CantikKulit

Cara Mengatasi Jerawat Di Kepala

Jerawat Di Kepala - woman online magazine

Kredit : media

Jerawat Di Kepala. Anda pernah berhadapan dengan masalah jerawat di kepala?

Bagi yang sudah biasa berhadapan dengan masalah jerawat di kepala pasti tahu betapa sakit dan tidak selesanya dengan keadaan tersebut.

Berikut beberapa cara dengan menggunakan beberapa bahan semulajdi yang boleh anda cuba bagi mengatasi masalah tersebut.

 

  1. Minyak Zaitun & Tea Tree Oil

Campurkan kedua jenis minyak ini dengan sukatan yang sama bagi menghilangkan jerawat yang ada di kulit kepala. Kemduian sapukan campuran minyak tersebut di kulit kepala secara merata sambil mengurut lembut. Biarkan selama dua jam, kemudian barulah dibilas dengan air bersih sehingga tiada sisa-sisa minyak yang melekat di rambut.

 

  1. Perahan Lemon

Lemon bukan hanya efektif membantu menurunkan berat badan sahaja. Malahan turut bermanfaat untuk mengatasi masalah jerawat, bintik-bintik hitam, kulit kusam dan sekaligus memutihkan wajah. Lemon juga memiliki sifat anti septik, anti bakteria serta anti inflamsi yang bagus untuk mengatasi kulit kepala yang berjerawat. Perah sebiji lemon, kemudian campurkan air perahan tersebut dengan 1 sudu makan air masak, kemudian siramkan ia pada kulit kepala yang berjerawat. Biarkan selama 15 minit, setelah itu barulah dibersihkan. Anda mungkin akan terasa sedikit pedih, apatah lagi jika pada ketika itu jerawat di kulit kepala anda sedang ‘mengamuk’!

 

  1. Madu Asli & Kulit Kayu Manis

Cuba campuran serbuk kulit kayu manis dengan madu asli. Ambil 3 sudu makan serbuk kulit kayu manis, dan campurkan dengan 3 sudu makan madu asli. Kacau kedua bahan ini sehiggga sebati. Kemudian barulah dilumur pada kulit kepala yang berjerawat. Biarkan selama 30 minit, setelah itu bilaslah sehingga bersih.

 

  1. Bawang Putih

Jerawat di kulit kepala boleh juga anda atasi dnegan menggunakan bawang putih.Kisar bawang putih segar, kemudian gosokkan dengan lembut di kulit kepala. Kandungan khasiat semulajadi yang terdapat pada bawnag putih ini mampu mengurangkan rasa sakit yang disebabkan oleh jerawat sekaligus membunuh kuman penyebab jerawat. Biarkan selama setengah jam, selepas itu bersihlah rambut anda dengan menggunakan syampu agar bau bawang putih tersebut hilang.

<< Ketahui jenis-jenis vitamin yang sesuai dengan jenis kulit kering di sini.

 

Previous post

Ketahui Jenis Buah-Buahan Yang Bagus Untuk Ibu Mengandung

Next post

Tampil Cantik Bak Puteri Dengan Tudung Terkini Prinsipessa

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *