10 Tips Kurus Dengan Cara Diet Protein
Kredit foto:livardiet
Cara Diet Protein. Salah satu teknik diet yang paling popular adalah dengan cara diet protein.
Berat badan yang berlebihan dapat dikurangkan dengan pantas dengan menggunakan diet tinggi protein atau pengambilan jumlah protein yang lebih banyak berbanding mengambil nutrisi lain. Misalnya, mengurangi pengambilan karbohidrat.
Cara diet protein ini dikatakan berkesan untuk mengurangi berat badan dan cukup efektif untuk dilakukan. Beberapa kajian dari Australia mengatakan, program diet dengan pengambilan jumlah protein tinggi ini dikatakan lebih cepat mendapatkan badan langsing dan ideal, jika dibandingkan dengan mereka yang kurang pengambil protein.
Ini adalah kerana tubuh akan mengeluarkan lebih banyak energi sewaktu banyak mengambil protein berbanding karbohidrat di dalam makanan anda.
Protein dianggap sebagai ‘blok bangunan’ tubuh. Protein juga memainkan peranan penting dalam produksi enzim dan hormon. Malah, protein juga adalah bahagian integral daripada diet yang sihat dan seimbang.
Pengambilan protein yang seimbang dalam makanan secara efektif akan dapat membantu anda untuk menurunkan berat badan. Protein boleh diperoleh melalui pelbagai sumber makanan.
Bagaimana cara diet protein tersebut boleh anda lakukan? Paling penting, pilihlah menu makanan sihat yang banyak mengandungi tinggi protein kerana manfaatnya banyak buat tubuh anda. Jom semak!
1. Pengambilan ikan laut seperti salmon dan tuna
Selain mengandungi kadar protein yang sangat tinggi, ia juga mengandungi Omega 3 yang baik untuk kesihatan jantung.
2. Putih telur
Putih telur lebih baik dimakan daripada kuning telur yang mengandungi kolesterol tinggi.
Baca Juga: Khasiat Putih Telur
3. Daging merah & Daging ayam
Sebaiknya banyakkan pengambilan daging merah kerana kadar lemaknya lebih sedikit berbanding daripada daging olahan. Selain tu, berbanyakkan juga pengambilan daging ayam kerana ia memiliki kandungan protein yang cukup tinggi. Tetapi, hindari makan bahagian kulit ayam kerana ia mengandungi banyak lemak di situ.
4. Soya
Biasakan diri untuk memakan yang dihasilkan daripada soya, seperti tempe dah tauhu, kerana ia merupakan sumber protein yang sangat bagus.
5. Kacang
Mempunyai kadar protein tinggi dan ambillah dalam jumlah yang banyak kerana mampu menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.
Baca Juga: Khasiat Kacang Tanah
6. Susu
Pilihlah susu serta produk olahan susu yang lain kerana kadar proteinnya sangat tinggi. Tetapi, anda harus pilih susu rendah lemak serta rendah kalori. Selain itu, keju dan yogurt bukan hanya tinggi protein, tetapi juga kaya kalsium yang baik untuk tulang dan jantung.
7. Jagung Manis
Jagung manis merupakan sumber antioksidan yang juga mengandungi protein. Bukan itu sahaja, jagung manis juga mengandungi vitamin B kompleks seperti thiamin, niacin, folat, dan asid.
Baca Juga: Kebaikan Brokoli
8. Brokoli
Mengandungi rendah lemak, tinggi protein dan mengandungi nutrisi penting seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, zat besi dan serat makanan.
Buah yang berasal dari tanah Arab ini sangat enak dan kaya dengan kandungan gula semulajadi. Buah kurma merupakan sumber protein yang sangat baik. Di dalam 100gram buah kurma memberikan anda 2,50gram protein.
10.Asparagus
Sayuran hijau ini sangat fleksibel untuk dimasak. Boleh direbus,digoreng, dikukus atapun dilayur di atas api. Setengah cawan asparagus mengandungi 2 gram protein.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya
<< Jom dapatkan teknik untuk melangsingkan tubuh dengan cepat di sini..
1 Comment
Semua sedap.. tpi mmg susah. pernah try x amik carbo. tak larat woooo.. hehehehhe