CantikKulit

5 Cara Mudah Hapuskan Jerawat Pasir Di Wajah

jerawat-pasir-woman-online-magazine

Kredit Foto :fashionhealthbeauty

Jerawat pasir tumbuh halus halus dan bersaiz kecil daripada jerawat biasa di wajah. Biasanya jerawat pasir tumbuh di kawasan sekitar pipi.

Disebabkan tumbuh terlalu banyak, walaupun kecil ia tetap boleh membuatkan kulit wajah kelihatan lebih kasar.Tentu ramai di antara anda yang melakukan pelbagai macam cara supaya boleh menghilangkan jerawat pasir ini, namun kebanyakannya tidak berhasil.

Jadi, apa kata anda cuba hilangkan jerawat pasir tersebut dengan skrub yang anda buat sendiri tanpa menggunakan sebarang campuran zat kimia berbahaya.

 

Baca Juga: Tips Penjagaan Muka Terbaik

 

Kebaikan Skrub Wajah

Skrub boleh membantu proses penanggalan sel kulit mati. Skrub bukan sahaja bagus untuk kulit tubuh, ia juga baik untuk wajah.Skrub turut sesuai digunakan untuk mengubati jerawat pasir.

Cara mudah menghapus jerawat pasir dan bekasnya dengan menggunakan skrub semulajadi yang yang ada buat sendiri di rumah. Berikut adalah caranya:

  1. Yogurt & Gandum

Cara berkesan mengatasi bekas jerawat pasir dengan yogurt dan gandum.Yogurt dipercayai dapat melembutkan dan memutihkan kulit. Selain itu yougurt juga boleh membuatkan kulit tetap sihat, manakala bijirin gandum yang kasar akan membantu mengangkat sel-sel kulit mati dan jerawat.

 

  1. Teh Hijau & Tepung Jagung

Teh hijau cukup bermanfaat dan sangat bagus untuk kesihatan kulit. Pemakaian skrub teh hijau yang digandingkan bersama tepung jagung membantu mengikis dan menggantikan sel – sel kulit yang mati. Selain itu, teh hijau juga baik untuk membuatkan kulit lebih awet muda.

 

  1. Lidah Buaya & Garam

Lidah buaya dan garam dapat membantu menghilangkan jerawat.Lendir lidah buaya juga memiliki banyak manfaat. Mampu melembabkan kulit dan membuatkan kulit wajah menjadi lebih cerah.

 

  1. Bawang Putih & Gula Merah

Bawang putih dikatakan boleh membantu menghilangkan dan mengeringkan jerawat meskipun baunya sangat ‘menyengat’. Gabungan skrub bawang putih dan gula merah cukup bagus untuk mengubati serta menghilangkan jerawat pasir.

 

  1. Lemon & Kopi

Perahan lemon dapat memutihkan serta menyamarkan bintik-bintik hitam di wajah. Gabungan lemon dan kopi menjadi sebuah skrub yang berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan menghilangkan jerawat-jerawat pasir yang tumbuh di wajah.

 

Cara Membuat Skrub Semulajadi Tersebut:

Pilih salah satu bahan bahan utama tersebut untuk dijadikan skrub.

Langkah Pertama: Haluskan terlebih dahulu ke semua bahan utamanya sehingga lembut agar tidak terasa sakit dan pedih.

 

Langkah Kedua: Cukup campurkan kedua bahan tersebut sehingga menjadi pasta kental (seperti skrub).

 

Langkah Ketiga: Kemudian, aplikasikan ke wajah.Lumurkan ke seluruh wajah kerana ia akan membantu mengangkat sel-sel kulit mati. Gosok secara perlahan-lahan dan lembut di seluruh bahagian wajah yang berjerawat pasir itu. Ingat, jangan terlalu kasar kerana ia boleh merosakkan liang pori – pori wajah.

 

Langkah Keempat: Biarkan sehingga kering dan mengelupas sendiri.Jika sudah kering, cuci dan bilas menggunakan facial foam.

 

Baca Juga: Pembersih Muka Yang Bagus

 

Take Note!

Anda yang memiliki kulit berminyak tidak disarankan menggunakan skrub kopi atau gula merah. Lakukan skrub dua minggu sekali, jangan terlalu kerap kerana ia boleh merosakkan kulit wajah.

 

Jangan Lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui lebih lanjut tentang scrub badan bagi mendapatkan kulit cantik dan bebas daki di sini.

 

Previous post

Tips Paling Cepat Menurunkan Kadar Kolesterol

Next post

5 Khasiat Lobak Merah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *