Kenapa Mesti Gugurkan Kandungan Secara Haram?
Tahukah anda bahaya yang menanti selepas gugurkan kandungan? Jangan ambil mudah kerana gugurkan kandungan mempunyai kesan jangka panjang.
Gugurkan kandungan atau dalam dunia perubatan dikenali dengan istilah “pengguguran”. Bermakna pengeluaran hasil konsepsi (pertemuan sel telur dan sel sperma) sebelum janin dapat hidup di luar kandungan. Ini adalah suatu proses pengakhiran hidup dari janin sebelum diberi peluang untuk berkembang. Melakukan pengguguran haram boleh menyebabkan infeksi tubuh secara keseluruhan yang boleh membawa kepada kematian.
Dalam dunia perubatan terdapat tiga jenis pengguguran, iaitu:
1. Pengguguran Semulajadi
Pengguguran semulajadi terjadi disebabkan oleh kualiti sel telur dan sel sperma kurang baik.
2. Pengguguran Buatan atau Sengaja
Pengguguran buatan atau sengaja adalah pengakhiran kehamilan sebelum usia kandungan 28 minggu. Tindakan ini disengajakan dan disedari oleh bakal ibu ataupun si pelaksana pengguguran (dalam hal ini doktor atau bidan). Biasanya gugurkan kandungan dengan cara ini dilakukan kerana bakal ibu tidak bersedia dan tidak menginginkan anak. Hal ini sama sekali berkait dengan masalah sosial remaja sekarang yang kebanyakannya mengandung anak luar nikah. Gugurkan kandungan dengan cara ini adalah bertentangan dengan agama dan salah di sisi undang-undang.
Pengguguran perubatan adalah pengguguran kandungan yang dilakukan atas indikasi perubatan. Sebagai contoh, bakal ibu yang sedang hamil mempunyai penyakit darah tinggi atau penyakit jantung yang teruk yang boleh membahayakan bakal ibu mahupun janin yang dikandung. Tetapi hal ini memerlukan pertimbangan perubatan yang khusus dan tidak tergesa-gesa.
Menggugurkan kandungan mempunyai risiko yang tinggi terhadap kesihatan dan keselamatan seseorang wanita. Ia bukanlah suatu prosedur perubatan yang mudah. Jika dilakukan secara sembarangan boleh menimbulkan risiko kesihatan yang serius. Bahkan bagi sesetengah wanita hal ini boleh mempengaruhi fizikal, emosi dan spiritual. Namun tidak semua orang tahu tentang risiko yang boleh dialami jika gugurkan kandungan.
Risiko kesihatan dan keselamatan fizikal
- Kematian mendadak kerana pendarahan teruk .
- Kematian mendadak kerana pembiusan yang gagal.
- Kematian secara perlahan akibat jangkitan serius disekitar kandungan.
- Rahim yang berlubang akibat ditebuk (Uterine Perforation) .
- Kerosakan leher rahim (Cervical lacerations) yang akan menyebabkan kecacatan pada anak seterusnya.
- Kanser payudara (kerana ketidakseimbangan hormon estrogen pada wanita) .
- Kanser ovari (Ovarian Cancer).
- Kanser leher rahim (Cervical Cancer) .
- Kanser hati (Liver Cancer).
- Kelainan pada placenta atau ari-ari (Placenta Previa) yang akan menyebabkan kurang upaya pada anak berikutnya dan pendarahan teruk pada kehamilan seterusnya .
- Menjadi mandul atau tidak mampu mempunyai keturunan lagi (Ectopic Pregnancy) .
- Jangkitan rongga pelvik (Pelvic Inflammatory Disease).
- Jangkitan pada lapisan rahim (Endometriosis).
Risiko kesihatan mental
Proses gugurkan kandungan bukan sahaja proses dalaman yang berisiko tinggi dari segi kesihatan dan keselamatan seseorang wanita malah, mempunyai impak yang sangat mendalam.
1. Kehilangan harga diri (82%) .
2. Histeria (51%) .
3. Mimpi buruk tentang bayi (63%) .
4. Ingin membunuh diri (28%) .
5. Mencuba menggunakan ubat-ubatan terlarang-(41%).
6. Tidak boleh menikmati hubungan seksual (59%).
Perbuatan gugurkan kandungan bukan sahaja memberi risiko terhadap kesihatan tetapi jika ianya salah di sisi undang – undang, hukuman penjara boleh dikenakan.
- Di bawah Seksyen 312, Kanun Keseksaan, individu yang menggugurkan anak boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
- Sebaliknya, jika janin yang digugurkan itu sudah bersifat maka mereka yang terlibat boleh dikenakan penjara sehingga tujuh tahun dan denda.
Kredit foto: guardianlv
<< Ketahui cara nak elak bocor darah ‘period' di link ini.
No Comment