CantikDietSihat

Kunci Berat Badan Sihat.Ketahui Nilai Kalori Makanan Malaysia

women online magazine-kalori makanan

Kredit foto: bohasoon

Kalori Makanan Malaysia.Pasti anda ingin mengetahui kalori makanan yang terdapat di Malaysia.

Di Malaysia kita banyak terdedah dengan pelbagai juadah yang enak tanpa mengira tahu nilai kolestrol yang terdapat pada makanan tersebut. Paling banyak kalau kita membeli makanan adalah masa bulan puasa, kerana kita sudah berpuasa dari pagi sehingga masuk waktu berbuka puasa pasti anda hendak makan makanan yang menyelerakan dan sedap.

Berat badan anda akan bertambah jika anda mengambil kalori lebih banyak daripada yang dibakar oleh tubuh.Kalori adalah jumlah energi dalam makanan. Kunci berat badan sihat adalah dengan mengetahui berapa kandungan kalori dalam makanan yang anda ambil sehingga dapat disesuaikan dengan jumlah energi yang dibakar oleh tubuh.Jika tidak digunakan sebagai bahan bakar, kalori yang lebih akan disimpan dalam tubuh sebagai lemak.

Sebelum itu, jika anda hendak mengamalkan diet seimbang pasti anda perlu tahu mengenai apa itu kalori dan juga anda perlu tahu berapa nilai kalori yang terdapat pada makanan yang anda hendak makan.

Mengikut sumber Kementerian Kesihatan:

Kalori adalah pengukuran nilai tenaga dalam makanan. Setiap makanan mempunyai nilai kalori yang berbeza. Oleh itu, kandungan kalori dalam makanan bergantung kepada kandungan karbohidrat, protein dan lemak. Berikut antara pengiraan nilai kalori :

1 g karbohidrat = 4 kalori
1 g protein = 4 kalori
1 g lemak = 9 kalori

 

Di bawah adalah antara nisbah pengiraan makanan yang terdapat di Malaysia dan cadangan aktiviti yang anda perlu lakukan untuk mengurangkan kandungan kalori berlebihan dalam badan.

Sila rujuk maklumat seperti di bawah:

1. Makan Kek

– 1 potong (20 g) bersamaan 100 kandungan kalori.

– Aktiviti yang boleh anda lakukan adalah mencuci kereta.

 

Baca Juga: Resepi Kek Tiramisu & Kek Keju Jepun

 
2. Kuetiau Sup

– 1 mangkuk (320 g) bersamaan dengan 180 kandungan kalori
– Aktiviti yang sesuai anda lakukan adalah berbasikal (5 km/j)

 

3. Mee sup

– 1 mangkuk (320 g) bersamaan 220 kandungan kalori
– Aktiviti yang boleh anda lakukan adalah berjalan (2 km/j)

 

Baca Juga: Ubat Kurus

 

4. Pengat Pisang

– 1 mangkuk kecil (150 g) bersamaan 250 kandungan kalori
– Aktiviti yang boleh anda lakukan adalah mengemas rumah

 

5. Roti Canai

– 1 keping kecil (80 g) bersamaan 250 kandungan kalori
– Aktiviti yang boleh anda lakukan seperti bermain bola tampar

 

6. Kentang Goreng

– 1 cawan (90 g) bersamaan 290 kandungan kalori
– Aktiviti yang boleh anda lakukan seperti berenang (20 ela/min)

 

Baca Juga: Bahaya Makan Kentang Goreng

 

7. Sate Ayam

– 10 cucuk (150 g) bersamaan 360 kandungan kalori
– Aktiviti yang boleh anda lakukan seperti kecergasan kalistenik iaitu melakukan senaman yang merangkumi pelbagai pergerakan asas.

 

8. Nasi Lemak

– 1 pinggan (230 g) bersamaan 400 kandungan kalori
– Aktiviti yang boleh anda lakukan seperti bermain tenis

 

Baca Juga: Resepi Nasi Lemak

 

9. ‘Burger' Daging Lembu

– 1 keping (180 g) bersamaan 430 kandungan kalori
– Aktiviti yang boleh anda lakukan adalah bermain bola keranjang

 

10. Nasi Briyani (nasi sahaja)

– 1 pinggan (245 g) bersamaan 440 kandungan kalori
– Aktiviti yang boleh anda lakukan adalah seperti mengelap lantai

 

11. Mee Kari

– 1 mangkuk (360 g) bersamaan 460 kandungan kalori
– Aktiviti yang boleh anda lakukan adalah mengangkat berat

 

Baca Juga: Resepi Mee Kari

 

12. Nasi Dagang

– 1 pinggan (250 g) bersamaan 510 kandungan kalori
– Aktiviti yang boleh anda lakukan adalah bermain bola sepak.

 

13. Mee Bandung

– 1 mangkuk (450 g) bersamaan 550 kandungan kalori
– Aktiviti yang boleh anda lakukan menari aerobik

 

Baca Juga: Manfaat Senam Aerobik

 

14. Nasi Goreng

– 1 pinggan (330 g) bersamaan 640 kandungan kalori
– Aktiviti yang boleh anda lakukan seperti joging (5½ km/j)

 

Baca Juga: Teknik Masak Nasi Goreng Yang Lebih Sihat

 

15. Set Ayam Goreng ” Fast Food”

– 2 ketul ayam goreng (240 g) + coleslaw (74 g) + mashed potato (94 g) bersamaan 700 kandungan kalori
– Aktiviti yang boleh anda lakukan seperti melompat tali

 

Sumber Rujukan:

1) Tee ES, Mohd. Ismail N, Mohd Nasir A, Khatijah I. (1997). Nutrient Composition of Malaysian Food 4th Edition.Institute for Medical Research, Kuala Lumpur.

2) The National Association for Sport and Physical Education (NASPE). (2011). Physical Best Activity Guide : Middle & High School Levels, 3rd edition: Elimentary Level. Human Kinetics, United States of America.

3)Willian D. et al, “Exercise Physiology : Energy, Nutrition and Human Performance” (2nd Edition). Lea & Febiger, Philadelphia.

 

Ini sahaja perkongsian dari WOM.my tentang Kalori Makanan Malaysia. Di harap ianya membantu anda dalam mengenal makanan yang sesuai untuk diet anda dan jangan lupa share artikel ini dengan kawan-kawan anda.

 

 << Jom ketahui nilai kalori makanan yang terdapat  di Malaysia selebihnya di sini

Previous post

4 Tips Tampil Lebih Cantik Dengan Gaya Hijab Stailista

Next post

Apa Sebab Gaji Tak Pernah Cukup?Jom, Selidik!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *