Rambut

7 Vitamin Untuk Rambut Paling Bagus

Vitamin Untuk Rambut - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: i.ytimg

Vitamin Untuk Rambut. Rambut gugur setiap hari adalah normal. Namun, purata normal rambut gugur, kira-kira 70-100 helai rambut setiap hari.

Struktur rambut yang sihat adalah dari protein dan karbohidrat.Ia disuburkan oleh liang rambut. Jika liang rambut dibebani dengan terlalu banyak tugas, rambut akan mudah gugur.

Wanita yang mengalami keguguran rambut akan kehilangan rambut dari bahagian tepi garisan rambut manakala lelaki pula akan kehilangan rambut bermula dari bahagian tengah kepala.

Begitu juga dengan masalah rambut rosak, berkelemumur atau rambut bercabang. Pengambilan vitamin yang sesuai sangat penting untuk menjaga kecantikan dan kesuburan rambut.

 

Punca-Punca Rambut Gugur

  • Rambut gugur disebabkan faktor keturunan.
  • Pengambilan makanan yang tidak dikawal.
  • Tekanan emosi yang tidak menentu.
  • Hormon juga menyumbang kepada punca rambut gugur.
  • Mengamalkan diet yang tidak memenuhi nutrisi untuk rambut.
  • Tidak datang haid dalam tempoh yang lama.
  • Pengambilan ubat yang boleh menjejaskan pertumbuhan rambut.
  • Penggunaan produk rambut yang mengandungi bahan kimia.

 

Vitamin Untuk Rambut

1. Biotin (Vitamin-H)

Biotin adalah sebahagian daripada keluarga B kompleks dan telah terbukti untuk menghalang keguguran rambut. Biotin juga berupaya mencegah rambut kelabu. Vitamin ini adalah dalam susu, yis dan kuning telur.

 

2. Iron (Zat Besi)

Kekurangan zat besi dalam badan bukan sahaja menyebabkan anemia, tetapi ia juga menyebabkan masalah keguguran rambut. Zat besi boleh membuat perubahan yang ketara dalam pertumbuhan rambut.

 

3. Vitamin-B

Vitamin B membantu dalam mengatasi masalah keguguran rambut kerana ia menguatkan folikel rambut. Ia akan mengurangkan kerosakan dan kehilangan rambut. Pemakanan yang kaya dengan kandungan vitamin B akan meningkatkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan rambut gugur. Di samping itu, ia juga membantu mengurangkan tekanan yang dialami setiap hari.

 

4. Zinc

Zinc banyak terdapat dalam daging merah, yang membantu mengatasi sebarang masalah kulit kepala berkelemumur. Pengambilan zink juga dapat meningkatkan kehidupan seks anda. Namun begitu, menurut International Zinc Assosiation (IZA), zinc bukanlah vitamin tetapi mineral yang menyumbang kepada kesihatan rambut dan sel-sel kulit.

 

Baca Juga: Makanan Kaya Zat Besi

 

5. Anti-Oksidan

Anti-oksidan atau lebih dikenali sebagai Vitamin A, C dan E biasanya diambil untuk mempunyai kulit yang cantik. Tetapi, ia juga menghalang keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut dengan mengepam keluar toksin dalam badan dan meningkatkan sistem imun anda.

 

6. Protein

Sebenarnya, 90% struktur rambut dikomposisikan oleh protein. Bersama dengan vitamin B kompleks, adalah ramuan yang biasa terdapat di dalam syampu, perapi syampu dan dalam rawatan rambut. Protein juga menjadikan rambut kuat dan tahan daripada kerosakan.

 

7. Asid Pantothenic

Asid Pantothenic komponen utama sel-sel dalam badan dan membantu dalam penukaran makanan kepada tenaga. Folikel rambut mula gugur disebabkan oleh kekurangan nutrient.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya.

<< Ketahui cara mengatasi dan merawat rambut berbuah di sini.

Previous post

10 Cara Mudah Mengatasi Bibir Kering Dan Pecah

Next post

16 Cara Paling Tepat Goda Lelaki

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *