CantikKulit

5 Manfaat Kulit Pisang

Manfaat Kulit Pisang - woman online magazine

Kredit : dewisworld

Anda penggemar buah pisang? Lepas ini, setelah makan pisang, kulitnya jangan anda terus buang ke dalam tong sampah.

Ini adalah kerana kulit pisang mempunyai banyak nutrisi yang bukan sahaja baik untuk tubuh. Malahan juga untuk kecantikan kulit.Ternyata dalam kulit pisang mengandungi banyak vitamin, karbohidrat, mineral, protein dan serat.

Apa yang menariknya, manfaat kulit pisang sendiri yang mempunyai karakter anti kulit sehingga menghasilkan antibiotik, serta memiliki beberapa sifat pemutih yang mampu mengatasi pelbagai masalah kulit.Zat lain yang terdapat pada kulit pisang seperti luten, kalium dan antioksidan yang berguna untuk merawat kulit wajah atau kulit yang lain.

 

Berikut adalah di antara beberapa manfaat kulit pisang:

  1. Mengubati Jerawat

Antara manfaat kulit pisang ialah untuk menyembuhkan jerawat di kulit secara efektif. Caranya juga sangat mudah, ambil pisang yang tidak terlalu masak dan terlalu muda. Setelah anda nikmati buah pisangnya, gosoklah kulit wajah yang berjerawat dengan kulit pisang tersebut perlahan namun menyeluruh ke wajah.

Gunakan bahagian dalam kulit atau bahagian putihnya sahaja. Jika wajah anda terlalu banyak jerawat dan jerawat sedang membengkak, sebaiknya hancurkan kulit pisang terlebih dahulu kemudian ditambah dengan satu sudu teh madu dan jadikannya sebagai masker.

Kandungan antioksidan pada kulit pisang ternyata boleh dijadikan alternatif untuk mengubati jerawat yang sedang seronok tumbuh di muka anda.

 

Baca Juga: Cegah Jerawat Batu

 

  1. Memutihkan Gigi

Ramai orang percaya bahawa kulit pisang boleh memutihkan gigi. Kenyataan ini ada kebenarannya, cuba gosok bahagian dalam kulit pisang pada gigi dengan gerakan memutar.Manfaat kulit pisang untuk memutihkan gigi ini boleh anda lihat setelah mempraktikkannya secara teratur dan telah dilakukan selama kurang lebih dua minggu.

 

  1. Mencerahkan & Menghaluskan Wajah

Sebagai wanita, sudah pasti anda mahu memiliki wajah yang cerah, bersih serta putih.Kini anda boleh memilikinya dengan menggunakan manfaat kulit pisang iaitu dengan menjadikannya sebagai masker. Di samping itu, jika kulit anda kasar dan kering, pakailah masker dengan menggunakan kulit buah pisang. Lakukannya secara rutin dalam beberapa minggu hingga kulit lebih terasa lebih cerah, halus dan lembut.

 

Baca Juga: Manfaat Masker Wajah

 

  1. Menghilangkan Kutil pada Kulit

Manfaatkan kulit pisang dengan menggosoknya secara teratur pada kulit yang terkena kutil pada malam hari. Hasilnya dalam beberapa minggu kutil tersebuh akan hilang.

 

  1. Mencegah Penuaan

Semakin bertambahnya usia akan membuat kulit menjadi berkedut serta munculnya garis-garis halus, namun anda boleh atasinya dengan manfaat kulit pisang. Caranya, keruk bahagian dalam kulit pisang, masukkan dalam mangkuk dan tambahkan satu sudu teh madu.

Aplikasikan pada wajah dan leher serta bahagian-bahagian yang mula nampak garis-garis halus atau kedutan. Biarkan selama 15 minit kemudian bersihkan dengan tuala lembut dan bersih yang sudah di rendam dengan air suam.Lakukan 3 kali seminggu.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini

<< Ketahui kebaikan dan khasiat pisang kaki di sini.

 

 

 

Previous post

7 Cara Merawat Kesakitan Bayi Tumbuh Gigi

Next post

Resepi Puding Laici

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *