CantikKulit

Panjangkan Bulu Mata Dengan Lidah Buaya

khasiat lidah buaya - women online magazine

Lidah Buaya atau Aloe Vera merupakan tanaman berdaun tebal yang sering dijumpai di kawasan beriklim Tropika.

Lidah buaya yang dulunya dikenali sebagai tanaman liar kini semakin popular sebagai tanaman hiasan kediaman. Lidah buaya mengandungi pelbagai khasiat sama ada untuk kesihatan, mahupun kecantikan.Jom kita bongkar rahsia khasiat lidah buaya ini.

 

Khasiat Lidah Buaya Untuk Kecantikan

1. Menghilangkan Jerawat

Mudah saja caranya dan anda boleh melakukan di rumah sahaja. Ambil lidah buaya tersebut kemudian belah,lalu lendirnya itu disapukan pada wajah anda atau bahagian yang ada jerawat. Biarkan selama 10-15 minit . Selepas itu bilaslah dengan air suam.

2. Melebatkan, Memanjangkan &  Menyihatkan Bulu Mata

Sekiranya anda mahu melebatkan bulu mata anda tanpa bantuan maskara,anda boleh menggunakan lidah buaya. Sebelum tidur,atau pada waktu anda sedang bersantai,sapukan lendir lidah buaya tersebut kepada bulu mata anda. Pastikan anda sapu dengan lembut dan perlahan-lahan pada bulu mata anda. Biarkan selama 30 minit kemudian cuci dengan air biasa sehingga bersih. Pastikan anda kerap mengulangi cara ini untuk mendapatkan bulu mata yang lebat,sihat dan panjang.

3. Menebalkan Kening

Lendir  lidah buaya juga boleh digunakan untuk menebalkan kening anda. Caranya, setiap kali sebelum tidur,pastikan lendir tersebut disapukan pada alis anda. Kemudian, keesokan harinya dicuci bersih.

4. Rawatan Rambut

Sebenarnya lidah buaya dapat mempercepatkan pertumbuhan rambut, mengurangkan kemunculan kelemumur dan juga sebagai fungsi melembutkan rambut. Jadi, anda tidak perlu lagi menggunakan perapi sebagai pelembut rambut. Caranya, ambil dua pelepah lidah buaya yang sudah dicuci, kemudian gosokkan isinya yang berserta lendir tersebut  pada kulit kepala yang telah dicuci. Kemudian, balut rambut anda dengan kain dan bilas keesokan harinya. Mudah bukan?

5. Gel Bercukur

Kini anda tidak perlu menggunakan krim pencukur sekiranya ingin bercukur dengan  selesa dan selamat. Cuma sapukan lendir lidah buaya tersebut pada mana-mana tempat yang mahu dicukur. Lendir tersebut akan memudahkan proses pencukuran sekaligus mencegah daripada berlakunya iritasi akibat proses pencukuran tersebut.

6. Melembabkan Kulit

Anda tidak perlu bingung lagi untuk mencari pelembab yang nyaman dan sesuai untuk kulit sensitif. Anda hanya perlukan lidah buaya saja untuk melembabkan kulit anda.

7. Menanggalkan Solekan

Lidah buaya dapat menanggalkan solekan pada wajah anda dengan lembut tanpa memberikan kesan iritasi pada kulit wajah anda.

 

Info Ekstra!

Khasiat Lidah Buaya Untuk Kesihatan

  • Menurunkan paras gula dalam darah (diabetes)

Bagi anda yang menderita diabetes,anda dapat menurunkan tahap gula dalam darah sekiranya anda mengamalkan minum air rebusan lidah buaya. Rebus lidah buaya yang sudah dibuang durinya dengan air . Kemudian air rebusan tersebut diminum tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.

  • Mengubati luka ringan

Lidah buaya dapat mengubati luka-luka ringan seperti luka terbakar,’sunburn’,melecet dan sebagainya.

Lidah buaya merupakan tanaman yang mengandung gelatin. Gelatin ini berfungsi untuk menyerap racun yang berada pada usus dan mengeluarkannya bersama semasa proses detoks.

Kesimpulan

Memandangkan lidah buaya ini mempunyai banyak khasiat,ada baiknya anda menanam lidah buaya ini di dalam pasu kecil ataupun di halaman rumah.

Foto: sekadar gambar hiasan

<< Ketahui khasiat kismis untuk kecantikan dan juga kesihatan. Baca di sini.

Previous post

9 Jenis Makanan Banyakkan Air Susu Ibu

Next post

Resepi Roti Sarang Lebah Disaluti Sos Butterscotch

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. […] 1.Menggunakan Lidah Buaya & Daun Sirih […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *