan produk biji-bijian. Tempe juga bagus kerana mengandungi asid folat tinggi yang berguna untuk mengurangkan risoko ‘demensia’ akibat menopause.
Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai pelbagai kebaikan seperti rendah lemak, serat, vitamin dan mineral. Di samping itu, ia juga dapat membantu melindungi kesihatan tubuh anda dari bahan kimia, seperti fitoestrogen iaitu bahan kimia pada tanaman yang mirip dengan estrogen.
Minyak Zaitun & Minyak Kelapa Dara
Minyak zaitun dan minyak kelapa dara bukan hanya rendah kolesterol, tetapi juga bagus untuk pembuluh darah. Bahkan kulit juga tidak mudah berkedut disebabkan oleh hilangnya hormon estrogen setelah menopause.
Kurangkan Pengambilan Garam & Karbohidrat
Hampir semua wanita yang mengalami menopause mengalami masalah pada perut kembung. Oleh sebab itulah juga anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan garam dan karbohidrat bagi mengurangkan air dalam tubuh.
Cendawan
Tubuh cepat gemuk setelah anda mengalami menopause, jadi untuk mengatasi masalah ini anda disarankan memakan cendawan bagi meningkatkan metabolisme tubuh serta memberikan rasa kenyang tanpa menambah kalori di dalam tubuh.Inilah masanya untuk anda mencuba pelbagai jenis cendawan dalam menu harian anda.
Tips untuk diet sihat yang seterusnya ialah bersenam.Selain dapat membuat tubuh tetap segar dan fit, bersenam juga membantu anda untuk menurunkan kadar kolesterol darah, mengurangkan kereputan tulang, meningkatkan kemampuan dalam mengatasi stress, meningkatkan perjalanan darah, meningkatkan fungsi jantung dan juga dapat meningkatkan kemampuan tubuh untuk menggunakan oksigen dan nutrisi dengan baik.
<< Ketahui cara kuruskan badan tanpa diet dan bersenam di sini.
No Comment