CantikKulit

Jerawat Suka Tumbuh Di Badan?Jangan Risau, Ada Cara Untuk Menghalangnya

Cara-Cara Menghilangkan Jerawat - women online magazine

Ramai yang risau dan tak suka kalau ada jerawat, kan? Tak kiralah di muka, ataupun di badan.

Anda mungkin tidak mempunyai sebarang jerawat di muka tetapi banyak jerawat yang tubuh di beberapa bahagian badan. Ada di antaranya terasa sakit. Jerawat di badan yang selalunya menjadi masalah kerana jerawat tumbuh di belakang badan, telinga, ketiak, punggung, kepala leher, payudara, bibir, dagu dan sebagainya.

Tak kira lah jerawat di muka atau badan,  samada lelaki atau perempuan masalah jerawat ini tetap akan  membuatkan sesiapa sahaja berasa tidak selesa. Apatah lagi, bila dalam keadaan cuaca panas dan berpeluh.

Apakah Punca Terjadinya Jerawat Di Badan?

Secara umumnya jerawat adalah keadaaan abnormal pada kulit disebabkan gangguan rembesan berlebihan kelenjar minyak (sebaceous gland) hingga menyebabkan liang roma tersumbat. Ini menyebabkan radang (bengkak) yang biasanya terjadi pada dada, belakang badan dan muka(bahagian paling kerap dijangkiti).

  • Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20-an.
  • Faktor keturunan seperti ahli keluarga yang banyak jerawat.
  • Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Sesetengah daripada jerawat timbul akibat tekanan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum di kulit yang bertambah.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
  • Masalah jerawat di badan seringkali dikaitkan dengan faktor peluh (tidur ketika badan berpeluh).
  • Tekanan fizikal seperti bersukan tanpa rehat yang cukup,tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur, dan jadual seharian yang sangat ketat.
  • Merokok atau pengambilan dadah.
  • Pemakanan yang tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa, seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,belacan dan makanan yang berlemak dan berminyak.

 

Cara-Cara Menghilangkan Jerawat  Di Badan?

Terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk menghilangkan jerawat di badan. Namun, semua tips ini hanya akan berkesan pada sesetengah individu kerana tahap jerawat yang dimiliki berbeza dan yang paling penting kenalah amalkan selalu petua-petua ini.

  • Mandi Sebelum Tidur

Bersihkan badan sebelum anda tidur bagi mengelakkan pembiakan bakteria pada badan anda melalui peluh. Gunakan mandian anti bakteria seperti Tea Tree Body Wash dan lain-lain, semuanya boleh didapati di farmasi berdekatan. Elakkan memakai sabun biasa.

Ini merupakan langkah kedua setelah anda mandi iaitu sapukan gel atau krim 10 Percent Peroxide. Gel atau krim ini boleh didapati di farmasi berdekatan..

  • Tukar Baju Dengan Kerap

Tukar baju dengan kerap dan anda amat disyorkan dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan waktu malam selepas mandi. Anda juga haruslah memilih pakaian kapas untuk membolehkan kulit anda bernafas. Apabila bekerja di luar, sentiasa pastikan pakaian luar dan dalam anda bersih untuk mengelakkan penyebaran bakteria pada kulit.

  • Tukar Tuala, Sarung Bantal, Cadar  & Selimut

Kalau boleh tukarlah tuala, sarung bantal, cadar tilam dan selimut secara kerap. Paling kurang pun, anda harus mencucinya sebulan dua kali.

Jerawat pada badan sama juga seperti pada muka yang mungkin diakibatkan oleh pemakanan yang tidak sihat. Jauhi atau kurangkan makanan berminyak dan pedas kerana ini mampu merangsang penyakit. Makanan seperti salad dan berkuah atau direbus amat disyorkan kerana ia adalah pemakanan yang sihat.

  • Kurangkan Stress

Stress juga merupakan salah satu punca jerawat muncul pada bahagian badan dan muka. Oleh itu, anda disarankan untuk lebih banyak bertenang dan perkara yang lebih baik untuk dilakukan ialah beribadat seperti bersolat dan berzikir. Insya-Allah, pasti jerawat akan berkurangan.

  • Skrub Gula Pasir

Pengelupasan ialah satu cara yang bagus untuk membuang kulit-kulit mati pada badan kita yang selalunya berlaku di belakang, punggung dan belakang lengan. Gunakan gula pasir ketika mandi setiap minggu atau setiap bulan. Tetapi, pastikan anda membilasnya dengan bersih tau. Takut nanti kemanisan tersebut membuatkan semut-semut hinggap pula di badan anda.

Dapatkan skrub buah-buahan dan sapukannya pada bahagian badan yang berjerawat bagi mengeluarkan sisa-sisa kotoran dari kulit anda. Amalkan petua ini beberapa kali seminggu dan teruskan selama tiga bulan. Untuk memudahkan proses ini, anda boleh buat rawatan scrub di pusat kecantikan ataupun spa.

  • Minyak Tea Tree

Minyak tea tree telah lama digunakan bagi mengubati penyakit kulit. Jika digunakan secara berterusan, minyak ini mampu menghapuskan bakteria penyebab jerawat di badan. Ia boleh digunakan sebagai pengganti Benzoyl Peroxide dan sapukannya pada bahagian yang berjerawat dengan berhati-hati kerana minyak ini juga boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit anda.

Kesimpulan

Kehadiran jerawat samada di muka atau di badan selain dari pada menjejas penampilan, secara tidak langsung ia turut memberi kesan kepada jiwa seseorang seperti krisis keyakinan diri dan kemurungan.

Justeru itu, jangan ambil remeh perkara ini. Walauapapun  punca yang menyebabkan jerawat tersebut. Apa yang perlu dilakukan adalah mengatasinya daripada terus mengganggu dan membelenggu diri anda.

Kredit foto: amazine

<< Ketahui tips memilih produk muka terbaik di sini.

Previous post

Ketahui Penyebab Yang Membuatkan Mata Kita Berkedip-Kedip

Next post

Seronoknya Kalau Dapat Kerja Kerajaan. Ketahui Triknya!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. January 25, 2018 at 12:25 pm — Reply

    info yang padat. nanti boleh cuba.terima kasih

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *