CantikKulit

Nak Nampak Muda? Jom Facial Massage Sendiri Di Rumah. Mudah, Murah & Tetap Efektif!

Cara Facial Sendiri - Women Online Magazine

Foto: beextrahealthy

Merawat kesihatan kulit merupakan salah satu perkara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kecantikan penampilan. Salah satu jenis urutan kecantikan yang popular adalah urutan wajah (facial massage) yang dipercayai boleh membuatkan wajah awet muda.

Jika anda tidak sempat ke salon, lakukan facial massage ini di rumah. Teknik atau cara facial sendiri ini cukup mudah untuk dilakukan. Yang penting, lakukan secara berkala, dua atau tiga minggu sekali. Selain itu, pastikan ketika anda melakukan facial massage, wajah anda bersih atau tidak mengenakan mekap.Facial massage dapat merelakskan otot-otot wajah serta meningkatkan perjalanan udara dan darah di dalam kulit. Kedua fungsi tersebut akan membantu mengurangi kedutan dan menjadikan wajah anda lebih halus serta anjal.

Berikut ini beberapa teknik urutan wajah yang boleh anda pratikan di rumah.

  • Menepuk Wajah

Teknik urutan wajah yang pertama wajib anda pelajari adalah ‘tapping’ atau menepuk wajah. Ini merupakan teknik paling mudah untuk membantu kulit anda kelihatan lebih bersinar. Gunakan jari-jari tangan dan tepukkan dengan lembut di seluruh kawasan wajah. Cara facial sendiri ini boleh membuat kulit anda menjadi lebih cerah dan sihat.

  • Urut Ke Atas

Teknik lain yang boleh anda gunakan adalah urut ke atas. Tempelkan jari tangan lembut di wajah,dan gerakkan ke atas sambil menekan wajah secara perlahan. Lakukannya di seluruh kawasan wajah secara merata untuk menegangkan otot yang ada di sekitar kawasan tersebut.

  • Urutan Mata

Jika anda berasa penat di sekitar kawasan mata, ada teknik urutan khusus yang boleh anda gunakan. Dengan jari tangan, rabalah tulang yang melindungi sekeliling bahagian mata. Tekan dengan jari tengah secara perlahan dan lakukan gerakan memutar di kawasan bahagian dalam tulang tersebut. Lakukan cara facial sendiri ini beberapa kali agar mata terasa lebih relaks. Beberapa teknik sederhana ini boleh anda lakukan di rumah untuk merelakskan kulit wajah dan memberikan efek tenang pada fikiran.

 

Info Ekstra!

Minyak almond boleh digunakan untuk mengurut wajah dapat menegangkan kulit, sebagai anti penuaan kulit, mencerahkan kulit wajah dan membersihkan wajah dari kotoran. Sifat baik minyak almond sebagai cara mencerahkan kulit wajah secara semulajadi dan cepat teserap oleh lapisan kulit wajah, sehingga banyak di gunakan untuk perawatan kecantikan wajah serta sesuai untuk semua jenis kulit.

Cara mencerahkan kulit wajah secara semulajadi dans esuai untuk kulit kering. Facial massage sebelum tidur dapat membatu membersihkan wajah dan menegangkan kulit wajah anda. Selain itu, penggunaan minyak kelapa sebelum tidur dapat membantu menghilangkan bekas jerawat mahupun jerawat melekat pada wajah anda.

  • Minyak Buah Keras

Sesuai digunakan sebagai cara mencerahkan wajah secara tradisional melalui metode facial massage. Sesuai untuk kulit berminyak, lakukan urutan pada wajah menggunakan minyak buah keras ini dapat membantu menormalkan kulit dan mengatur pengeluaran sebum.

<< Ketahui 7 kebaikan apabila anda memakai krim mata di sini.

 

Previous post

Resepi Kuah Rojak Buah

Next post

Bahaya Menanti Jika Bayi Bawah Enam Bulan Diberikan Air Putih

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *