7 Kesalahan Diet Yang Perlu Anda Beri Perhatian Kalau Nak Kurus
Kredit Foto: eblogfa
Kesalahan Diet. Biarpun saban hari kita berdiet tapi tidak berkesan, kenapa ? Jom semak 7 kesalahan diet buat anda gagal kurus di sini..
Biarpun seringkali gagal diet, namun anda tetap berhajat untuk mendapatkan tubuh langsing? Selain perlu rajin bersenam, anda juga harus lebih peka dalam memilih jenis makanan yang anda ambil. Pilihlah jenis makanan rendah kalori seperti sayur-sayuran, buah dan ikan.
Jika anda termasuk dalam kategori orang yang mudah lapar, anda harus minum air putih lebih banyak serta lebihkan pengambilan sayur-sayuran yang kaya dengan serat untuk membantu anda menahan rasa lapar tersebut.
Bagi anda yang berat badannya turun, tetapi gagal bertahan lama atau mempertahankan berat badan ideal tersebut, harus menyemak kembali strategi diet yang telah anda lakukan itu. Berikut adalah tujuh kesalahan diet yang biasa mengagalkan rancangan diet anda!
7 Kesalahan Diet Yang Perlu Anda Beri Perhatian:
1. Ligat berpuasa
Puasa adalah ibadah yang dilakukan oleh umat Muslim di bulan Ramadan. Namun, jika puasa dilakukan dengan tujuan menurunkan berat badan, itu yang tidak betul! Puasa memang memng dapat membakar lemak dalam tubuh, tetapi jika tidak diiringi dengan pengambilan makanan berzat lengkap, ia akan membawa efek buruk buat tubuh. Selain membahayakan kesihatan organ dalaman, kelaparan juga memperlambatkan proses metabolism dalam tubuh sehingga berat badan menjadi sukar untuk dikurangkan.
2. Terlalu bergantung pada pil diet atau ubat pelangsing
Diet yang hanya bergantung pada penggunaan pil diet atau ubat pelangsing juga termasuk cara yang salah. Suplemen diet biasanya mengandungi kafein, efedrin atau fenilpropanolamin dan zat-zat kimia yang lain. Jadi, berhati-hati dalam pengambilan ubat-ubat kimia tersebut. Jangan terlalu bergantung kerana ada efek sampingan yang boleh ditimbulkan seperti mual, hipertensi dan ketagihan.
Baca Juga: Minuman Kuruskan Badan
Sebenarnya tak jadi masalah jika anda menggunakan suplemen untuk membantu mengurangi nafsu makan asalkan anda bijak menggunakannya. Suplemen herba yang digunakan untuk keperluan perubatan kerana mampu mengubat organ-organ tubuh secara khusus, misalnya masalah penghadaman, hati, buah pinggang dan lain-lain.
Manakala supplement vitamin dan mineral mengandungi sejumlah mikronutrien yang mampu mengoptimumkan metabolism dan gerak kerja organ tubuh. Supplement diet merupakan alternatif yang dapat membantu anda melengkapi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh anda. Sebaiknya sebelum mengambil sebarang suplemen diet, anda disarankan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
3. Sanggup berlapar
Jika banyak makan dapat menambah berat badan, jadi dengan pengambilan makanan yang sedikit boleh menurunkan berat badan. Apabila terasa lapar, anda akan berusaha menahan rasa lapar itu dengan menangguhkan makan. Sedangkan menahan lapar itu membuatkan metabolisme tubuh jadi menurun, sehingga pembakaran lemak turut terganggu, ada rasa lemah dan tidak bermaya seharian kerana perkara tersebut boleh menyebabkan energy anda menurun.
Lapar juga merupakan signal bahawa perut sedang kosong dan gula darah telah menipis sementara otak memerlukannya. Jika keadaaan tersebut dibiarkan, anda mungkin akan berasa seperti mahu pitam.
4. Melambatkan sarapan
Sama ada sengaja atau pun tidak, anda harus ambil peduli tentang perkara ini. Sarapan adalah waktu makan yang sangat penting bagi tubuh seseorang. Ketika anda tidur selama lapan jam tanpa nutrisi, tubuh sangat memerlukan nutrisi di waktu sarapan tersebut. Dengan melambatkan sarapan menyebabkan tubuh kehilangan energi untuk berhadapan dengan aktiviti seharian anda yang mungkin terlalu sibuk! Jangan biarkan tubuh berusaha memenuhi keperluan energi dengan mengambilnya daripada otot.
5. Kurang minum air putih
Kurang minum air putih juga boleh menyebabkan tubuh menahan banyak air dalam tubuh sehingga menyebabkan kelebihan berat badan. Selain itu, ketika tubuh kekurangan air maka sistem penghadaman dan metabolism nutrisi menjadi tidak lancar. Jadi, sebaiknya minumlah air putih lapan gelas sehari.
6. Tidak makan selepas bersenam
Ramai yang berpendapat, senaman akan menjadi sis-sia jika makan setelah bersenam. Padahal setelah bersenam dan anda makan merupakan salah satu makan penting buat tubuh. Sebaiknya, minum karbohidrat dan protein sekitar 15 minit setelah bersenam, bagi pengambilan makanan berat waktunya aldah sejam selepas bersenam untuk memenuhi keperluan tubuh setelah bersenam.
7. Tak Nak Makan Malam!
Memang betul ketika tidur, tubuh tidak memerlukan kalori sebanyak ketika tubuh aktif, terutama karbohidrat. Tetapi tubuh sangat memerlukan protein pada waktu anda tidur, kerana inilah saat di mana hormon pertumbuhan bekerja, memperbaiki sel-sel dalam tubuh dan peranan protein sangat penting di sini. Pengambilan protein harus dipastikan mencukupi ketika anda makan malam. Anda disarankan mengambil protein antara 2-3 jam sebelum tidur.
Ekstra Tips!
Selalu bersenam selalu disarankan sebagai salah satu usaha menurunkan berat badan. Bagi anda yang mengalami masalah kelebihan berat badan, harus tahu bahawa yoga juga boleh membantu.
Yoga bukan sahaja menyihatkan, tetapi juga baik untuk fikiran dan jiwa. Yoga mampu memperkuatkan tubuh, otot-otot, meningkatkan daya ketahanan tubuh serta melenturkan tubuh.
Baca Juga: Kebaikan Senaman Yoga
Yoga boleh mendorong pengeluaran energi sekaligus mengurangi pengambilan energi. Ini menunjukkan ada kaitan hubungan dengan pengurangan faktor risiko penyakit kardiovaskular dan diabetis.
Selain itu. Yoga juga terbukti boleh meningkatkan flexibiliti , kekuatan, keseimbangan dan pengurangan stress. Bagi yang ingin menurunkan berat badan, yoga menjadi cara terbaik untuk melakukannya.
Nota Kaki: SHARE artikel ini ya
<<Anda betul-betul ingin kuruskan badan dalam masa sebulan?
No Comment