CantikKewanitaanSihat

Anda Wanita Yang Kekurangan Hormon Progesteron?

Kekurangan Hormon Progesteron - women online magazine

Hormon progesterone amat penting dalam kitaran kesuburan wanita.

Kadar progesterone yang terlalu rendah boleh menyebabkan kemandulan, keguguran dan masalah premenstrual syndrome (PMS). Ramai wanita yang masih berada di usia muda yang mengalami premature menopause atau berhenti haid. Ini menunjukkan kadar hormone kewanitaannya bukan setakat berkurangan, bahkan berakhir! Pada hal, hormone inilah yang membuatkan seseorang wanita itu lebih awet muda, menstabilkan mood serta meningkatkan ghairah seksnya.

Kekurangan hormone progesterone dalam tubuh wanita boleh merosakkan tahap kesihatannya. Biasanya, tubuh wanita memproduksikan hormone-hormon progesterone sepanjang kitaran kesuburan melalui ovari dan kelenjar adrenal. Jika tubuh tidak mampu menghasilkan hormone progesterone yang cukup ia akan mengundang masalah lain. Kekurangan hormone tersebut boleh  disebabkan oleh disfungsi hati, stress, dan kurang bersenam.

Di samping itu, dinding rahim yang mengalami pendarahan (menstruasi)disebabkan oleh kerja hormone estrogen dan progesterone dalam tubuh wanita. Jika jumlah hormone tidak seimbang, darah yang gugur daripada dinding rahim biasanya lebih banyak dan keadaan ini akan menjadikan pendarahan juga semakin banyak.

Sebagai permulaan gangguan hormone ini boleh dilihat melalui keadaan berat badan yang tidak terkawal, kurangnya cecair dan kekeringan vagina. Kadar progesterone yang rendah boleh menimbulkan risiko yang lebih tinggi terhadap serangan kanser, tumor fibroid, osteoporosis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan stroke yang berkaitan dengan darah tinggi.

Gangguan hormone ini juga boleh membuat wanita berpotensi mengalami ‘infertilities’ selama bertahun-tahun, dan turut berisiko berdepan dengan masalah keguguran. Kekurangan progesterone akan menyebabkan disfungsi tiroid, kerosakan rambut, penipisan kulit dan kedutan pada kulit yang berkaitrapat dengan hidrasi.

Alzheimer juga boleh  muncul akibat rendahnya kadar progesterone.Progesteron yang di bawah normal masih boleh dirawat. Setiap wanita disarankan untuk melakukan pemeriksaan bagi memastikan kadar progesterone.

 

Info Ekstra!

Setiap wanita tidak boleh melawan perubahan hormone!

Tubuh wanita terdiri daripada banyak hormone yang membantu agar tubuh berjalan sesuai dengan fungsinya. Hormon-hormon seperti progesterone, estrogen, testosterone dan hormone tiroid.  Hormon-hormon ini juga memainkan peranan seiring dengan pertambahan usia seseorang.

  • Usia 20-30 tahun

Pada usia ini anda akan mengalami masa yang dipanggil sebagai puncak kesuburan. Peningkatan hormone anda akan mengalami perubahan yang drastik sepanjang masa kitaran mestruasi. Pengambilan brokoli dapat membantu anda menjaga kadar estrogen dan progesterone dalam jumlah yang tepat.

Lingkungan usia 30 tahun ke atas, anda akan memasuki masa penurunan dalam kesuburan kerana kedua horman tersebut sudah mula lambat bertindak.

  • Usia 40 tahun ke atas

Pada usia 40 tahun, anda masih mengalami menstruasi namun ovari anda mulai sedikit memproduksi estrogen dan kelancaran antara hormone estrogen dan progesterone mula tidak seimbang. Dalam fasa ini anda mula memasuki masa menopause dan keadaan ini membuatkan ghairah seks anda mula menurun.

Selain itu, anda juga akan menjadi sukar untuk tidur dan pertambahan berat badan juga akan anda  alami pada usia ini.Hormon tiroid yang membantu anda mengawal berat badan juga mulai berkurangan.

  • Usia 50 tahun ke atas

Pada usia ini selain mengalami menopause, kulit anda pun akan menjadi kering dan berkedut. Perkara ini disebabkan hormone estrogen yang memainkan peranan dalam menjaga kelembapan kulit mula kurang berfungsi. Selain terpaksa berdepan dengan kulit kering, memori anda pun akan mula lemah seiring dengan menurunnya produksi hormone estrogen dan tiroid yang dihasilkan.

Kredit foto: ebestrelationshipadvice

<< Anda sering berasa gatal di celah kelangkang? Banyak faktor yang mengundang rasa gatal tersebut dan ketahui jalan penyelesaiannya di sini.

 

Previous post

Kebaikan Hubungan Seks Sihat

Next post

Semak 5 Jenis Makanan ‘Bunuh’ Ghairah Seks

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. May 26, 2015 at 10:21 pm — Reply

    […] 3.Pengambilan Makanan Organik […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *