6 Jenis Makanan Penyebab Jerawat Banyak Tumbuh
Kredit : tazakhobor
Anda masih bermasalah dengan jerawat? Apatah lagi, makanan penyebab jerawat yang patut anda hindari itu merupakan makanan kegemaran anda. Memang sukar untuk menghindari makanan kegemaran, lebih-lebih lagi di Hari Raya ini.
Pelbagai juadah enak menjadi kegemaran, namun wajah anda terlalu sensitive pada makanan tersebut yang menjadi penyebab jerawat.Banyak faktor yang mempengaruhi kemunculan jerawat di wajah. Jerawat boleh muncul disebabkan stress dan hormon. Selain itu jerawat juga boleh muncul kerana hormon dan keturunan. Makanan penyebab jerawat biasanya banyak mengandungi lemak tepu dan kafein.
Berikut beberapa jenis makanan penyebab jerawat yang patut anda ketahui:
Tentu ramai yang menyukai makanan penyebab jerawat yang satu ini.Selain mengandungi bahan pengawet, mee segera juga mengandungi lemak tepu yang tinggi. Lemak dan bahan pengawet sukar dihadamkan tubuh dan ia boleh menimbun di seluruh bahagian tubuh, termasuk muka yang menyebabkan munculnya jerawat.
- Kacang-Kacangan
Walaupun ternyata kacang bukan menjadi penyebab utama jerawat, namun anda perlu tahu pengambilan kacang-kacangan yang berlebihan akan sangat berbahaya. Kacang mengandungi lemak yang dapat menimbulkan kulit berminyak secara berlebihan yang mana pada akhirnya boleh membuatkan jerawat tumbuh di muka.
- Donat
Donat juga termasuk dalam kategori makanan penyebab jerawat. Donat dikatakan boleh menyebabkan jerawat kerana ia melewati proses pengorengan dan banyak menyerap minyak. Minyak yang terserap dalam donatlah yang menyebabkan jerawat semakin menjadi-jadi di muka.
Kafien terdapat pada coklat,teh(hitam dan hijau), minuman bergas, minuman bertenaga dan ubat penahan sakit.Kafien mengundang kelenjar adrenalin untuk mengeluarkan hormon yang berkaitan dengan stress. Jerawat boleh terjadi disebabkan stress, selain itu kafien juga boleh menganggu pola tidur anda sehingga memperburukkan lagi masalah jerawat anda.
Tubuh manusia memerlukan glukos dalam jumlah tertentu agar ia dapat berfungsi dengan baik. Ketika anda makan karbohidrat lebih daripada diperlukan oleh tubuh, jadi masalah kesihatan seperti diabetes dan jerawat boleh muncul. Makanan penyebab jerawat yang tinggi karbohidratnya adalah, beras putih, pasta dan roti putih.
Pengambilan makanan pedas yang berlebihan bukan sahaja boleh merosakkan sistem penghadaman. Saluran penghadaman akan terganggu dan menimbulkan jerawat pada kulit. Makanan pedas juga akan meningkatkan perjalanan darah ke wajah, yang boleh membuatkan wajah anda menjadi kemerahan. Anda yang mengalami masalah jerawat perlu kurangkan pengambilan makanan pedas dan melakukan rawatan yang sesuai untu
No Comment