CantikKulit

6 Manfaat Facial Yang Perlu Anda Ketahui

Manfaat Facial - woman online magazine

Kredit : cobblejohn

Manfaat Facial. Fungsinya adalah untuk membuat kulit wajah menjadi lebih bersih dan lembab.

Untuk mendapatkan hasil yang sempurna facial perlu dilakukan secara rutin. Sebaiknya anda mencari seorang facialist atau beautician yang mana dia akan menggunakan peralatan yang bersih ketika merawat wajah anda.

 

Berikut beberapa manfaat facial.

 

  1. Membersihkan Kulit Wajah

Setiap hari kulit wajah akan terdedah pada pencemaran dan racun yang terdapat di udara dan juga produk-produk kecantikan. Membersihkan wajah dengan cara biasa seperti yang anda lakukan setiap hari tak akan boleh menanggalkan kotoran yang telah ‘terbenam’ di wajah. Facial secara teratur boleh membuatkan kulit anda kembali bersih dan sihat.

 

  1. Pengelupasan

Salah satu rangkaian facial adalah pengelupasan kulit. Hal ini bertujuan untuk membuang semua sel kulit mati dan menggantinya dengan kulit yang baru dan sihat.

 

  1. Nutrisi Buat Kulit

Ketika anda melakukan facial di salon, pori-pori kulit dibuka, kemudian disapukan krim perawatan. Ia akan membuatkan kulit menjadi lebih mudah menyerap nutrisi yang terkandung dalam krim tersebut.

 

  1. Menenangkan Kulit

Ketika facial, kulit muka diberikan urutan-urutan lembut. Ia akan membuat otot-otot di wajah lebih anjal. Kulitpun menjadi lebih relaks, segar dan awet muda.

 

  1. Menghilangkan Kedutan

Menghilangkan kedutan juga merupakan salah satu manfaat facial jika dilakukan secara teratur. Urutan yang dilakukan ketika facial akan menengangkan kulit-kulit kendur atau mulai berkedut. Urutan dengan khasiat minyak zaitun atau almond juga mampu mencegah timbulnya kedutan.

 

  1. Mencegah Jerawat

Kebanyakan jerawat tumbuh kerana wajah kotor, selain daripada faktor hormon yang mempengaruhinya. Facial secara teratur mampu membersihkan wajah yang ingin ditumbuhi jerawat. Selain melakukan facial secara rutin, jangan lupa makan buah-buahan yang boleh menyihatkan kulit wajah.

<< Ketahui cara berkesan mengatasi kulit kusam dan kasar di sini.

Previous post

Syarat-Syarat Wajib Zakat

Next post

Ketahui Jenis Buah-Buahan Yang Bagus Untuk Ibu Mengandung

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *