6 Rahsia Miliki Kuku Sihat & Putih Bersih
Kuku Sihat.Kuku yang sihat, cantik dan terawat mewakili kecantikan serta kebersihan tubuh anda secara keseluruhannya.
Kuku adalah bahagian yang sama pentingnya mendapat penjagaan yang baik seperti juga rambut. Jika anda tidak menjaga atau merawat kuku dengan baik, maka kuku akan menjadi rapuh dan mudah patah.Keadaan kuku sihat akan memberi tanggapan terhadap kesihatan dan kecantikan diri seseorang.Bermakna, adalah sangat penting untuk anda menjaga kesihatan dan kebersihan kuku.
Berikut beberapa tips yang boleh anda aplikasikan untuk merawat kuku agar sihat dan kelihatan lebih cantik.
1. Jangan Mengigit Kuku
Tabiat mengigit kuku akan menyebabkan kuku akan rosak (kelihatan pecah dihujung). Bagi mereka yang mempunyai masalah kencing manis, mengigit kuku boleh menyebabkan jangkitan pada kuku dan kemungkinan kuku akan rosak.
2. Fungsi Kuku
Jangan menggunakan kuku untuk membuka atau mencungkil sesuatu objek keras. Ini kerana boleh menyebabkan kuku bercalar, serpih dan patah.
3. Pengambilan Multivitamin
Amalkan pengambilan vitamin seperti vitamin A, B, C, D dan E kerana ia baik untuk kuku sihat.
Baca Juga: Serum Vitamin C
4. Gunakan Pelembab
Seperti kulit, kuku juga memerlukan pelembab setiap hari. Cukup dengan memakai losen badan atau losen kuku.
Baca Juga: Pelembab Muka Yang Bagus
5. Membantu Pertumbuhan Kuku
Pengambilan kalsium dan zink dapat mempercepatkan pertumbuhan kuku dan menjadikan kuku kuat. Elakkan Pengambilan gula dan alkohol yang berlebihan kerana dapat merosakkan kuku.
6. Mengambil Makanan yang Sihat
Terdapat pelbagai makanan berkhasiat yang dapat menjadikan kuku kuat, sihat dan nampak menarik.Perkuatkan kuku dari dalam.Salah satu cara mudah untuk memiliki kuku sihat adalah dengan memperbanyakkan pengambilan air masak. Pengambilan air masak membantu agar kuku tidak kering. Untuk memperkuatkan kuku anda boleh melakukannya dengan pengambilan kalsium atau dengan meminum susu.
7. Petroleum Jelly
Kuku yang kelihatan berkilat adalah kuku yang sangat cantik. Petroleum jelly sangat berguna untuk merawat kuku agar lebih bersinar. Gunakan petroleum jelly pada setiap malam sebelum tidur, gosok dengan mengggunakan kain cotton.
Baca Juga: Manfaat Petroleum Jelly dan Khasiat Minyak Zaitun
8. Minyak Zaitun
Anda boleh menggunakan minyak zaitun dengan cara merendam kuku anda pada minyak tersebut. Minyak zaitun dipercayai boleh memberikan kepadatan dan menguatkan jika kuku anda mudah patah. Rendamlah kuku anda dengan minyak zaitun yang telah dicampur dengan air suam setiap dua hari sekali selama 15 minit.
Nota Kaki: Semoga artikel kuku sihat ini memberikan info berguna buat anda. Jangan lupa SHARE dengan kawan-kawan anda yang mungkin ingin tahu rahsia miliki kuku sihat ini.
<< Nak tahu 6 produk kosmetik berbahaya ? Klik sini
No Comment