CantikKulit

1001 Rahsia Cantik & Sihat Dengan Kulit Kayu Manis

Kulit kayu manis - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan.

Kulit kayu Manis atau nama lainnya Cinnamon adalah sejenis rempah-ratus yang berasal dari Sri Lanka. Nama ini sememangnya tidak asing dalam masyarakat Melayu kerana kulit kayu manis ini banyak digunakan dalam masakan dan juga perubatan.

Menariknya kulit kayu manis ini mempunyai pelbagai kelebihan untuk merawat kulit secara semulajadi tanpa kesan sampingan berbahaya bahan kimia. Jom kita terokai kisah di sebalik kulit kayu manis ini.

 

Kegunaan Kulit Kayu Manis Dalam Masakan

  • Rencah Dan Perasa Masakan

Kulit kayu manis biasanya digunakan sebagai rencah menumis untuk sup daging dan ayam untuk menambahkan lagi rasa sedap ayam dan daging itu. Ia juga merupakan bahan wajib untuk membuat kari. Kulit kayu manis ini juga digunakan sebagai perasa dalam pembuatan roti dan kek dan pelbagai masakan yang enak.

 

Kegunaan Kulit Kayu Manis Dalam Perubatan Dan Kesihatan

  • Bahan Pengawet

Masyarakat Mesir purba telah lama menggunakan kulit kayu manis untuk mengawet mayat atau mumia pada ketika itu. Selain itu,rempah kulit kayu manis ini juga digunakan untuk mengawet makanan supaya tahan lebih lama untuk mengelakkan dari cepat busuk dan rosak.

 

  • Minyak Aromaterapi

Ekstrak minyak dari kulit kayu manis ini mempunyai bau dan wangian yang kuat yang boleh menekan sistem saraf utama. Oleh itu,ramai pengeluar minyak aromaterapi telah menjadikan ekstrak minyak kulit kayu manis ini dalam dos yang rendah sebagai minyak aromaterapi untuk mendapat kesan menenangkan dan menyegarkan bau tempat tertutup mahupun rumah. Malah ada juga yang menjadikan sebagai bahan pewangi.

 

  • Anti-Septik

Kulit kayu manis ini juga mampu bertindak sebagai antiseptik semula jadi yang boleh membunuh kuman. Oleh itu, sekiranya tangan terluka dan anda tidak sempat mencari ubat, kulit kayu manis boleh digunakan dengan disapu sedikit pada luka untuk mematikan kuman, namun ia agak pedih.

 

Ia terbukti berkesan untuk mengawal kesakitan senggugut kerana kulit kayu manis ini mengandungi bahan kimia semula jadi yang dipanggil cinnamaldehyde.Kajian menunjukkan cinnamaldehyde dapat meningkatkan hormon progesteron dan mengurangkan penghasilan testosteron pada wanita, sekaligus membantu untuk mengimbangi hormon.

 

Di samping dapat mengurangkan kadar kolesterol,campuran madu asli bersama serbuk kayu manis ini boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Ia juga turut membantu sistem pernafasan agar berjalan dengan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.

 

  • Artritis

Sekiranya anda pesakit artritis,amalkan minum secawan air panas dengan 2 sudu campuran asli dan serbuk kulit kayu manis setiap hari sebelum anda mengambil sarapan pagi. Menurut kajian yang telah dibuat oleh University Copenhagen,73 daripada 200 pesakit yang mencuba rawatan ini berjaya sembuh 100%.

 

  • Mengubati Sakit Perut

Campuran madu dan kulit kayu manis boleh melegakan sakit perut serta membersihkan usus di dalam perut. Ia juga dapat membuang angin-angin di dalam perut anda.

 

  • Mengubati Rasa Sakit Gigi

Jika anda sakit gigi,ambil 1 sudu serbuk kulit kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli. Letakkan campuran tadi di bahagian gigi anda yang sakit tadi. Amalkan 3 kali sehari sehingga rasa sakit gigi itu hilang.

 

Anda dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam badan sebanyak 10 % dalam badan jika mengamalkan minuman yang mengandungi campuran teh,madu dan serbuk kulit kayu manis.

 

  • Mengurangkan Masalah Nafas Berbau Dan Kurang Pendengaran

Tahukah anda kulit kayu manis ini dapat membantu menyegarkan nafas anda dan mengekalkan daya pendengaran yang normal? Caranya mudah sahaja. Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran ini pada setiap pagi.

 

Baca Juga: Cara Berkesan Hilangkan Bau Mulut

 

Kegunaan Kulit Kayu Manis Dalam Kecantikan

Kulit kayu manis boleh juga digunakan untuk merawat kulit muka anda iaitu dengan menggunakannya sebagai masker muka. Selain bertindak sebagai pemudar parut, kulit kayu manis juga bertindak untuk mengecutkan jerawat yang tumbuh di muka dan badan.

 

  • Melembabkan Kulit Wajah Dan Mengurangkan Garis Halus

Campuran minyak kayu manis dan minyak zaitun mampu mengurangkan garis halus pada wajah kerana ia melembapkan kulit, seterusnya membuatkan kulit lebih lembut dan kurang berkedut terutamanya di bahagian hujung mata. Ia juga dapat menggantikan pelembab bibir.

 

Menakjubkan,kulit kayu manis juga mampu bertindak membersihkan dan menyuburkan kulit kepala, dengan cara menyingkirkan kulit mati dan menggalakkan pengaliran darah di kepala.Ia boleh dilakukan dengan cara mencampurkan sesudu serbuk kulit kayu manis bersama madu dan minyak zaitun. Kemudian campuran itu disapu ke kulit kepala. Urutkan lembut dan biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum anda syampu seperti biasa.

 

  • Melangsingkan Badan

Seperti yang kita tahu,kadar metabolisma menentukan kadar pembakaran kalori sehari-hari. Semakin tinggi kadar metabolisma, semakin tinggi kadar pembakaran kalori. Pembakaran kalori yang optimum sangat penting dalam membantu anda untuk membakar lemak dan tampil kurus dan langsing. Oleh itu,kulit kayu manis bertindak sebagai ramuan untuk meningkatkan metabolisma tubuh badan.

 

Info Ekstra!

Cara Membuat Masker Kulit Kayu Manis

Sebelum menyapukan masker kulit kayu manis di muka,anda diingatkan supaya menggunakan lapisan yang nipis sebagai permulaan ataupun pada kulit wajah yang teruk. Anda juga tidak digalakkan untuk menyapu masker kulit kayu manis tersebut pada kulit yang mempunyai luka dan kulit yang sensitif. Ini kerana masker kulit kayu manis akan memberikan kesan yang pedih pada muka anda.

 

  • Masker Kulit Kayu Manis Dengan Air

Untuk memudahkan proses pembuatan masker kulit kayu manis ini,anda bolehlah membeli serbuk kulit kayu manis di pasar raya. Anda juga boleh mengasah kulit kayu manis untuk mendapatkan serbuknya jika anda rajin untuk membuatnya. Ambil sedikit serbuk kayu manis dan bancuhkan dengan sedikit air. Selepas itu, sapukan ke muka dan tunggu hingga kering sebelum dibilas dengan air bersih.

 

Baca Juga: Masker Kentang

 

  • Masker Kulit Kayu Manis Dan Bedak Sejuk

Campurkan sedikit serbuk kayu manis dan bedak sejuk dan bancuhkan kedua campuran ini dengan sedikit air. Bagi mengurangkan tahap pedih, lebihkan bedak sejuk berbanding serbuk kulit kayu manis. Lumurkan bancuhan tadi di muka dan tunggu sehingga kering sebelum dibilas.

 

  • Masker Kulit Kayu Manis Dan Madu

Campurkan sedikit serbuk kayu manis dan madu dan jika campurannya terlalu likat,anda bolehlah menambah sedikit air. Kemudian,oleskan ke seluruh muka dan cuci dengan air bersih setelah kering.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Atasi masalah wajah nampak tua dengan pemakaian serum wajah. Info selanjutnya baca di sini.

 

Previous post

Resepi Sup Tulang Power

Next post

Atasi Masalah Sakit Lutut Dengan 6 Senaman Ringkas

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *