CantikRambutStail

4 Tips Tampil Lebih Cantik Dengan Gaya Hijab Stailista

TIPS TAMPIL LEBIH CANTIK DENGAN BERHIJAB - WOMEN ONLINE MAGAZINE

kredit foto: edz

Hijab Stailista. Anda tentu pernah menonton kaum hawa hijab stailista di TV9. Kali ini WOM.my nak kongsikan beberapa tips Hijab Stailista untuk anda.

Tampil cantik dan menawan ketika memakai hijab tentunya menjadi keinginan para Hijabers. Namun,untuk membuatnya nampak cantik dan sempurna adakalanya memerlukan waktu yang cukup lama. Bahkan ada yang mengambil masa hingga berjam-jam!

Apatah lagi, bagi anda yang masih baru dalam pemakaian hijab. Tentunya rasa rumit berbanding sebelumnya. Kini anda harus memakai pelbagai aksesori dan paling penting, tudung tersebut juga mestilah sesuai dengan bentuk wajah. Jika gaya tersebut tidak sempurna sepertimana yang diingini, alamatlah anda berangin satu badan!

 

Baca Juga: 6 Jenis Pin Tudung Menarik

 

Jadi, untuk memudahkan anda, WOM.my berikan anda beberapa tips Hijab Stailista supaya anda tidak lagi stress dan tetap nampak cantik walaupun kini sudah berhijab.

 

1. Sesuaikan Hijab Dengan Bentuk Wajah

  • Wajah BULAT

Berikan sedikit sentuhan menarik di bahagian atas kepala seperti bros berjuntai atau pun headband hijab. Hindari hijab yang terlalu berat di leher kerana ia akan membuatkan muka anda yang bulat itu jadi semakin membulat!

 

  •  Wajah PANJANG ataupun LONJONG

Anda pastinya akan kelihatan lebih menawan jika mengenakan stail hijab Arab.Penggunaan ‘undercaps’ hingga ke dahi, mampu mengurangi efek panjang/lonjong wajah anda sehingga memberikan kesan penuh dan padat bagi wajah yang panjang.

 

  •  Wajah COMEL/OVAL

Semua jenis atau bentuk dan gaya hijab, nampak serasi sahaja apabila digayakan. Betapa beruntungnya jika anda adalah pemilik wajah bentuk seperti ini, kerana anda boleh menggayakan turban tanpa cacat cela.Selain itu, nampak cantik juga jika mengenakan hijab yang terbuka pada bahagian tulang pipi di sekitar telinga hingga ke arah dagu.

 

  •  Wajah KOTAK/SEGI EMPAT

Untuk anda yang memiliki wajah bentuk kotak/segi empat, gunakan hijab ‘rounded shape’/bulat. Ia mampu membingkai wajah dan menyamarkan kekerasan bentuk wajah anda menjadi lebih lembut.Sebaiknya hindari  penggunaan hijab berwarna keras dan terang. Anda disarankan memilih warna lembut/pastel  agar wajah kelihatan lebih menawan.

 

Pemilik pipi tembam kelihatan cantik apabila  memakai inner yang boleh menutupi sebahagian sisi atas pipi hingga ke bahagian bawah telinga.Pilih hijab bermaterial ‘loose’ yang akan membuatkan anda nampak semakin cantik. Cara ini akan membuatkan pipi tembam anda itu kelihatan lebih kecil.Selain itu, anda juga boleh samarkan ia dengan solekan yang menekankan teknik ‘shadding’ pada kawasan pipi.

 

Baca Juga: Cara Memakai Pemerah Pipi Yang Sesuai Dengan Bentuk Wajah

 

2. Pilih gaya atau bahan hijab yang sesuai dengan situasi dan keadaan

Bagi aktiviti di siang hari, material lycra yang sejuk dan nyaman boleh dijadikan pilihan.Untuk tengahari, mungkin jenis pashmina paling sesuai. Manakala material hijab jenis ‘cotton combed’  boleh digunakan ketika bersantai di rumah atau bersukan.

 

Baca Juga: Cara Mengayakan Tudung Chiffon & Cara Pakai Tudung Halfmoon

 

3. Gunakan Inner/Anak TUudung

Penggunaan anak tudung juga mempermudahkan dalam membuat gaya hijab.Selain  mampu menghindari rambut terkeluar-keluar di sebalik hijab. Bagi yang menggunakan pashmina, ada baiknya menggunakan anak tudung terlebih dahulu agar pashmina mudah dibentuk.

 

Baca Juga: Inner Yang Sesuai Dengan Bentuk Wajah

 

4 . Padu Padankan Warna Anak Tudung

Dalam memakai hijab, tidak semestinya harus warna yang senada. Warna yang kontras pun boleh menjadi padu padan yang menarik. Contohnya warna pink terang dan biru muda, boleh menjadi padanan unik ketika tampil di majlis-majlis semi formal.Ternyata memilih hijab yang tepat dan sesuai dengan bentuk wajah anda akan membuatkan penampilan anda kelihatan semakin menarik dan cantik.

 

Nota Kaki: Semoga tips di atas dapat memberikan  anda inspirasi untuk lebih bergaya dalam berhijab dan jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan.

<< Jom ketahui masalah rambut gugur di sini..

Previous post

Muka Bermasalah? Jom Kenali Jenis Jerawat Dan Cara Mengatasinya

Next post

Kunci Berat Badan Sihat.Ketahui Nilai Kalori Makanan Malaysia

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *