CantikKulit

6 Langkah Mudah Atasi Masalah Muka Berjerawat

Muka Berjerawat - programusahawan

Kredit : youqueen

Kehadiran jerawat sememangnya boleh mengurangkan kecantikan, sehingga ada sebahagian orang yang hilang keyakinan dengan penampilan diri sendiri.

Bagi anda yang mempunyai muka berjerawat, tentunya akan mencari pelbagai cara  atau petua untuk menghilangkan jerawat. Cara merawat muka berjerawat perlu dilakukan dengan betul agar jerawat tidak menjadi bertambah parah.

Berikut beberapa langkah menjaga muka berjerawat yang boleh anda ikuti:

Langkah Pertama

Anda perlu selalu membersihkan wajah, terutama  setelah keluar rumah.Kotoran yang melekat di wajah jika terus dibiarkan akan membuatkan muka berjerawat menjadi semakin parah.

Langkah Kedua

Hindari penggunaan kosmetik berat seperti foundation dan bedak padat. Anda yang memiliki muka berjerawat masih boleh bersolek atau memakai mekap, tetapi jangan gunakan foundation dan bedak padat kerana ia akan menyumbatkan liang pori-pori di kulit. Sebaiknya tukarkan bedak padat dengan bedak tabur atau bedak bayi yang selamat untuk digunakan. Cara merawat muka berjerawat ini akan membuatkan jerawat yang ada secara perlahan-lahan akan hilang dengan sendirinya.

Langkah Ketiga

Hindari makanan berminyak.Pengambilan makanan yang berminyak boleh mengakibatkan jerawat. Misalnya, makanan yang mengandungi banyak minyak, seperti makanan bergoreng, kacang-kacangan, kelapa, organ dalam haiwan serta lemak haiwan.

Langkah Keempat

Muka berjerawat boleh atasi dengan menggunakan madu asli. Cara mudah ini cukup efektif untuk membuatkan jerawat di muka anda hilang.Madu mengandungi zat semulajadi yang dapat mengatasi peradangan di kulit akibat jerawat.Bersihkan wajah anda sebelum mengaplikasikan madu.Apabila sudah bersih, barulah anda sapukan madu pada muka berjerawat. Biarkan selama 20-30 minit, setelah itu bilaslah dengan air bersih. Cara ini perlu dilakukan secara rutin sehingga jerawat anda hilang.

Langkah Kelima

Makanlah buah-buahan serta sayur-sayuran. Penuhi tubuh anda dengan nutrisi serta zat yang mencukupi.Selain itu anda juga boleh mengambil jus buah-buahan atau sayur-sayuran yang mempunyai banyak khasiat untuk kulit. Terdapat beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi vitamin yang cukup berkesan untuk mencegah dan menghilangkan jerawat.Misalnya jus tomato, jus lobak merah, jus lemon, jus lidah buaya,jus limau nipis dna jus melon.

Langkah Keenam

Perbanyaklah minum air putih, paling kurang lapan gelas pada setiap hari.Air putih memainkan peranan sangat penting untuk kulit. Secara semulajadi tubuh akan menyembuhkan jerawat dengan pengampilan air putih secara teratur.Cara merawat muka berjerawat akan membuatkan kulit wajah anda lebih sihat dan segar sepanjang hari.

<< Ketahui cara mudah menghapuskan jerawat pasir di sini.

 

 

Previous post

Cara Berkesan Melembabkan Kulit Wajah Yang Kering Dan Kerap Menggelupas

Next post

Ketahui Kebaikan Jus Lidah Buaya & Cara Menanamnya

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *