CantikRambut

Ketahui Cara Untuk Meredakan Rasa Gatal Kulit Kepala

masalah kulit kepala - woman online magazine

Kredit : dermatique

Anda masih berhadapan dengan masalah kulit kepala yang terasa amat gatal?Tahukah anda walaupun anda dapat melegakan sedikit rasa gatal itu dengan menggaru, namun ia tetap akan memburukan lagi masalah kulit kepala anda.

Apakah yang menyebabkan anda mengalami masalah kulit kepala yang kerap gatal?Untuk mengetahuinya, baca artikel ini sampai habis.Kulit kepala kerap terasa gatal disebabkan oleh kelemumur yang menyebabkan kulit kepala jadi merah, gatal, bersisik dan menggelupas. Biarpun tidak berdarah atau terasa pedih, menggaru kulit kepala boleh menyebabkan infeksi bakteria terjadi melalui luka-luka kecil yang terbentuk pada kulit.Menggaru kulit kepala juga boleh menggangu jaringan kulit kepala serta merosakkan dan melemahkan folikel rambut,menyebabkan rambut anda menjadi mudah putus dan rosak.

Cara Menghilangkan Masalah Kulit Kepala Yang Disebabkan Kelemumur

Kelemumur boleh disebabkan oleh beberapa faktor, diantaranya kurangnya penjagaan anda terhadap rambut. Bermula daripada perkara simple seperti membersihkan rambut secara rutin sangat penting untuk menjaga kesihatan rambut.Pemberian vitamin yang tepat juga membantu menjaga kesihatan dan keindahan rambut anda. Jika anda termasuk dalam kategori mereka yang super-sibuk dan kerap terdedah pada sinaran cahaya matahari yang terik, anda akan menjadi lebih mudah untuk mengalami masalah kulit kepala berkelemumur. Ini adalah kerana kulit kepala anda yang brpeluh. Begitu juga dengan anda yang berhijab, anda lebih mudah diserang masalah kulit kepala berkelemumur jika anda tidak betul-betul menjaga kesihatan rambut. Kulit kepala yang kotor, lembab dan berpeluh menjadi penyebab utama terbentuknya kelemumur.

Mengatasi masalah kulit kepala gatal disebabkan kelemumur sukar dilakukan walaupun anda telah menggunakan pelbagai macam jenis syampu. Mungkin ada di antara anda yang sudah bertukar bermacam-macam jenis syampu untuk menghapuskan kelemumur, namun masalah kulit kepala berkelemumur dan gatal ini tidak juga hilang.Anda patut tahu, bertukar-tukar syampu juga boleh merosakkan rambut anda.

Sebenarnya masalah kulit kepala berkelemumur dan gatal ini boleh anda atasi dengan beberapa cara semulajadi yang cukup berkesan. Antara cara yang efektif menghilangkan masalah kulit kepala ini adalah dengan menggunakan limau nipis. Ia dipercayai sangat mujarab untuk menghilangkan kelemumur. Zat yang terkandung di dalam limau nipis dapat menghilangkan sel-sel kulit mati pada kepala sehingga kepala anda terasa lebih bersih dan tidak gatal lagi.

Cara menggunakan limau nipis untuk menghilangkan masalah kulit kepala berkelemumur dan gatal ini sangat senang, belah buah limau nipis menjadi dua bahagian.Kemudian perah dan ambil air perahannya sebagai masker rambut. Sapukan air perahan limau nipis tersebut secara merata dan urut kulit kepala secara perlahan-lahan.

Selain menggunakan limau nipis, anda juga boleh menggunakan daun lidah buaya untuk mengatasi masalah kulit kepala berkelemumur dan gatal ini. Tambahan pula lidah buaya mempunyai banyak kebaikan untuk kecantikan dan juga kesihatan rambut. Gunakan lendir pada daging lidah buaya. Dan tambahkan dengan sedikit madu. Campurkan kedua bahan itu sehingga ia sebati. Mengatasi masalah kulit kepala berkelemumur dan gatal dengan lidah buaya boleh anda lakukan sebelum anda membasuh rambut. Gunakan secara rutin untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan.

<< Ketahui tips panjangkan rambut dengan nutrisi semulajadi di sini.

 

Previous post

Cara Pakai Selendang Panjang Yang Ringkas & Cantik

Next post

Sleep Apnea, Gangguan Tidur Yang Kerap Menyerang Lelaki

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *